Posts

Showing posts from February, 2017

Isnin 28/02/2017

Bangun tidur dengan penuh terkejut beruk. Mana taknya plan nak tidurkan Eva je. Aleh aleh Wawa tertidur sama. Sedar sedar dah pukul 5. Menggelabah lah bukak lens, pump, kemas baju Eva, basuh botol botol and breast pump yang nak bawak gi office. Patu mandi & siapkan Eva terus hantar gi babysitter. FOR THE FIRST TIME Dia tak nak babysitter dia.  Hahahaha! Maybe dua hari berturut jalan je. So dia ingat nak bawak jalan la tu. Nampak muka mama terus frust ey? Patu hari sabtu haritu Wawa kerja tapi dia duduk ngan Boy tu la agaknya dia ingat dia ada pilihan nak duduk ngan Boy lagi. Babysitter hulur tangan, dia terus terus toleh tempat lain patu nangis. COMELNYAAAAAAA~ Geram! Dah pandai sangat dah. Wawa pun pergi kerja dengan hati yang sedih. Boy gerak dulu baru Wawa. Wawa lambat sikit sebab banyak benda nak buat. Patu dah dilemma nak singgah beli makanan ke or masuk office dulu. And nasib baik Wawa singgah. Sebab jalan jem pun. So apa beza? Nak tak nak memang akan lamba

Ahad 26/02/2017

Image
Ahad! Bangun pukul 8. Kalau ikutkan hati nak bangun lagi lambat tapi acik morning person kita tu dah tergedik gedik gerak sana gerak sini. Macam ulat gonggok kepanasan. Kalau nak tidurkan dia lagi la. Dia geleng kepala macam berzikir tu tahap kelajuan paling maksima. Tak paham -___- kenapa nak camtu pun tak tahu la. Jadi Wawa nak tak nak kena la guna suara paling halussss senyuman paling fake haha "Good morning" haa then dia confirm senyum. Dia suka camtu. Dia nak orang tegur dia awal pagi. Baru mood dia okay. Kalau tak nanti dia nanges sedih. Wawa takleh kalau dia nanges sedih, Sebab tahap sedih dia tu betul betul sedih. Secebik cebiknya lah! Wawa pun macam biasa lah. Mandikan Eva, bagi susu, bukak tv and tabur mainan dia bebanyak. Patu baring sebelah dia tengok dia main. Boy? Dia dua tiga kali bangun. Bangun then main ngan anak patu tidur patu bangun balik makan pulak patu tidur balik -_- kan kitorang ada wedding en. Dia dah kata cancel, tak nak pergi. Patu pukul 11.30

Sabtu 25/02/2017

Assalammualaikum. Hari Sabtu Wawa ye? Bangun a bit late since sabtu tak jem. Bangun, mandikan Eva. Then terus berat hati nak tinggalkan Eva. Lambat okay Wawa gerak. Sedih sangat nak tinggalkan dia. Risau. Boy pulak kemain ngantuk. Dia tu -_- dah tahu nak jaga anak sebab babysitter cuti ehh dia boleh pulak bantai tidur lambat. Geram je. Macam biasa mandikan and bagi susu dulu baru Wawa gi kerja. Kalau tak hati tak lega. Wawa pun dah prepare barang siap siap letak sebelah Boy so nnt dia takde lah kelam kabut nak cari barang. Masa kat office, every satu jam Wawa call. Risau weh. Tapi Wawa tahu Boy boleh jaga. Eva tu pagi pagi dia tidur. Nak nak pulak kalau badan dah bersih and perut dah kenyang. Lagipun, Eva manja dengan Boy. Pantang nampak Boy confirm menjerit gatal. Geram je tengok anak beranak tu. Haaa kalau korang tengok anak Wawa jerit jerit tu, itu Boy yang ajar. Dia suka lawan lawan jerit dua beranak.  Pagi Wawa breakfast burger ye kat office. Lepastu alhamdulillah. Re

Happy 5 months !!

Image
Macam biasa setiap kali 24 kita akan raikan dengan ucapan selamat/happy. Hahaha. Sebab jeng jeng jeng harini genaplah Eva Aleesa 5 bulan. Yayerssss! Semalam bawak Eva pi rumah Cik La, ada buat baca baca yasin kat sana. Semua dok tanya ni minum susu badan ke? Kih kih kih. Well, Eva takde lah bambam weh. Serious. (which is memang tak berapa suka pun baby bambam sangat, takut obes). Eva tu jenis okaylaaaa bagi Wawa. Tak kurus tak bambam. Jenis sedap sedap je. Lagi pun tiap kali bawak Eva pergi check up. Dia sentiasaaaaaa okay. Tinggi and berat tak pernah kena line or bawah line. Yang penting sihat. Itu je. Guess what. Sampai sampai rumah Cikla, Wawa disambut oleh beberapa orang makcik and salah sorang makcik tu mak Wawa. And..... dalam ramai ramai makcik Eva pandang je mak Wawa. Dia macam "eh I know her, ni maktok Eva ni" Haaa. Dia pandang je weh. Maktok dia pun apa lagi "Tengok budak bijak, dia kenal maktok dia". Eleehhh kalau dia tak kenal mak tok di

