Posts

Happy 28th Birthday!

Image
Syukur alhamdulillah, dipanjangkan usia. Wawa dah 28 tahun. OMG. Lagi 2 tahun nak masuk 30 tahun.  Target alhamdulillah, setakat ni semua yang Wawa nak Wawa dapat. Alhamdulillah. Wawa ada anak yang sihat, keluarga yang bahagia, makan pakai yang cukup, kerjaya, alhamdulillah serba serbi cukup. Belumlah tahap tak cukup makan. Sekarang ni tinggal 2 target. Nak tambah 2 orang lagi anak and rumah atas nama Wawa. Kereta dah ada, sekarang target rumah pulak. Walaupun suami Wawa dah bagi kitorang tempat tinggal yang selesa tapi.... ni impian Wawa. Tak bermakna kita perempuan kena harap 100% kat suami kita kan? Kita pun tak tahu apa nasib kita pada masa akan datang. Kena sediakan payung sebelum hujan. Sementara masih muda ni, cari lah asset demi masa depan anak anak kita. So, sempena ulang tahun kelahiran Wawa yang ke 28. Pada mulanya plan Wawa, Wawa nak belanja mak makan Tony Roma's. Benda ni wajib setiap tahun. Wawa akan raikan dengan orang yang dah lahirkan Wawa. Pad...

Buku Merah

Image
Seminggu sebelum buka buku, Wawa call kk nak buat appointment. Tapi nurse tu kata walk in je. Wawa cakap la "Anak saya yang sulung check up 20/3 pukul 2, kalau saya dtg pukul 2 boleh ke?" Dia kata boleh puan, petang pun boleh buka buku. Okay. Patu tanya lagi kena bawak apa. Dia kata bawak macam biasa, ic, sijil nikah, bil letrik. So okay la. 20/3. Satu family pun cuti lah. Boy apply AL. Wawa MC. Eva, Wawa masa ambil dia balik sekolah tu Wawa cakap la esok Eva tak datang. Boy pagi tu gi settlekan roadtax motor dia. Eva teman Wawa gi amek MC, bisingnya la hai mulut dia. Masuk bilik doctor, doctor tanya why she so happy, I dari tadi dengar dia gelak. Dalam hati Wawa, tak pergi sekolah memang lah suka. Hoho. Doctor tu minat sangat dengan dia, sebab dalam Wawa MC Wawa beli ubat batuk dia sekali. Doctor panggil nak check dada dia pun elok je dia datang. Tayah Wawa suruh. Senang cite mood dia 5 bintang! Baik sangat.  Patu tengok jam dah 10.30. Ingatkan nak drive ...

Mummy Of Two

Image
Eva.... pejam mata..... Mummy ada surprise untuk Eva!!! Bukak mata and tengok sebelah Eva! Surprise! Yes! Youre going to be a big sister :) Hihi alhamdulillah. InsyaAllah bulan 10 ni Wawa akan jadi Mummy of Two. Sepatutnya nak announce masa baby 3 bulan which is (17/3/2019). But..... Wawa ni kurang makan. Risau dengan baby jadi kitorang pergi scan. And alhamdulillah baby dah ada heartbeat. Walaupun size dia kecik 4 hari dari usia dia sekarang. But as long heartbeat dia okay, so okay la. Patu bila dah tahu baby okay, terus tak sabar nak bagi tahu. Lol. Alahan kalini double teruk dari pregnantkan Eva dulu. Maybe sebab baby boy kot. Eh hehe. But mummy still lawan. Still pergi kerja. Curi curi baring time lunch and time solat. Bila kat rumah haa terus lembik. Weekend tak kemana. Boleh bayangkan tak seorang Zulaikha duduk rumah time weekend? Haha. Jarang jarang terjadi en. Tu maknanya dah tak larat sangat dah lah tu. Buku merah pun dah buka. Alhamdulillah. Tu nanti cerita....

Second baby.

Image
Hello. Lama gila tak tulis blog okay cliche. Asal update blog je mesti mention dah lama gila tak update blog. Lol. Kenapa tiba tiba nak update blog. Entah. Keadaan memaksa. 1. Sebab mood tengah tak betul. Tak sihat. 2. Office sunyi, ramai cuti. 3. Kerja semua dah settle. 4. Hujung tahun. Mesti korang macam.... apa kena mengena dengan hujung tahun? Well biasa lah, asal hujung tahun je kita mesti fikir pasal azam tahun baru. Kan kan kan. Tak tahu la korang tapi Wawa memang seorang yang penuh keazaman tapi buatnya belum tentu lagi. 2 tahun 1 bulan 28 hari lepas (ini betul eh bukan menipu), Wawa dan Boy berazam tahun 2019 tahun untuk tambah ahli keluarga baru. Kenapa 2019 ? Seperti yang sedia maklum Wawa bersalin ceaser. Jadi gap paling cepat untuk tambah anak is 3 tahun la. Kalau ikutkan kami memang nak beza setahun je. Kitorang nak anak cecepat then Wawa 30 macam tu tutup kilang dah. Susah susah dahulu senang senang kemudian. But sayangnya, takdir tidak menyebelahi kami....

