Posts

Ili Aleeia

Image
Assalammualaikum, Im back! Hehehe. Tak tahu nak buat apa act. Bukak blog tengok ada 2 entry Wawa yang tergantung. Panjang gila lak tu. Entry sebelum maternity leave. So malas lah nak sambung and post. Hahaha. Tapi bila baca balik rasa macam awwwww.... nak patah balik ke moment tersebut. lol. And yes. Wawa dah selamat melahirkan puteri kedua Wawa secara czer, ataupun dengan lebih terperinci emergency czer. Ekeke. Malas nak cerita kenapa. Sebab kat Facebook, twitter & instagram semua dah cerita. Yang baca blog Wawa ni pun orang yang sama jugak en. So tayah kot ulang ulang. Eh ke kena cerita gak? Sebab Wawa suka baca balik semua entry Wawa. Nanti nanti je la kita kopipes balik dari twitter ke apa en. Hehe. So.......................................................... Puteri kedua kami, diberi nama.... Ili Aleeia Binti Ummar Ali. Why Ili Aleeia? Masa bersalinkan Eva. Wawa dah buat beberapa pilihan nama. Dan Wawa bercadang nak amek nama kat situ je kalau girl. Lana Al...

Nama Anak

Alhamdulillah. Minggu 27. Baru confirm nama anak. Hahaha. Amik masa lama betul ye untuk anak kedua ni. Macam anak pertama no hal sebab kita boleh letak apa je kita nak. But anak kedua ni susah sikit sebab anak kedua ni kita kena fikir nama anak pertama and anak ketiga. Yang tak lari jauh dengan anak pertama. (Menampakkan yang dorang tu adik beradik). And yang tak menyusahkan untuk pilih nama anak ketiga. Contoh. Boy suruh letak Elia sebab Eva huruf E. So nanti kalau dapat anak ketiga kena E jugak la kan. What if Wawa tak minat any nama yang start dengan huruf E dah time tu. Terpaksa letak jugak la kan since first and second E. Kalau tak nanti confirm orang akan pertikaikan. And nampak macam anak angkat. Ekekeke. So.... kami decide tak nak huruf sama. Tak tak, Wawa decide tapi Boy terpaksa akur sebab Wawa yang beranak. Hahaha. Ok pun tak jugak, bab bagi nama Wawa bagi idea, dan Boy pilih mana satu. If dia tak suka, Wawa akan cari lain sampai dia suka. Ha macam tu. Boy tak leh pi...

Happy 28th Birthday!

Image
Syukur alhamdulillah, dipanjangkan usia. Wawa dah 28 tahun. OMG. Lagi 2 tahun nak masuk 30 tahun.  Target alhamdulillah, setakat ni semua yang Wawa nak Wawa dapat. Alhamdulillah. Wawa ada anak yang sihat, keluarga yang bahagia, makan pakai yang cukup, kerjaya, alhamdulillah serba serbi cukup. Belumlah tahap tak cukup makan. Sekarang ni tinggal 2 target. Nak tambah 2 orang lagi anak and rumah atas nama Wawa. Kereta dah ada, sekarang target rumah pulak. Walaupun suami Wawa dah bagi kitorang tempat tinggal yang selesa tapi.... ni impian Wawa. Tak bermakna kita perempuan kena harap 100% kat suami kita kan? Kita pun tak tahu apa nasib kita pada masa akan datang. Kena sediakan payung sebelum hujan. Sementara masih muda ni, cari lah asset demi masa depan anak anak kita. So, sempena ulang tahun kelahiran Wawa yang ke 28. Pada mulanya plan Wawa, Wawa nak belanja mak makan Tony Roma's. Benda ni wajib setiap tahun. Wawa akan raikan dengan orang yang dah lahirkan Wawa. Pad...

Buku Merah

Image
Seminggu sebelum buka buku, Wawa call kk nak buat appointment. Tapi nurse tu kata walk in je. Wawa cakap la "Anak saya yang sulung check up 20/3 pukul 2, kalau saya dtg pukul 2 boleh ke?" Dia kata boleh puan, petang pun boleh buka buku. Okay. Patu tanya lagi kena bawak apa. Dia kata bawak macam biasa, ic, sijil nikah, bil letrik. So okay la. 20/3. Satu family pun cuti lah. Boy apply AL. Wawa MC. Eva, Wawa masa ambil dia balik sekolah tu Wawa cakap la esok Eva tak datang. Boy pagi tu gi settlekan roadtax motor dia. Eva teman Wawa gi amek MC, bisingnya la hai mulut dia. Masuk bilik doctor, doctor tanya why she so happy, I dari tadi dengar dia gelak. Dalam hati Wawa, tak pergi sekolah memang lah suka. Hoho. Doctor tu minat sangat dengan dia, sebab dalam Wawa MC Wawa beli ubat batuk dia sekali. Doctor panggil nak check dada dia pun elok je dia datang. Tayah Wawa suruh. Senang cite mood dia 5 bintang! Baik sangat.  Patu tengok jam dah 10.30. Ingatkan nak drive ...

