Happy 5 months !!

Macam biasa setiap kali 24 kita akan raikan dengan ucapan selamat/happy. Hahaha. Sebab jeng jeng jeng harini genaplah Eva Aleesa 5 bulan. Yayerssss!

Semalam bawak Eva pi rumah Cik La, ada buat baca baca yasin kat sana. Semua dok tanya ni minum susu badan ke? Kih kih kih.

Well, Eva takde lah bambam weh. Serious. (which is memang tak berapa suka pun baby bambam sangat, takut obes). Eva tu jenis okaylaaaa bagi Wawa. Tak kurus tak bambam. Jenis sedap sedap je.

Lagi pun tiap kali bawak Eva pergi check up. Dia sentiasaaaaaa okay. Tinggi and berat tak pernah kena line or bawah line. Yang penting sihat. Itu je.

Guess what. Sampai sampai rumah Cikla, Wawa disambut oleh beberapa orang makcik and salah sorang makcik tu mak Wawa. And..... dalam ramai ramai makcik Eva pandang je mak Wawa. Dia macam "eh I know her, ni maktok Eva ni" Haaa. Dia pandang je weh. Maktok dia pun apa lagi "Tengok budak bijak, dia kenal maktok dia". Eleehhh kalau dia tak kenal mak tok dia, tak bijak la? Hahaha mak~~~~~

Patu patu patu.... Eva baik je kat sanaaaa. Dia tak meragam. Nangis pun sikit je sebab rimas macam tu. Kat sana dia gelak la, jerit la suka la tu ramai orang layan dia. Selalunya rumah sunyi ye. Dengan mummy daddy je, tu pun kalau daddy balik awal. Kalau daddy balik lambat, berdua je lah kami anak beranak.

Kami balik lambat gila semalam. Sebab temankan mak tok. Kesian nanti mak tok takde teman. Ajak mak tok tidur rumah tapi esok anak keenam maktok (Paan) sekolah. Heh!

Patu keesokkan harinya sibuk comment kat IG Eva boring, datang la rumah. Hahaha maktok ni.


Yuhuuu. So sempena Eva 5 bulan ni kami laki bini memasing pergi kerja lambat. Kemain suka budak kecik tu nampak mak ayah dia kat rumah. Kitorang tgh breakfast (belakang dia) then dia pusingkan badan pandang kitorang. Lamaaaaaaaa. 10 minit macam tu dia pandang je. Then bila salah sorang kitorang pandang dia, dia senyum malu malu.

Sayang ;')

Patu patu patu, cuba teka pukul berapa dia bangun. Pukul 8 !!! Amboi, seronok ye bangun lewat. Dia macam biasa la jaga pukul 3 nak susu. Then patu sambung tidur balik. Comel ya rabbi. Semalam kat rumah Cik La dia bangun tak nangis, semua puji dia.

Hope kekal sampai bila bila la ye bangun tidur tak nangis.

Lepas breakfast kitorang ikut la Eva baring depan tv tengok cartoon dia. Daddy gomol gomol dia, boleh pulak dia tertidur dalam gomolan tersebut. Lul. Apakah. Comel sangat! So mummy pun terus amek peluang yang ada untuk mandi and siapkan barang apa yang patut.

Patu bila dia dah jaga. Kami main main jap last kopek, potong kuku dia (habis muka dia calar balar dia cakar) then hantar dia ke rumah mama.

Nnt mummy balik ok. Lagi 3 jam je Eva. Sabar ye.

Daddy promise dengan Eva "Ahad kita jalan jalan ye" Puas la Wawa cakap kat Boy dari duluuuuuu lagi tak nak keluar ahad sebab ahad hari nak duduk kat rumah esok kerja. Sebenarnya en, Boy lagi kuat berjalan dari Wawa.

Dulu ye Wawa ngaku Wawa suka keluar, lemas duduk kat rumah. Tak tahu nak buat apa. But bila ada anak kecik ni, DUDUK RUMAH LAH BENDA PALING BEST SEKALI !!!

Kalau keluar kita sibuk buat benda, macam jalan jalan. Anak kita biarkan dalam stroller or baby carrier. Kesian diaaa kena tengok je pemandangan. Layan dia kurang. Patu lagi satu ofcourse la letih en bawak budak kecik. So kalau nak keluar better sabtuuuu. Ahad nak rehat!!!!

Haihh! Nak buat cemana. Bukannya depa boleh keluar berdua. Terpaksalaaaa. 

Layankan aje ye :)

Oh and Boy ada ajak kitorang gi Zoo sebab Eva suka tengok cartoon binatang joget joget. Haha. Sesuai ke baby 5 bulan bawak pi sana? Nanti dulu la eh. ZOO. BABY BAM BAM. HARI AHAD. ESOK KERJA. Wuuuuuu~ tu kena pikir banyak kali tu.

Tunggu la dia dah pandai jalan ke apa enn. Baru la seronok. Sekarang tak sesuai lagi Wawa rasa. Baby baya baya Eva sesuai tempat beraircond je. Nak nak dia sejenis kuat peluh. Kesian terseksa baby mummy nanti.

Rindu Evaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. Tak sabar nak balik. Tapi malam ni Tok ibu, Tok ayah & Acu nak pergi Hatyai. Tak sure lagi Wawa and Eva ikut Boy hantar Tok ibu ke tak. Boy dia tak bagi anak dia keluar malam sangat dah. Dia risau. Patut sabtu malam ahad ada kenduri akikah anak Eric, tp Boy kata risaukan Eva. Jadi kitorang pergi kenduri kahwin adik Eric keesokkan harinya. Tai tu pun mula mula ingatkan tak jadi pergi sebab Boy kata malas nanti jumpa Emma and the gang. Lol. Dah lama tak dengar nama tuu. Hahaha

Sebab 2 tahun lepas kot Boy ada terserempak dengan Emma ni patu tah amenda tah macam reka cerita siap tweet tweet lagi tu. Tahhh tak paham. Patu tu Boy ngamok kat twitter tu patu terus tak online twitter dah. Haha.

Benda dah lama dah, tayah fikir laaaa. Dah ada anak pun haaaaaa. Sama ada nak move on dengan tak nak move on je.

Bersangka baik je okay :)

NAH GAMBAR EVA ALEESA.
INI LA OBAT MUMMY DADDY. 
STRESS KERJA BALIK RUMAH TENGOK MUKA DIA DAH TERUS TENANG SETENANG TENANGNYA.

Mummy daddy sayang Eva Aleesa <3 p="">

Image may contain: 1 person

Tolong jangan cakap macam muka daddy dia. Sebab mummy dah dengar banyak gila comment tu semalam kat rumah Cik La. Kah kah kah.

I love you Eva!
Muahx!

Happy 5 months!
Balik ni kita suruh daddy bawak balik mcd or kfc or pizza ok.
Kita anak beranak celebrate sambil baring baring depan tv ye.

Leviuuu too much!

Comments

Popular posts from this blog

Eva Aleesa - Melangkah masuk ke alam persekolahan.

Ili Aleeia

Sambutan Hari Kemerdekaan ke 65