Happy 28th Birthday!

Syukur alhamdulillah, dipanjangkan usia. Wawa dah 28 tahun. OMG. Lagi 2 tahun nak masuk 30 tahun. 

Target alhamdulillah, setakat ni semua yang Wawa nak Wawa dapat. Alhamdulillah. Wawa ada anak yang sihat, keluarga yang bahagia, makan pakai yang cukup, kerjaya, alhamdulillah serba serbi cukup. Belumlah tahap tak cukup makan.

Sekarang ni tinggal 2 target. Nak tambah 2 orang lagi anak and rumah atas nama Wawa. Kereta dah ada, sekarang target rumah pulak. Walaupun suami Wawa dah bagi kitorang tempat tinggal yang selesa tapi.... ni impian Wawa.

Tak bermakna kita perempuan kena harap 100% kat suami kita kan? Kita pun tak tahu apa nasib kita pada masa akan datang. Kena sediakan payung sebelum hujan. Sementara masih muda ni, cari lah asset demi masa depan anak anak kita.

So, sempena ulang tahun kelahiran Wawa yang ke 28.

Pada mulanya plan Wawa, Wawa nak belanja mak makan Tony Roma's. Benda ni wajib setiap tahun. Wawa akan raikan dengan orang yang dah lahirkan Wawa. Pada Wawa, birthday ni sebenarnya orang yang kita patut raikan, ibu kita. Sebab dia dah bergadai nyawa nak lahirkan kita.

Birthday Boy macam tu jugak. Birthday Boy best, sebab birthday dia January. Wawa bonus December. Hahaha, rezeki betul. Wawa belanja ibu, ayah and Nurul makan seafood. Walaupun... kitorang sebenarnya bukanlah penggemar seafood. Asalkan ibu ayah gembira.

Mak, Wawa nak belanja Tony Roma's sebab mak tak pernah makan Tony Roma's. Tapi...... disebabkan malam tu mak nak pergi Cameron Highland dengan kawan kawan kitorang main pergi je mall terdekat, Aeon Mall Shah Alam. Sekali..... kat sana takde Tony Roma's.

Jadi Wawa suruh lah mak decide nak makan apa. Mak and Paan pilih Vivo Pizza. Masa dorang makan tu dorang asyik cakap "sedap, puas hati". Kitorang lega la bila mak suka apa yang mak makan. And Eva, dia berjaya habiskan 1 pinggan Spaghetti Meatball dia ye. Hahaha.

Imej mungkin mengandungi: 6 orang, orang senyum, makanan

Kitorang celebrate dengan mak awal sebab birthday Wawa hari rabu. Malas ganggu weekday mak. Macam kitorang, kitorang apply cuti. Hehehe.

Birthday Wawa, 24th April. Daddy plan nak bawak dinner dekat KL Tower. Tapi Wawa still morning sickness. Kurang selera makan . Kitorang pilihlah Afternoon Tea.

Imej mungkin mengandungi: 1 orang, tersenyum, berdiri, pencakar langit, kasut, langit dan luaran

Hahaha, excuse my ketembaman. Mengandung 4 bulan. Biasa aaa tuuuu. Anak kedua kot. Kalau anak pertama okay lagi la slimnya. Hahaha.

Wawa ingat just makan makan. Tengok view ni je la surprisenya. Rupanya. Ada staff nyanyikan lagu birthday and brownies cake!

Imej mungkin mengandungi: 2 orang, orang senyum, orang duduk

Imej mungkin mengandungi: 1 orang, tersenyum, langit

Eva acah acah. Orang nyanyi lagu birthday, dia ingat orang nyanyi utk dia. Hihi. Birthday Wawa ni 4 kali dia tolong tiupkan cake. Hahaha. Kitorang ada celebrate kat rumah jugak. Tapi tu kitorang 3 beranak je la, eh 4 beranak. Slumber party, pakai baju tidur, rambut serabai. Haha

Pastu bukan kat situ je eh. Pergi Mid. Boy belanja Wawa shopping. Patu..... belanja apa yang tekak Wawa nak. So Wawa pilih Sushi & Baskin Robbins. Patu balik.... Malam sampai rumah. Eva pengsan dahhhhh. 

Esoknya memasing sakit sakit badan nak gi kerja. Eva lak nangis, hehehe. Mana boleh mummy daddy asyik cuti je. Nanti mummy dah bersalin 2 bulan Eva kepit dengan mummy 24 jam okay.

Eva sekarang manja sangat dengan Wawa. Tak nak tidur dengan Boy. Nak dengan Wawa je. Patu macam kucing. Pantang nampak tangan Wawa dia terkam and peluk kuat kuat tak nak lepas. Hahaha. Kalau Wawa tarik, dia tarik balik tangan Wawa. Malam tadi dia dah tidur, peluk tangan Wawa. 15 minit Wawa struggle nak keluarkan tangan Wawa sebab dia peluk kuat kuat.

Manjaaa.


Baju ni Wawa try malam sebelum birthday Wawa. Nak tengok muat lagi tak. Nak mix and match la. DIA TERUS TAK NAK BUKAK MALAM TU. Dia berangan depan cermin. Pusing pusing kembangkan skirt dia tu. Hmmm. Rantai tu takde dalam senarai pun sepatutnya. Tapi dia yang nangis nangis tunjuk rantai tu, hahahaha. So pakaikan la. Suka pulak dia, ada budak rimas. Sebab ranitai tu jenis melekat kat leher. Hahaha

Macam macam tau dia ni. Patu.......... Masa otw mid Wawa tukar kan dia baju lain. Budak kecik en, nnt rimas lak dia pakai baju tu lama lama. Tapi dia marah. "NO". Pujuk pujuk dia pakai jugak. Tapi......... dah pakai dia muntah pulak..... pakai balik baju ni sbb takde baju lain dah. Kemain suka dia bila pakai.  Kuat melaram sangat!!! Almaklumlah, birthday dia kan. Hehe.

Comments

Popular posts from this blog

Eva Aleesa - Melangkah masuk ke alam persekolahan.

Ili Aleeia

Sambutan Hari Kemerdekaan ke 65