Eva Masuk Hospital

Khamis.... daddy datang amek mummy and Eva kat rumah Maktok. Sebab Jumaat, Maktok nak pi Terengganu. So Daddy yang nak jimat AL ni pun MC la hari Jumaat untuk jaga Eva. Mummy tak boleh cuti sebab Mummy tengah mood rajin. Balik dari rumah Maktok saja lah singgah Aeon Mall. Window shopping.

Jumaat, daddy yang acah acah nak MC aleh aleh betul pulak demamnya. Tapi dalam demam dia jaga la Eva. Mummy balik kerja paksa paksa daddy makan ubat. Sebab esok pun daddy kena jaga Eva jugak. Mummy takleh cuti, ramai officemates outstation.

Sabtu. mummy balik kerja. terus terus jaga Eva and daddy. Alhamdulillah daddy dah okay sikit. Patu gi jalan jalan kat IOI Mall Putrajaya. Balik rumah. Daddy keluar, pi Subang Parade. Mummy dengan Eva je la kat rumah. Tapi badan Eva dah start panas. Message daddy suruh belikan cool fever.

Ahad tak gi mana mana. Sebab Eva demam. Plan nak kemas rumah pun tak jadi. Sebab Eva demam. Pergi klinik. Memang panas pun 39. Bagi makan ubat..... lepas 5 jam panas teruk lagi. Kami tak sedap hati. Sebab Eva ni kalau masuk ubat bontot dia terus okay. Kali ni tak. Pi klinik nak mintak referral letter. Doct check lagi memang panas. Tapi doct kata, bagi je ubat. Insyallah okay. Sebab baru 5 jam. Hihihi. Tapi pada masa sama dia bg jugak surat. Dia kata kalau panas lagi tengah malam nanti terus pi hospital.

Pukul 1 pagi. Masuk ubat bontot (bg sendiri) patu....terus kemas kemas nak pi hospital. Dalam perjalanan....Badan Eva dah kebah... Dah tak panas. Patah balik rumah.

Bangun tidur. Badan Eva start ada bintik bintik. Daddy memang ada bg tahu mummy tapi mummy ingatkan Daddy maksudkan denggi tu mummy kata tak. Kalau dengggi bintik dia rapat rapat. Tu takde bg tahu doctor apa apa pasal bintik tu semalam. Daddy pulak sejenis nak mummy yang bukak mulut dulu kat doct -_- haha

Pergi lagi klinik untuk confirmkan pasal bintik bintik tu pulak. Hari isnin biasa laaa. Ramai gila oraang kat klinik mintak mc. Termasuk la mummy. Mummy pun mintak mc sbb nak jaga Eva.Tapi since Eva ni baby, and kami ni dah datang banyak kali since semalam. Kami pun diutamakan. Haha yang lain tu just pekerja pekerja yang malas kerja je. So takpe. Thats why kalau korang tengok kitorang asyik pergi Mediviron, kami bukan panel pun. Kami pi sana sebab doctor dia SEMUA BAIK! Semua check betul betul, bukan sambil lewa. Doctor kali ni pakar sikit pasal kanak kanak. Doctor semalam doctor biasa je, umum. Dia kata Eva sama ada kena Chicken Pox ataupun sakit tangan mulut kaki (HFMD). Sebab kalau HFMD biasanya kat hujung hujung je macam tapak tangan, tapak kaki and mulut. Tapi Eva punya merebak... tu tak sure chicken pox ke apa.

Kitorang yang selekeh ni terus pi DEMC. Konon kalau masuk wad dekat la sikit dengan maktok. Tapi.... yang pi DEMC semua yang bergaya gaya. Haha terasa kerdil di situ. I anak sakit, main tarik je baju apa ada. Tapi dorang melaram sakan.

Dah la tunggu doctor lama gila. Nasib doctor baik. Doctor cakap ni HFMD ni. Dalam mulut dia teruk sangat. Lebih dari 5 ulcer. So bayangkan kita yang ada 1 ulcer pun pedih. Inikan lagi lebih dari 5. Tapi sayang DEMC penuh. Eva ni kena quarantine takleh share bilik. So kena cari jugak sampai dapat. Doct kata nanti nurse akan tolong sampai dapat wad. Nurse tu tolong la dalam 5 6 wad patu dia kata semua penuh. Kalau camtu kita bg ubat je. Patu nurse lagi sorang slumber je cakap "ALAA DIA NI LEPAS MAKAN UBAT OKAY LA NI, SPRAY UBAT KEBAS BOLEH LA DIA MAKAN" Rasa nak tengking je, kau main ala ala kan aje nyawa anak aku ni. Menyampah gila. Doctor kemain kata kena wad sebab dia baby tak makan bahaya. Kau pulak lelebih. Terus kitorang blah dari situ. Bayar RM200 untuk ubat. Then chiao!

