Kindy Graduation for Eva Aleesa

Eva Aleesa had her kindy graduation (4 months ago la tapi). Mummy and daddy are so grateful & proud of how far you have come.

Macam macam dugaan, halangan & rintangan yang kita berjaya tempuhi. Seperti her separation anxiety, MCO, ouh and 2 years hantar Eva, tak sure ada dalam 4 ke 6 tah parent teacher meeting. And guess what, tiap kali I datang tiap kali tu teacher kata benda yang sama Eva tak bg kerjasama, she's too shy, kalau tanya tak jawab.

Yes tak dapat dinafikan Eva ni pemalu, but dia bukanlah TERLALU pemalu. 2 years ye 2 years! Dengar benda sama, tak rasa annoying ke? Tak kan takde improvement at all? Kalau betul she's too shy, put some effort la to know her better. Dia bukan budak lembik, dia jenis cergas punya budak. Very competitive! Even family day, sedara yang dia jumpa setahun sekali tu pun dia boleh get along and won 2 or 3 games! Inikan pula teachers yang dia jumpa hari hari "masih malu".Tak make sense langsung!

Plus, Eva ni I hantar dia taska dari baby k. Bukan hantar pengasuh, jadi dia dah biasa dengan suasana "sekolah". Taska pun ada activity motor skills, reading, coloring. Semua dia perform! Teacher taska tanya semua dia jawab balik. Even kat rumah pun dia pergi mengaji takde pulak ustazah ustaz kata apa apa. Everyday tgk iqra dia dah boleh proceed to the next page? How come taska & mengaji dia bg kerjasama but tadika teacher kata dia tak bg kerjasama?

Macam biasa, I bukan jenis bergaduh punya orang, kita angguk je la. Balik tanya Eva, Eva tak jawab ke teacher tanya? Jawab tapi teacher tak dengar kot. Lol. So her result memang teruk ah. Dah dia kata Eva tak bg kerjasama kan. Tapi tu semua tak penting cukuplah I mak dia tahu yang dia boleh membaca bahasa melayu & english. And tahu mengira. Penilaian teacher dia ni kita ignore je lah. Anggap je lah dia tersalah nilai student dia. Why I said so? SEBAB ON HER GRADUATION DAY, Eva ada buat persembahan and.... she did well. She hafal step, she knows where to go, what to do, hafal the lyrics, & takde stage fright pun. So... apa yg tak bg kerjasama eh? Lol. Funny. Kita bukan cakap pasal masa kat taska or kelas mengaji ke apa. Kita cakap pasal konsert tadika tu sendiri!

Ouh Eva juga dah buktikan kat Wawa masa orientation kafa ada exam untuk penentuan kelas, exam ada 2, 1 jawab kat paper & 1 lagi lisan. 2 years ayat "terlalu pemalu till tak bg kerjasama" menghantui hidup I, so I takut la jugak if dia malu malu masa ujian lisan sebab first time jumpa examiner tu, bukan orang yg dia kenal. Habis je exam dia keluar... "Mummy.... Eva baca jauh". Masa tu I dengan Boy tarik nafas lega dah. Alhamdulillah anak aku bukak mulut. Hahaha. Betul lah dia kata "Eva rasa Eva dapat kelas pertama sebab Eva jawab laju". Lol... budak budak... dia ingat jawab laju je menang, power! Alhamdulillah. Eva dapat masuk kelas pertama.

So takde lah 2 years kindy dia rasa sia sia mcm yang dimaklumkan tak bg kerjasama or what. Sebab dia elok je tahu baca, tahu mengira, tahu menulis. Kiranya masuklah apa yang diajar oleh para teachers tu. I tak cakap kindy ni tak bagus, bagus lah. Tanpa didikan yang diberikan Eva tak kan tahu apa yg dia tahu sekarang. Eva pun tak kan mungkin dapat kelas pertama di Sekolah Kafa. Cuma, next time please jangan ambil mudah masa Parent Teacher Meeting. Kalau lah I ni jenis garang balik tu terus marah Eva ataupun rotan. Adoi.. Kesian kat anak. Parent Teacher Meeting ni penting dari situ kita boleh perbaiki apa yang kurang tentang anak kita. Tapi ni 2 tahun dengar benda sama, tak risau? Risaulah, sebab lepas ni masuk Sek Keb, cikgu cikgu lagi garang. I bukan nak deny ke apa, masalahnya kalau masa hari sukan Eva menangis tak nak buat activity ataupun masa konsert dia tak nak naik pentas. Haa ye itu I setuju anak I sejenis tak bagi kerjasama. Tapi ni berbeza sungguh dgn apa yang diperkatakan. Masa 1st 2nd 3rd Parent Teacher Meeting tu I nasihat la Eva, ajar dia apa yg dia kena buat. Tapi patu masih lagi teacher comment benda sama... tak biru dibuatnya? Hilang arah kita, tak tahu nak buat apa lagi. Apa la yang tak kena dengan anak aku ni.... rupanya takde pape pon. Elok je dia.

Kindy Graduation Eva berlangsung di.. Abedeen Clubhouse. Masa tu ada Kak Lina Pom Pom sekali sebab anak dia pun grad sama. Mummy bangga sangat dengan Eva, macam mummy cakap tadi la, dia hafal step & lyrics. Behave je. Ambil certificate tu pun behave je. Lega sangat dah mummy Eva settle kindy. Next phase big school pula.

Since Graduation ni pun dah lama. Jadi.. Terima lah gambar apa adanya...



Ni je la ye, kalau nak tengok sila ke ig Wawa, "wnzlkh". Siap ada video kat situ. Sini memang tidak la Wawa upload video, koser sangat. Hehe.

Adik & Baby mummy minta tolong Cikla jagakan sebab dekat dengan rumah Cikla, and maktok pun tak free time tu. Anak anak Wawa kan tak biasa dengan lelaki... Dia orang menangis takutkan Ayah Kerol. Ayah Kerol keluar je main bola, terus ligat dorang Cikla post video dorang main terkekek kekek. Hehehe. Thank you Cikla, Ayah Kerol & Abg Khaliq tolong jagakan Ili & Amy untuk maksu..



Mummy doakan Eva Aleesa, Ili Aleeia & Amy Aleeka berjaya dunia & akhirat, menjadi insan yang berguna pada agama, bangsa & negara.

LOVE ;
WAWA

Comments

Popular posts from this blog

Eva Aleesa - Melangkah masuk ke alam persekolahan.

Ili Aleeia

Sambutan Hari Kemerdekaan ke 65