Mummy Of Two

Image
Eva.... pejam mata..... Mummy ada surprise untuk Eva!!! Bukak mata and tengok sebelah Eva! Surprise! Yes! Youre going to be a big sister :) Hihi alhamdulillah. InsyaAllah bulan 10 ni Wawa akan jadi Mummy of Two. Sepatutnya nak announce masa baby 3 bulan which is (17/3/2019). But..... Wawa ni kurang makan. Risau dengan baby jadi kitorang pergi scan. And alhamdulillah baby dah ada heartbeat. Walaupun size dia kecik 4 hari dari usia dia sekarang. But as long heartbeat dia okay, so okay la. Patu bila dah tahu baby okay, terus tak sabar nak bagi tahu. Lol. Alahan kalini double teruk dari pregnantkan Eva dulu. Maybe sebab baby boy kot. Eh hehe. But mummy still lawan. Still pergi kerja. Curi curi baring time lunch and time solat. Bila kat rumah haa terus lembik. Weekend tak kemana. Boleh bayangkan tak seorang Zulaikha duduk rumah time weekend? Haha. Jarang jarang terjadi en. Tu maknanya dah tak larat sangat dah lah tu. Buku merah pun dah buka. Alhamdulillah. Tu nanti cerita....

Second baby.

Image
Hello. Lama gila tak tulis blog okay cliche. Asal update blog je mesti mention dah lama gila tak update blog. Lol. Kenapa tiba tiba nak update blog. Entah. Keadaan memaksa. 1. Sebab mood tengah tak betul. Tak sihat. 2. Office sunyi, ramai cuti. 3. Kerja semua dah settle. 4. Hujung tahun. Mesti korang macam.... apa kena mengena dengan hujung tahun? Well biasa lah, asal hujung tahun je kita mesti fikir pasal azam tahun baru. Kan kan kan. Tak tahu la korang tapi Wawa memang seorang yang penuh keazaman tapi buatnya belum tentu lagi. 2 tahun 1 bulan 28 hari lepas (ini betul eh bukan menipu), Wawa dan Boy berazam tahun 2019 tahun untuk tambah ahli keluarga baru. Kenapa 2019 ? Seperti yang sedia maklum Wawa bersalin ceaser. Jadi gap paling cepat untuk tambah anak is 3 tahun la. Kalau ikutkan kami memang nak beza setahun je. Kitorang nak anak cecepat then Wawa 30 macam tu tutup kilang dah. Susah susah dahulu senang senang kemudian. But sayangnya, takdir tidak menyebelahi kami....

Eva Masuk Hospital

Image
Khamis.... daddy datang amek mummy and Eva kat rumah Maktok. Sebab Jumaat, Maktok nak pi Terengganu. So Daddy yang nak jimat AL ni pun MC la hari Jumaat untuk jaga Eva. Mummy tak boleh cuti sebab Mummy tengah mood rajin. Balik dari rumah Maktok saja lah singgah Aeon Mall. Window shopping. Jumaat, daddy yang acah acah nak MC aleh aleh betul pulak demamnya. Tapi dalam demam dia jaga la Eva. Mummy balik kerja paksa paksa daddy makan ubat. Sebab esok pun daddy kena jaga Eva jugak. Mummy takleh cuti, ramai officemates outstation. Sabtu. mummy balik kerja. terus terus jaga Eva and daddy. Alhamdulillah daddy dah okay sikit. Patu gi jalan jalan kat IOI Mall Putrajaya. Balik rumah. Daddy keluar, pi Subang Parade. Mummy dengan Eva je la kat rumah. Tapi badan Eva dah start panas. Message daddy suruh belikan cool fever. Ahad tak gi mana mana. Sebab Eva demam. Plan nak kemas rumah pun tak jadi. Sebab Eva demam. Pergi klinik. Memang panas pun 39. Bagi makan ubat..... lepas 5 ...