Cari hospital sendiri. Pi KPJ penuh. Call KJMC. Tahu dorang cakap apa "ada, sini ada bilik. encik nak bilik berapa ratus punya?" Hahahahahaha. Dah macam nak book hotel da rasa. Lega sangat dia cakap camtu. Terus la pergi. Walaupun KJMC tak besar mcm DEMC tapi nurse, staff and doctor TERSANGAT BAIK! Tak de sorang pun yang kerek ke apa. TERSANGAT BAIK TAU!

Mula mula check dulu Eva. Then amek darah and cucuk jarum semua. Kesian sangat. Eva time tu dah lemah sangat dah. Terngiang ngiang apa yang nurse DEMC tu cakap. Makan ubat terus okay. Panas badan Eva bukan main main. 39.5. Budak kecik kalau demam panas bahaya tau. Jangan bagi sembarangan nasihat, Buatnya ada parents yang percaya. Macam mana? Dorang balik. Kau nak tanggung risiko?

Bayangkan kitorang kena tahan 6 hari 5 malam kat situ. Eva demam panas on off. Baik patu demam panas terus sampai 39 patu turun 37 naik balik 39. Padahal kat hospital tu... kalau kat rumah mesti lagi teruk. Eva tak nak makan langsung walaupun dah spray. Dia trauma sebab dia makan sakit. Walaupun dah spray ubat kebas pun dia tak nak makan jugak. Dia tutup jugak mulut dia. Dah paksa dia menangis jugak. Muka dia dah sembab and pucat teruk. Nangis tidur nangis tidur.

Tetamu datang tak henti henti. Alhamdulillah ramai yang sayang Eva. Yang concern pasal Eva. Tapi tu la. Kalau Wawa sakit, Wawa faham. Ini Eva. Dia tak makan, tak minum. Tidur je la cara untuk tenangkan dia. Orang datang memang tak boleh tidur la dia. Nak nak yang datang bawak budak budak. Kesian sangat, tak kan nak larang.

Wawa tak rehat langsung. Eva nak berkepit dengan Wawa je. Nak Wawa dokong. Tak nak kat Boy langsung. Eva nangis, Wawa pun nangis. Tak sanggup tengok dia lemah macam tu. Sampai gaduh dengan orang office.

Guess what dia suruh Wawa gi kerja jugak. Datang lambat balik awal. Geram tak? Siap suruh mak Wawa yang jagakan. Wawa senang je cakap "I rela hilang kerja than hilang anak" So pepandai kau la. Nak pecat, pecat la. Ni first time anak masuk wad. Boy dapat CL 3 hari. (Cuti anak masuk wad) So Wawa tanya dia company kita ada CL tak. Kalau takde its okay. Wawa nak habiskan la EL and kalau lama sangat Unpaid. Ini dia kata takleh. Kau rasa?

Memang mengamuk aaa Wan Zulaikha. Patu.... baru takut.... Dont get me wrong bla bla bla bla bla. I tak reply. KOSER LAYAN!!!

Masa Eva demam panas, dia tidur dalam pelukan Wawa patu terkejut terkejut. Time tu Wawa berdoa tak henti. Takut sangat kehilangan Eva. Wawa sayang Eva sangat sangat. Phone berdering, orang whatsapp semua Wawa tak layan. Dapat layan pun lepas Eva tidur. Tu pun ada yang touching nak datang tengok Eva tapi Wawa tak answer call. NO COMMENT. Memang Wawa tengah main mak mak dengan Eva kat hospital ni.

Patuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu.


(30 minit wawa taip ni then wawa decide utk padam. Sebab bakal menyakitkan hati orang. Kah kah kah. Its okay, pendam je la apa orang buat kat kita. Kita jaga hati orang okeh. Sigh.)

Isnin Eva demam. Malam pertama tidur kat hospital sangat sangat sangat sangat grrr.. Eva asyik terjaga every 10 minutes. So ko ghaser hakak ni cemana? Tidur bangun dokong dia tidur balik bangun dokong balik. Dia nak tidur bila Wawa dokong je. Sumpah penat.

Selasa makin teruk. Tapi petang tu mak datang. Alhamdulillah. Walaupun pada mulanya Eva tak nak kat mak. Tapi mak expert. Lama lama okay la Eva ngan mak. Macam Boy walaupun dia sentiasa teman Wawa tapi sampai kesudah Eva tak nak dia. Hahaha. Tu pun kitorang paksa kan jugak bila Wawa dah penat sangat. So bila mak ada, dapat lah Wawa tidur kejap. Tu pun sejam je. Jadilaaa. Bila malam dia tidur nyenyak. Cuma tu lah, bila malam je suhu dia tinggi sangat sangat hmm. Wawa asyik cek samada dia bernafas ke tidak.

