Eva Aleesa - Melangkah masuk ke alam persekolahan.

Salam sore! Hari yang dinanti nanti telah tiba. Anak pertama Wawa sudah melangkah masuk ke alam persekolahan. Macam macam perasaan ada, tak boleh digambarkan.

18/2/2023 Orientasi di sekolah Kafa, ada exam tau untuk penentuan class. Seminggu sebelum tu kitorang rileks je pergi glamping dekat Janda Baik. Rabu baru start rasa pressure. Time tu baru kitorang buka buku ajar dia tiap malam. Nasib baik dia mendengar kata rajin belajar & menghafal, walaupun apa yang kitorang suruh dia hafal tu tak masuk pun examnya. Hahaha. But its okay, walaupun tak masuk but still dia datang prepared. Mental & pysical. Masa tu Wawa kagum betul tengok Eva. Dia berdiri tegak dengar je nama dia terus beratur, takde tanya tanya "Eva ke mummy" "Nak lalu mana" "Mummy teman Eva". Takde, dia berdiri tegak je peluk botol dia. Memang dah bersedia nak berperang. Habis je exam dia berlari "mummy Eva baca jauh". Time tu baru nampak the real Eva Aleesa, memula tadi rasa macam matang sangat tak nampak macam baby mummy pun pun hihi. Bila dengar Eva kata macam tu mummy tahu lah, she did well. 2 or 3 days after baru result keluar, dia dapat masuk kelas pertama, 1 Abu Bakar. Alhamdulillah.

17/3/2023 Orientasi Sekolah Kebangsaan, yang ni kelas random. Takde exam. Eva dapat kelas 1 Maroon, Wawa tak sure tu kelas ke berapa but its okay la dah nama pun random. Masa orientation Sekolah Kebangsaan parents kena dengar ucapan, bayar yuran & ambil buku teks. Kita orang pun bahagikan tugas, Boy pergi pantau Eva & bayar yuran. Wawa dengar ucapan & ambil buku teks. Sebab memula tu Boy duduk juga dengar ucapan, dia boleh bantai terlelap guys tersengguk sengguk dia tidur. Peluang la tu untuk Wawa record and post dekat IG Story dengan bercaptionkan "Dia ni memang allergic sekolah", kemain ramai pula kawan dia reply kata " dah jadi ayah pun tak berubah". Lol. Habis orientation terus busy balut buku, sebab Isnin 20/3/2023 dah start sesi persekolahan. Memang barai sangat la Wawa minggu tu, tapi Wawa memang dah apply cuti 3 hari Jumaat - Selasa. Boy pula apply cuti Jumaat - Rabu. Semata mata demi Eva.

20/3/2023 Hari pertama Eva bersekolah, pagi pergi dulu sekolah kafa. Then terus beratur bayar yuran & beli buku. Sesambil tu usha usha la Eva kat kelas & kantin dia beli nasi lemak (lengan baju dia kena sambal ye). Habis je sekolah kafa terus Wawa bawak dia tempat dia kena tunggu transporter dia datang ambil. Dia angguk kata faham, tapi mummy la berkali kali explain. Risaukann!



Habis Sekolah Kafa terus balik, rumah jauhkan kena la cepat. Eva terus mandi, tukar baju. Dalam perjalanan ke sekolah Kebangsaan Eva tertidur, ternganga mulut dia tidur. Nak nangis je tengok dia kepenatan macam tu. Sampai sekolah pun dia mamai mamai ajak bergambar dengan maskot Doraemon & IronMan pun dia tak nak. Bertuahnya kitorang sekolah Eva ni parents boleh masuk dalam. Ada sesetengah sekolah tak benarkan. Alhamdulillah, memang sampai habis waktu kitorang kat situ teman Eva. Tengok dia kat perhimpunan, beratur amik air milo percuma, kat kelas, kat kantin. Bagus lah serious. Compared dengan mummy dia yang tak suka pergi sekolah, menangis kat sekolah. Eva 10x ganda lagi bagus dari mummy masa kecil. Mummy salute sangat! Even masa beli makanan pun dia beli sendiri. Kitorang tengok je dari jauh, dia dah beli makanan tu dia lambai lambai tunjuk makanan yang dia beli. Bangga la tu, hehe mummy pun bangga dengan Eva! Yang sweet dia bukan rehat dengan rakan kelas, dia rehat dengan kawan kawan taska dia. Tah macam mana tah boleh jumpa. Macam ada magnet! Padahal memasing kelas lain. Tahu tahu dorang berkumpul sendiri. Habis je sekolah, on the way balik Eva tertidur lagi dalam kereta. Kesiannya weh!



21/3/2023 Kitorang hantar Eva pergi taska, so that Eva naik school transport la hari tu. Kitorang ikut dari belakang macam penculik dah rasa. Hehe. Nampak Eva sampai sekolah Kafa & dah masuk sekolah, kitorang pun balik, isi perut, tukar baju, tukar naik motor. Terus pergi spy Eva tengok betul tak dia buat macam apa yang kitorang suruh. Tunggu kat mana, dia keluar sekolah tak, pandai bawak diri tak. Alhamdulillah dia budak yang bijak. Bangga betul bila tengok dia berdiri dekat tempat yang Wawa pesan. Walaupun muka dia terserlah muka risau takut transporter tak datang amik. Hihi. Dia keluar sekolah Kafa tu dia lalu sebelah Wawa tapi dia tak perasan pun ye sebab Wawa pakai helmet like a freak! Mesti orang heran, akak ni tak panas ke berhelmet tetengah panas. Sekolah Kebangsaan pula parents masih lagi dibenarkan masuk ye, untung betul. So Wawa hendap la dia tapi masa tu kantoi sebab dia duduk depan sekali. Memula muka ngantuk betul, bila dah kantoi tu baru la dia senyum. Kesiannya anak mummy.


Dah kantoi tu kitorang pun balik rumah dulu rehat rehat, tukar balik naik kereta sebab nak ambil anak anak kan. Kitorang tunggu la dekat taska terus, Eva menangis tak nak balik dia ingatkan dia duduk taska, mandi kat sana. Sebab selalunya kan memang macam tu kalau transit kindy, tapi awak sekarang dah transit 2 sesi. Pujuk pujuk, dia diam and termenung kejap patu tertidur. Cranky sebab penat sangat la tu. Kesian. Mummy doakan Eva kuat! Ni semua mula mula je lepas ni Eva akan biasa dengan rutin baru Eva ni okay! Mummy percaya Eva boleh! Fighting!

LOVE ;
WAWA

Comments

Popular posts from this blog

Ili Aleeia

Sambutan Hari Kemerdekaan ke 65