Bersalin Baby AA Part 1

Hello everyone! Seperti yang dijanjikan Wawa nak cerita balik macam mana Wawa bersalin baby AA. Bukan apa. As kenang kenangan. Takut lupa. Memori yang tak ternilai.

Seminggu sebelum bersalin Wawa pergi Hospital Serdang. Consult. Sebab uri kat bawah. Pregnant baby AA ni ada la 4 5x kena datang Hospital sbb uri kat bawah. Alhamdulillah, masa scan semuanya okay.Tapi.... takde beza pun rasanya sebab Wawa still czer juga. Cumanya yang doct takut uri tu melekat ngan organ n rahim but takde la dekat sangat uri tu. So... tak serious mana pun la. Cuma berjaga jaga.

Consult consult consult everything seems fine. Lalu doct pun terus bagi date untuk operation. Dia bagi 27/8, dia tanya okay ke? Before ni Wawa plan nak 25/8 sebab anak Wawa 23 & 24 so biar lah yang ni 25, cantik sikit. Tapi bila fikir balik date doct ni bagi hari Jumaat, penghulu segala hari. Wawa prefer hari barakah than "date cantik". So wawa pun kata okay. Then balik rumah bagi la tahu family. And dapat tahu rupanya 27/8 tu date hari jadi makcik wawa. Hehe. Suka dia Wawa bersalin date hari jadi dia.

Bagusnya bersalin kalini sebab plan czer. Bukan macam sebelum ni emergency. Bila plan ni memang well prepared la. Wawa and Boy tiap malam baca yasin. Solat berjemaah. Sebelum ni bukan tak berjemaah tapi sbb ada anak kecik jadi kita prefer gilir gilir tgk anak. Tp kalini mmg dah tahu nak berperang, bergadai nyawa. So cari juga la cara untuk berjemaah.

24/8 Pergi Hospital untuk buat PCR test. Check covid. Time ni betul betul menduga ya. Dah lah patient je kena masuk. Patu tempat PCR test dengan tempat Ibu mengandung jauh. Wawa dari tempat ibu mengandung pergi nak buat PCR test kat level 3 tak silap patu boleh pula doct tak sign form Wawa tu kena pula turun bawah balik amek sign naik pula atas untuk PCR test balik. Wawa sampai awal dari doct. So kena tunggu.....and nasib buat PCR nya sekejap jek. Terus balik. Esoknya baru dapat result, dia update kat Mysejahtera n dapat text message.

25/8 ambil mak and Paan. Bawak datang rumah sbb nak minta tolong mak tgkkan anak anak sementara Wawa kat hospital & Boy busy uruskan Wawa kat hospital. Malam tu pun kitorang baca yasin. Wawa buat air yasin untuk bawak gi hospital. Malam tu pelukkkk ciummm anak anak. Sedih teramat sangat.

26/8 The day. Bangun pagi. Siap awal. Tapi duduk sebelah anak anak. Dorang tidur. Wawa tak nak kejut. Menangis. Even tengah taip ni pun menangis juga. Hanya Allah je tahu perasaan Wawa ni. Takut tak dapat jumpa lagi. Nak nak pulak baru sangat time tu allahyarhamah siti sarah meninggal dunia, memang terkesan sangat sangat. Meninggal dunia anak kecik kecik, baby tak sempat kenal ibu dia. Perasaan tu jadi extra takut.

TAPI. Itu perasaan Wawa kat anak anak. Wawa nampak muka mak pun lain. (meleleh leleh air mata menaip, belum cerita part dalam OT lagi. Lol) Kita sedih bersalin nak tinggalkan anak anak. Mak pulak sedih anak nak tinggalkan dia untuk bersalin.

Mak tengok je Wawa, tengok Wawa masuk kereta, tengok sampai kereta gerak. Takleh lupa pandangan mata mak masa tu. Kuatnya mak. Mak bg kata kata semangat kat Wawa sedangkan dia pun nampak risau. Eeee cemana lah Wawa nanti bila Eva, Ili & Baby AA nak bersalin. Dapat ke Wawa buat mcm mak.

Sampai je Pantai Hospital Cheras terus kena register. Dah resigter terus baring jap sementara tunggu dapat naik wad. Masa baring tu la pasang line tapi....... dia buat tangan kanan. Da la tangan kanan yg byk gerak. Kan payah. Tapi biarlah siapa suruh Wawa diamkan aje hahaha patu doct datang check perut and another RTK!!!  Dapat naik wad pukul 5.

Bila dah settle semua, mula lah kisah sedih Wawa.... sesorang.... teringat kat anak anak. Anak sulung aku tu pulak penyedehhhhhhh!!!!! Dia tak angkat call, tak reply whatsapp. SABAR SAJA LAH! Geram tau. Tapi takpelah faham... Tak nak paksa dia tak nak ganggu emosi dia walaupun... itu mungkin hari terakhir Wawa. Huhu. Takut sangat time tu.

Makanan pulak tak sempat dapat. sebab dapat katil lambat. Jadi makan je la apa yg Wawa bawak sbb pukul 12 dah nak puasa. Tapi sebabkan perut dah masuk angin Wawa sakit perut.... malam ke pagi wawa gi toilet. So faham tak kenapa Wawa kalau boleh nak hospital yg tandas okay? Sebab tgh tgh malam nak pergi tak takut. Kalau dapat kat Hospital yg tandas dia tak okay mmg Wawa call Boy suruh dtg teman. Hahahaha. I is penakut. Fullstop.

Okay since dah panjang sangat, pc pun dah stuck stuck..... kita jumpa part 2!

Comments

Popular posts from this blog

Eva Aleesa - Melangkah masuk ke alam persekolahan.

Ili Aleeia

Sambutan Hari Kemerdekaan ke 65