Posts

The Past Doesn’t Define Every Choice

Yang paling penat bukan sebab kena bagi penjelasan, tapi bila orang lebih suka buat andaian daripada cuba faham. Tak semua keputusan ada kaitan dengan kisah lama. Kadang kadang kita cuma pilih apa yang terbaik untuk diri sendiri. Banyak benda yang memainkan peranan dalam setiap keputusan. Masa, jarak, komitmen, kewangan dan kesihatan semuanya perlu diambil kira. Apa yang mudah bagi kau, belum tentu mudah bagi orang lain.  Kalau nak buat aktiviti berkumpulan, sebaiknya bincang dan ambil kira pendapat semua orang terlebih dahulu. Bukan sekadar tetapkan tarikh dan tempat ikut keputusan sendiri, kemudian harapkan semua boleh ikut. Bila keputusan dibuat tanpa persetujuan semua pihak, kena bersedia juga untuk terima kalau ada yang pilih untuk tidak hadir. No hard feelings, just choosing what’s best for me, Wawa ♡₊˚

Not Everyone Understands "Private"

Ada satu perkara yang Wawa belajar bila kita semakin dewasa. Tak semua orang yang mendengar cerita kita sebenarnya simpan cerita kita untuk diri mereka sendiri. Wawa pernah percaya bahawa berkongsi rahsia adalah tanda persahabatan yang kuat. Namun, lama kelamaan Wawa sedar tak semua orang mempunyai definisi yang sama tentang "rahsia". Ada yang menganggap sesuatu cerita boleh dikongsi dengan keluarga, pasangan, atau kawan kawan lain tanpa memikirkan perasaan orang yang menceritakannya. Perasaan itu pelik. Bukan marah sangat, bukan juga kecewa sangat. Cuma Wawa sedar bahawa tak semua orang menjaga rahsia kita sebaik mana kita menjaga rahsia yang pernah dia kongsi. It feels like betrayal, quietly. Ada yang dengar untuk memahami. Ada yang dengar untuk berkongsi semula dengan orang lain. And as someone you've known for a long time, I will always choose my peace. Tiada dendam, tiada marah. Cuma it is what it is. Still wishing everyone well, Wawa ♡₊˚

Eva Aleesa - Melangkah masuk ke alam persekolahan.

Image
Salam sore! Hari yang dinanti nanti telah tiba. Anak pertama Wawa sudah melangkah masuk ke alam persekolahan. Macam macam perasaan ada, tak boleh digambarkan. 18/2/2023 Orientasi di sekolah Kafa, ada exam tau untuk penentuan class. Seminggu sebelum tu kitorang rileks je pergi glamping dekat Janda Baik. Rabu baru start rasa pressure. Time tu baru kitorang buka buku ajar dia tiap malam. Nasib baik dia mendengar kata rajin belajar & menghafal, walaupun apa yang kitorang suruh dia hafal tu tak masuk pun examnya. Hahaha. But its okay, walaupun tak masuk but still dia datang prepared. Mental & pysical. Masa tu Wawa kagum betul tengok Eva. Dia berdiri tegak dengar je nama dia terus beratur, takde tanya tanya "Eva ke mummy" "Nak lalu mana" "Mummy teman Eva". Takde, dia berdiri tegak je peluk botol dia. Memang dah bersedia nak berperang. Habis je exam dia berlari "mummy Eva baca jauh". Time tu baru nampak the real Eva Aleesa, memula tadi rasa mac...

Kindy Graduation for Eva Aleesa

Image
Eva Aleesa had her kindy graduation (4 months ago la tapi). Mummy and daddy are so grateful & proud of how far you have come. Macam macam dugaan, halangan & rintangan yang kita berjaya tempuhi. Seperti her separation anxiety, MCO, ouh and 2 years hantar Eva, tak sure ada dalam 4 ke 6 tah parent teacher meeting. And guess what, tiap kali I datang tiap kali tu teacher kata benda yang sama Eva tak bg kerjasama, she's too shy, kalau tanya tak jawab. Yes tak dapat dinafikan Eva ni pemalu, but dia bukanlah TERLALU pemalu. 2 years ye 2 years! Dengar benda sama, tak rasa annoying ke? Tak kan takde improvement at all? Kalau betul she's too shy, put some effort la to know her better. Dia bukan budak lembik, dia jenis cergas punya budak. Very competitive! Even family day, sedara yang dia jumpa setahun sekali tu pun dia boleh get along and won 2 or 3 games! Inikan pula teachers yang dia jumpa hari hari "masih malu".Tak make sense langsung! Plus, Eva ni I hantar dia taska ...