Eva Masuk Hospital

Image
Khamis.... daddy datang amek mummy and Eva kat rumah Maktok. Sebab Jumaat, Maktok nak pi Terengganu. So Daddy yang nak jimat AL ni pun MC la hari Jumaat untuk jaga Eva. Mummy tak boleh cuti sebab Mummy tengah mood rajin. Balik dari rumah Maktok saja lah singgah Aeon Mall. Window shopping. Jumaat, daddy yang acah acah nak MC aleh aleh betul pulak demamnya. Tapi dalam demam dia jaga la Eva. Mummy balik kerja paksa paksa daddy makan ubat. Sebab esok pun daddy kena jaga Eva jugak. Mummy takleh cuti, ramai officemates outstation. Sabtu. mummy balik kerja. terus terus jaga Eva and daddy. Alhamdulillah daddy dah okay sikit. Patu gi jalan jalan kat IOI Mall Putrajaya. Balik rumah. Daddy keluar, pi Subang Parade. Mummy dengan Eva je la kat rumah. Tapi badan Eva dah start panas. Message daddy suruh belikan cool fever. Ahad tak gi mana mana. Sebab Eva demam. Plan nak kemas rumah pun tak jadi. Sebab Eva demam. Pergi klinik. Memang panas pun 39. Bagi makan ubat..... lepas 5 ...

Selamat Pengantin Baru Denje.

Image
Syukur alhamdulillah. Semuanya berjalan dengan lancar. Akhirnya makcik Wawa sah bergelar seorang isteri. Nervous. Sebab makcik pakcik ni dah 60an. Tapi dah nama pun jodoh. :) Walaupun dua kali lafaz tapi okay la tu. Sah jugak, ye dak? Nervous okay mula mula tu. Pakcik tu terketar ketar. Niat di hati nak buat Live kat IG. Tapi tidak ku sangka anak aku....... hyper macam tu sekali. Tak hirau langsung mana mummy daddy dia. Yang dia sibuk kejar. Sekumpulan makcik makcik (kawan kawan politik mak). Hahaha. Nasib semuanya sejenis caring. Boleh makcik tu tanya :           "Dia baru pandai merangkak ke" Setahun dah anak saya tuuu. Rambut je takde, tu nampak cam baby baby. Huhu. Kehulu kehilir dia ye. Penat mengejar dia. Mummy nak sembang sembang, gossip gossip pun tak dapat ye. Lagi sedih tak dapat duduk sebelah Denje. Teman dia akad nikah. Ai sibuk mengejar cucu cucu Raja Kamariah. Anak orang lain okay lagi. Main kat area mak pak dia. Fayy...

Happy 1st Birthday Eva Aleesa

Image
Alhamdulillah. Kami sekeluarga selamat pergi dan balik. Badan still sakit sakit. Semalam balik balik kerja je mak kata Eva tidur je hari ni. Kesiannya dia. Penat ye? Wawa dalam hati "asyudahhh, mesti dia tidur lambat harini". Tapi tak, dia tidur pukul 9.30pm Hahaha. Nyenyak pulak tu, tukar pampers dia pukul 3pagi pun dia tak sedar pun. Penat sangat la tu. Takpe. Eva rehat k. Rabu (esok) kita nak cucuk 1 tahun.  So..... Macam mana pengalaman pertama celebrate birthday anak. BEST SANGAT SANGAT SANGAT SANGAT. Tapi penat sangat sangat sangat sangat. First time weh Wawa sakit pinggang teruk macam ni. Mak pun bebel la, ye la kau tu baru setahun operate. Mana okay lagi badan tu. Yeke? Korang rasa? Tah la. Tapi yang penting memang sakit. Hari kedua tu balik awal. Boy ajak mandi kolam pun Wawa tak nak. Tak larat laaa. So malam tu pergi makan food truck nasib dekat je dengan Hotel kitorang. Patu tidurkan Eva. Boy pun keluar la jumpa kawan dia. Laki I memang...