Si Bongsu & Perjalanan ke Standard 1
Hai semua, nama saya Amy Aleeka. Saya berusia 5 tahun. Tahun depan saya akan masuk standard 1!
Sebenarnya mula mula mummy dengan daddy 50 50 juga nak hantar saya standard 1 tahun depan atau tak. Tapi masa Parents Teacher Meeting dekat tadika saya, teacher saya convince mummy yang saya dah boleh masuk standard 1.
Sekarang saya dah boleh baca Bahasa Melayu mudah dan Bahasa Inggeris mudah. Cuma mummy risau sikit sebab saya masih belum pandai sangat Mandarin dan Jawi.
Untuk SJKC, saya dah diterima masuk. Untuk Sek KAFA pula, belum tahu lagi saya dapat atau tak. Keputusan nanti keluar bulan September. Takutnya!
Dan sekarang mummy bukan setakat nak prepare saya belajar je. Mummy juga nak training saya masuk toilet pakai pinafore dan baju kurung. Katanya nanti tak boleh dah main sarung sarang je macam dekat tadika.
So sekarang ni memang banyak benda nak kena prepare sebelum masuk standard 1. Dan tak sabarnya nak shopping!
Doakan saya boleh bawak diri nanti ye semua!
With love,
Amy Si Manja Mummy ♡₊˚
Comments
Post a Comment