Ili Aleeia's 3rd Birthday!

Image
Adik! Mummy sorry sangat sangat. Lama sungguh dah mummy tak on blog. Bila baca previous entry ada pasal birthday Amy & Eva. But Ili (Adik) tak ada. Bukan tak sambut eh! Sambut just tak berkesempatan nak kongsi cerita. Tapi itu la, kalau nak cerita apa yang berlaku pon... mummy dah lupa... ekekeke... tak usahkan event yang berlaku 5 bulan lepas, apa dah jadi 5 hari lepas pun belum tentu mummy ingat. Almaklomlah soon to be 32 years old. Hehe. Happy Birthday Ili Aleeia yang ke 3 tahun. Tahu tahu dah 3 tahun eh. Dulu kemain dia takut takut nak keluar dunia. Penghuni rahim mummy paling lama, 40 minggu 3 hari. Kakak 38 minggu, Baby 37 minggu. Adik kemain sampai overdue 3 hari. Birthday dia kitorang celebrate kat Marmalade, Bangsar Village. Learnt from mistake masa birthday baby & kakak haritu lama kena beratur tak buat reservation kami walk in je. But this time birthday Ili kita buat reservation dulu. As u all know adik ni dia picky eater sikit, tapi.... kat restaurant ni I dont know...

Tutup kilang, cukup 3 girls.

Image
Hello. Sebelum kita mula mengarang cerita kita, kita belanja dulu lah gambar anak anak kita yang kiut miut ni. Kenapa share gambar dia orang. Sebab entry kita kalini ada kena mengena pasal anak. Biasalah. Bila dah birthday month anak ni, anak anak dah besar ramai lah yang mula tanya and melawak and saja topik ramah mesra "boleh tambah dah tu". Macam mana nak cakap eh. Mungkin pada dorang nak "ice breaking" gitu la kot. Tapi benda ni macam berlegar legar dalam kepala otak I. Why? I love kids. I nak anak ramai, serious. Nak sangat. Cuma keadaan tak mengizinkan. Thats why bila orang keep asking benda ni macam makan dalam tau. Hati kata nak tapi I kenot. Okay! Kenapa I kata I kenot eh. 1. Ini memang main reason la, dalam bahasa melayu bapak segala sebab kenapa I tak boleh tambah baby. Kesihatan I. I dah 3 kali czer. I takut untuk kali ke 4. I know ramai je yang selamat czer kali ke 4 and 5. Tapi ramai juga yang terkandas ye, which is meninggal la ye. I tak nak. Sibuk ke...

Covid Virgin No More.

Image
It took 2.5 years for me to finally get Covid 19 arghhhhh. Dah tak boleh nak proud Im a covid virgin lagi dah. Balik kerja, ambil the girls from school tengok Ili lemah tak sihat. Boi balik kerja pun mengadu tak sihat. The next day I woke up with a stuffy nose, sakit tekak somemore. So I terus buat self test sebab ada 3 orang tak sihat dalam rumah. Positive, double line. First time in my life! Check Boy pun positive, second time dia kena covid. But alhamdulillah the girls negative, Ili je kitorang takut sebab ada symptom but alhamdulillah tak covid. Before ni macam envy kawan kawan yang quarantine a week dalam rumah. Relax relax goyang kaki kat rumah gaji jalan. Bila kena kat diri sendiri, omg. Day 1 : I okay siap boleh kemas rumah & masak. Just sakit tekak sikit. Day 2 : Sakit tekak & sakit badan,gilir gilir dengan Boy tidur & jaga anak. Day 3 : Masih sakit tekak & pening sikit. And batuk pula datang join. Day 4 : Boy dah okay, buat self test pun dia dah negative. I b...