Not Everyone Understands "Private"
Ada satu perkara yang Wawa belajar bila kita semakin dewasa. Tak semua orang yang mendengar cerita kita sebenarnya simpan cerita kita untuk diri mereka sendiri. Wawa pernah percaya bahawa berkongsi rahsia adalah tanda persahabatan yang kuat. Namun, lama kelamaan Wawa sedar tak semua orang mempunyai definisi yang sama tentang "rahsia". Ada yang menganggap sesuatu cerita boleh dikongsi dengan keluarga, pasangan, atau kawan kawan lain tanpa memikirkan perasaan orang yang menceritakannya. Perasaan itu pelik. Bukan marah sangat, bukan juga kecewa sangat. Cuma Wawa sedar bahawa tak semua orang menjaga rahsia kita sebaik mana kita menjaga rahsia yang pernah dia kongsi. It feels like betrayal, quietly. Ada yang dengar untuk memahami. Ada yang dengar untuk berkongsi semula dengan orang lain. And as someone you've known for a long time, I will always choose my peace. Tiada dendam, tiada marah. Cuma it is what it is. Still wishing everyone well, Wawa ♡₊˚