Cerita 22.02.2017

Hai Penat fikir apa nak blog eh harini. Nak cerita pasal semalam takde pape menarik pun. Balik pukul 6 patu jem pulak tu. Selalu setengah jam ah sampai tapi ni hampir sejam. Patu amek Eva patu balik. Patu masak maggie hahaha isi perut dulu sementara tunggu Boy balik bawak makanan. Boy balik lambat semalam. Dah tu sesi bergomol ngan Eva. Oh haaa. Kepala Eva dah kuat sikit dah. Dia dah boleh meniarap lelama. Masa Wawa masak maggie dia meniarap je la tengok cartoon dia. Wawa dah download lagu cartoon baru untuk dia. More to islamic ye kali ni. TAPI VERSI INDONESIA PUNYA. Cari melayu punya takdeeee (cartoon). So tak kisahlaaa. Asalkan Alif Ba Ta and segala doa doanya sama bacaan and tak lari maksud. Lepastu tidur kan Eva (tak pakai bouncer) tepuk tepuk je dah tidur. Then bermula lah sesi Wawa mandi, kemas rumah, pack baju Eva, basuh botol botol Eva, sampai lah pukul 9.30 macam tu daddy balik. Eva pun jaga la time daddy balik bawak KFC. Tak tahu la kenapa tiap kali order snack plat

Eva Aleesa dah big big.

Image
Lagi 2 hari Eva Aleesa nak masuk 5 bulan. Cepatnya masa berlalu. Anak mummy dah big girl. Kalau dulu just tahu makan tidur berak je. Tapi sekarang dah macam macam. Mula mula pandai senyum, then sembang, then gelak omg~~ Now? Pandai ngada, pandai gedik, pandai banyak songeh etc. Haha. Geram. Tiap kali Eva pandai satu satu perkara kitorang dua orang jadi macam "omg omg bb dia senyum" omg omg sayang dia gelak" "omg omg dia dah pandai pegang" semua benda kitorang jadi "OMG OMG" hahaha termasuk benda benda kecik macam tengok luar tingkap masa dalam kereta, tengok langsir gerak gerak. Senang cerita, SEMUALAH!! Since Eva dah big big. Banyak benda dah boleh beli untuk dia. Kalau dulu Wawa tak habis habis beli baju jeeee. Sebab Eva takleh buat apa apa lagi pun kan. Oh and botol susu sebab dia tak reti minum botol susu. Banyak gila brand Wawa beli Avent, Tommee Tippee, Bumble Bee, banyak lagi termasuk la botol RM6. Hahaha. And akhirnya..... kami ju

Cerita semalam

Good morning. Bosan. Haaa. Sampai office je mood kelaut. Pagi pagi lagi dah post video Eva kat IG, Rindu. Yang teramat sangat. And pasal dak kenid tu lah kami tiga beranak tidur depan tv. Haha. Biasa lah Eva kalau weekdays je susah nak tidur malam. Sebab kat rumah babysitter dia, dia tidur petang. Tapi takpe, better dia tidur than nangis yang menyusahkan babysitter. Cause babysitter sekarang ni bahaya. Semalam Wawa baca article kat fb babysitter paksa budak asuhan makan najis dia. What the heck?!! Simpang malaikat 44. Dah bawak babycot tak tidur. Susu? 3 4 kali dah dari Wawa balik kerja, tapi tak tidur tidur. Dia tidur kejap time kitorang makan malam je. Patu terus segar bugar. Daddy pulak luka masa kerja. So takleh dokong Eva sangat. Mummy bawak ke baby cot pasang surah yasin haa time tu kemainn menguap beriya! Tak tidur jugak. Sibuk kepak kepak tangan mintak dokong. Okay dokong. Bawak pi katil, dia dok hempas hempas kaki dia, protes bosan. Dokong letak bouncer, hampir sejam

Mak mak sangat

Bila kau dah jadi mak, cara hidup kau totally different. Benda yang kau rasa penting and best dah jadi tak best and tak penting langsung. Musuh musuh kau ke apa kau automatically TAK KISAH LANGSUNG. Kalau dulu, ye kau rasa macam apa hal ingat kat dorang ni. Mesti dorang tengah mengata aku ni. Haaa macam tu la dulu. Tapi sekarang kau hanya akan ingat kat dorang bila ada orang mention pasal dorang ataupun............... dorang kantoi terstalk kau. Hahaha. Hey! Jangan buat mistake lagi tau, IG Story boleh detect siapa yang tengok kita. Pi pakai IG orang lain, jangan pakai sendiri punya. Tau. But whatever, tak penting. Lantaklah labuuu... And serious. Semuanya Eva Eva dan Eva. Hidup Wawa 100% berubah. Well kami dulu masa bercinta hampir setiap minggu tengok wayang. Lepas kahwin setiap bulan. But now dah ada anak, birthday Boy haritu dapat 2 free tickets. Kau ghaser? B U R N Hahahaha. Burn gitu je. Memang tak la nak tinggalkan Eva or bawak Eva masuk waya