Rabu HFMD getting better cuma demam tak kebah sebab ada infection. Demam Eva on off. Kejap 37 kejap 39 patu 37 balik 39 balik. Macam tu. Risau sangat. Muka Eva pun sembab, pucat lesu. Asyik nangis tidur nangis tidur. Boy? Boy malam pertama kedua je dia macam jaga jaga bila nurse masuk. Malam ketiga dia dah tak kisah apa. Dengkur pun dengkur lah. Hahaha. Sbb nurse akan masuk tengah malam cek suhu Eva. Bagi Eva ubat. Kesian Eva, nak tidur pun tak aman. Nampak tak kebaikan bila rawat sendiri dengan hospital. Kalau sendiri sah sah Wawa kesian tak nak kacau Eva. Lol.

Khamis HFMD makin makin okay but still demam. Eva dah pandai nak ajak keluar je dah. Masuk wad je dia nangis. Main cak cak ngan dia  pun 2 3 kali je senyum. Haihh. Kalau tak anak ai tu kaki senyum tau. Senyum saja anak ai tu. Tapi bila sakit ni. DIA TAK NAK BUKAK MULUT LANGSUNG. Walaupun ulcer kat mulut dah berkurangan tapi dia still memonyokkan muka dia. Dia trauma. Dia takut nak senyum sebab takut ulcer dalam mulut tegang patu pedih. Macam tu jugak kalau dia menguap. Asal menguap je terus menjerit sakit. KESIAN SANGAT!!!!!!! Semua serba tak kena ye yang? Hmmm.

Jumaat Alhamdulillah Eva dah okay. Takde HFMD takde demam, cuma tak leh discharge cause kena tunggu 24 jam kalau takde demam baru boleh discharge. Tapi Eva still tak nak makan tak nak minum. Spray ubat kebas banyak banyak kali and tunggu dia haus betul betul baru dia minum. Susu dia kitorang buat guna air sejuk. Atas nasihat doctor. Kononnya melegakan ulcer dia tu.

Sabtu dah sibuk kemas kemas dah. Patu bawak Eva round round kawasan. Jumpa nurse. Lambai lambai nurse. Patu bawak Eva main playground untuk kali terakhirnya. Tapi... kalau pape jadi, memang kami akan pilih KJMC lagi. Nurse and doctor baik sangat! Doctor masa bg tahu boleh discharge tu dia siap tepuk tepuk bahu Boy. AWKWARDNYA. Haha!

Tapi mmg baik, bila Boy belikan Wawa Nasi Lemak 223, Wawa suruh beli lebih untuk nurse nurse yg keje shift malam. Kesian dorang.

So itu saja.

Lepas je discharge terus pi SACC beli kan Eva headband untuk kenduri Eva. Kitorang kalau tak dah fikir tak nak pergi dah. Sebab ingatkan Eva tak sempat discharge. Sekali sehari sebelum majlis Eva discharge. Sedih..... tak dapat nak tempah cake cecantik. Bukan rezeki Eva. Kek Secret Recipe je. Mummy promise. Next year mummy tempah cake cecantik untuk Eva ye!

Balik SACC gi rumah mak, mandikan Eva dengan air penawar. Mak amek dengan kawan mak. Patu balik Puchong pack pack baju. Lepas Maghrib jumpa mak, abg n kak ngah kat RNR Dengkil terus gerak sesama gi Melaka.

Eva dari masuk kereta sampailah Melaka dia tidur. Mesti penat kan. Mummy bersyukur sangat anak mummy dah sihat!!!! Syukur alhamdulillah.

Terima kasih sedara mara, sahabat handai yang sudi melawat Eva. Bagi duit, bagi hadiah kat Eva. Terima kasih KJMC. Terima Kasih Etiqa. Total kos rawatan Eva RM6k+ untuk 6 hari. Nasib baik sesangat sangat lah Eva ada insurance. Kalau takde insurance cemana lah agaknya.

Mummy daddy sayang Eva!



Haha ini malam pertama kitorang kat hospital. Mungkin Eva salah sangka kot. Kitorang ni baru balik bercutii. Tu mungkin dia ingat Hospital tu macam Hotel kot. Kemain santai dia bergambar. Haha. Terus lepas tu tak nak masuk dah wad. Nak mintak keluar aje. Bawak masuk mesti menangis.

Hehe.

Insyaallah ye sayang. Nanti mummy daddy bawak Eva jalan jalan. Beli toys banyak banyak! Hadiah sebab Eva strong girl! Mummy daddy bangga sangat ada anak macam Eva. Terima kasih sebab pilih untuk sembuh! Muahhhx!!!!

Comments

Popular posts from this blog

Eva Aleesa - Melangkah masuk ke alam persekolahan.

Ili Aleeia

Sambutan Hari Kemerdekaan ke 65