Second baby.

Hello.

Lama gila tak tulis blog okay cliche. Asal update blog je mesti mention dah lama gila tak update blog. Lol.

Kenapa tiba tiba nak update blog. Entah. Keadaan memaksa.

1. Sebab mood tengah tak betul. Tak sihat.
2. Office sunyi, ramai cuti.
3. Kerja semua dah settle.
4. Hujung tahun.

Mesti korang macam.... apa kena mengena dengan hujung tahun? Well biasa lah, asal hujung tahun je kita mesti fikir pasal azam tahun baru. Kan kan kan.

Tak tahu la korang tapi Wawa memang seorang yang penuh keazaman tapi buatnya belum tentu lagi.

2 tahun 1 bulan 28 hari lepas (ini betul eh bukan menipu), Wawa dan Boy berazam tahun 2019 tahun untuk tambah ahli keluarga baru. Kenapa 2019 ? Seperti yang sedia maklum Wawa bersalin ceaser. Jadi gap paling cepat untuk tambah anak is 3 tahun la.

Kalau ikutkan kami memang nak beza setahun je. Kitorang nak anak cecepat then Wawa 30 macam tu tutup kilang dah. Susah susah dahulu senang senang kemudian. But sayangnya, takdir tidak menyebelahi kami.

Terpaksa lah I beranak walaupun umur dah 30 tahun. Dont get me wrong. Bukan tak rela beranak lepas 30 tahun. Cuma.... anak bongsu je yang faham perasaan ni. Wawa nak semua anak Wawa dapat jumpa mak, ibu & ayah. Wawa nak mak, ibu & ayah dapat tengok anak anak kitorang membesar. Dapat tengok anak anak kitorang berjaya, dapat attend majlis kahwin anak anak kitorang.

Tengok la Wawa. Anak bongsu. Tak pernah jumpa arwah abah & atok langsung walaupun masa Wawa baby. Arwah nenek belah mak meninggal masa Wawa kecik & arwah nenek belah abah masa Wawa form 6. Tapi tu pun tak rapat cause, tak rapat sgt dengan belah abah, cause abah dah meninggal.

So..... Wawa nak anak anak Wawa dapat kasih sayang nenek & atok. Itu la sebabnya nak anak cecepat. Sementara mak, ibu & ayah masih sihat.

Jadi disebabkan itu jugak la. Kitorang ambil tahun yang paling cepat iaitu 3 tahun. Bukan 3 tahun 1 bulan or 3 tahun 2 bulan. Tapi 3 tahun. Haha

Eva lahir September 2016, dan September 2019 tu la yang kitorang target anak kedua. Genap genap 3 tahun. Get it? Tak nak cepat and tak nak lambat. HA HA HA HA HA

BUT! Itu kata kitorang. Kata Allah swt, belum tentu lagi.

Dan disebabkan berangan itu tak salah. Maka........ kami pun berangan angan lah nak anak kedua lahir sama date dengan Eva. Which is itu tak mustahil! Kenapa? Kenal Ajak Shiro? Yes, anak dia semua lahir pada hari yang sama tapi tahun berbeza.

Tak salah mencuba.

Wawa install apps diary. Dan check online tarikh kesuburan.

**15 minit kemudian.

Tadi masa nak bukak apps period diary. Laki I whatsapp ada aunty ni kena tahan sebab dia campur ubat batuk dengan susu. Anak dia susah nak makan ubat. And anak dia mati. WEHHHHHH! KESIAN WEH!!! ALLAHUAKBAR! Terus hilang mood nak blogging.

Okay sambung balik.



Tengok date baby patut lahir......

18 - 28 September, Eva punya birthday 24 September. Ya tahu.... mesti korang rasa Wawa ni macam "hek elehhh minah ni....." cause bila bagi tahu Boy pun dia meng-hek-eleh kan Wawa punya cadangan. Kah kah kah.

But who cares. I owner kilang. HAHAHAHAHHAHA.

Tak salah nak cuba cause, I curious gila dengan Ajak Shiro. Korang tak rasa amazing ke? Ke Wawa je yang taksub? Tak.... Wawa tak taksub cuma.... Wawa nak anak, tapi tak boleh sebab ceaser doctor tak bagi. So Wawa overthinking "bila la aku boleh mengandung lagi, bila lah aku boleh mengandung lagi" dan terhasillah idea sebegini. Ha itu lah jawapan dia.

Now apa yang membuatkan Wawa overthinking lagi is......... macam mana kalau tak ada anak kedua. Ha.... ini lah dia..... Lumrah kehidupan. Yang belum kahwin risau tak kahwin. Dah kahwin risau tak de anak. Dah ada anak risau tak leh tambah anak.

Tak semestinya dah beranak ni subur boleh beranak dua tiga empat. No. So please..... siapa yang baca ni tolonglah doakan Wawa supaya dimurahkan rezeki, dapat cahaya mata lagi. Tak kisah lah if tak tepat 3 tahun. Asalkan Eva ada adik.

Doakan semuanya baik baik saja. Semuanya berjalan seperti yang dirancang. Amin.

Dah la kalau korang tengok gambar tu, Wawa mungkin akan dapat baby boy. Arghhhhh nakkkkk. Nak baby boy! Evan tunggu mummy daddy ye. Lol. Okay dah. Bye. Cukup cukup la tu. Nak try cari kerja, bosan takde kerja.

Comments

Popular posts from this blog

Eva Aleesa - Melangkah masuk ke alam persekolahan.

Ili Aleeia

Sambutan Hari Kemerdekaan ke 65