The Past Doesn’t Define Every Choice

Yang paling penat bukan sebab kena bagi penjelasan, tapi bila orang lebih suka buat andaian daripada cuba faham. Tak semua keputusan ada kaitan dengan kisah lama. Kadang kadang kita cuma pilih apa yang terbaik untuk diri sendiri.

Banyak benda yang memainkan peranan dalam setiap keputusan. Masa, jarak, komitmen, kewangan dan kesihatan semuanya perlu diambil kira. Apa yang mudah bagi kau, belum tentu mudah bagi orang lain. 

Kalau nak buat aktiviti berkumpulan, sebaiknya bincang dan ambil kira pendapat semua orang terlebih dahulu. Bukan sekadar tetapkan tarikh dan tempat ikut keputusan sendiri, kemudian harapkan semua boleh ikut. Bila keputusan dibuat tanpa persetujuan semua pihak, kena bersedia juga untuk terima kalau ada yang pilih untuk tidak hadir.

No hard feelings, just choosing what’s best for me,
Wawa ♡₊˚

Comments

Popular posts from this blog

Eva Aleesa - Melangkah masuk ke alam persekolahan.

Ili Aleeia's 3rd Birthday!

Tutup kilang, cukup 3 girls.