Posts

Alhamdulillah rezeki.

Hi semua. Buat apa tu? Wawa doakan semoga hari korang harini, baik baik saja. Hari Wawa? Alhamdulillah, rasa macam menang loteri since hujung tahun 2020. 11.12.20 Boy belikan Wawa gelang emas, hadiah ulangtahun perkahwinan kitorang ke 5 26.12.20 Bonus! Huhu ingatkan takde tau sebab pandemic, takut syarikat tak untung ke apa kan. Alhamdulillah rezeki anak anak. 9.1.21 Dapat bawak anak anak pergi staycation sempena birthday Boy. Habis je staycation terus lockdown semula ye. Phewww... nasib baik betul! 14.1.21 WAWA PREGNANT!!!!!! HAHAHAHAHAHA. Pregnant tu lah yang paling tak disangka sangka sekali. Wawa dengan Boy memang plan nak pregnant 2021 tapi hujung tahun. Sebab nak lepaskan Ili 2 tahun dulu. Tapi ini tidak, rezeki datang awal. Walaupun kitorang dah "berjaga jaga" Tapi..... dah namanya rezeki. Sedang kita sibuk merancang, tapi Allah SWT dah tetapkan apa yang terbaik untuk kita. Anyway, Siapa nak pil perancang boleh DM Wawa eh. Ada banyak lagi kat rumah. Lol..... Pasni tak ...

Eva dah pergi CIC !!

Image
Hello guys! Guess what! My firstborn dah pergi CIC. 5 tahun dah dia guys! Kejap betul masa berlalu, rasa macam baru je register taska untuk dia tahu tahu dah pi CIC.  Walaupun begitu......  Seminggu Eva pergi CIC full. Terus dapat berita salah sorang parents kat situ ada kontak rapat dengan pesakit Covid. Terus la Wawa tak hantar konon sampai dapat keputusan swab test parents tu. Tapi... PM pulak announce PKP & agong announce Darurat. Tadika buka. Tapi...... tak sedap hati lah nak hantar kalau dah Agong announce Darurat kan. Kita yang gi kerja ni pun risau keadaan and keselamatan kita. Inikan pula anak anak kecik kita kat taska dan tadika. Golongan berisiko. Noooo.... tunggu la reda sikit. Nah Wawa belanja sikit gambar Si Manja Wawa. Comelkan....................................... Eva suka pakai tudung. Balik sekolah dia telefon mak dia cite "Semua pakai baju kuning... semua girl pakai tudung... boy tak pakai tudung" Wakakakakakakka. Tapi..... 2 hari pertama je dia okay, ...

Perkembangan Anak anak Aug 2020

Image
 Alhamdulillah. Tak lama lagi anak anak mummy akan sambut birthday mereka, YAYYYY. Eva Aleesa bulan depan akan sambut hari jadi yang ke 4. Ili Aleeia 2 bulan lagi akan sambut hari jadi yang PERTAMA. Tapi... kami tak bercadang nak buat birthday party pun. Walaupun gov dah benarkan kita adakan majlis pertunangan & perkahwinan. Tapi mummy daddy masih lagi tak berani kumpul dengan orang ramai. But still cake cutting dekat Taska kitorang still buat la, sebab buat or tak buat Eva Ili still pergi taska juga kan? So kita buat la cake cutting for both. Covid 19 is no joke okay. Kitorang amek serious tentang hal ni. So no birthday party this year. Perkembangan Eva Aleesa Eva sekarang macam macam doa yang dia dah pandai. Dulu Alfatihah n doa makan je. Sekarang doa lepas makan, doa tidur. Patu huruf dah tahu semua, dah pandai eja nama sendiri, nombor pun dah kenal semua, cakap pun dah tahu guna banyak perkataan. Jadi tak takut la nak hantar dia pergi tadika tahun depan sebab benda benda ba...

Ili Aleeia dah tindik telinga !

Image
 Assalamualaikum & selamat pagi. Alhamdulillah, murah rezeki Wawa pagi ni. Masa nak beli breakfast dapat kuih percuma. Syukur. Hehehe. Topik harini nak cerita pasal semalam another mission accomplished. "ILI ALEEIA DAH TINDIK TELINGA" Alhamdulillah everything went well. Love sangat! Gitu lah siapa yang ada anak perempuan. Duk terfikir fikir bila nak tindik masa kecik ke tunggu dah besar. Tapi since Wawa dah ada pengalaman tindik telinga anak sulung Wawa. Jadi Wawa yakin sikit la. Eva Aleesa dulu pun tindik masa umur dia 9 bulan. Jadi Wawa pun buat keputusan tindik telinga Ili umur dia 9 bulan, sama macam Eva. Sebab masa Eva haritu okay, takde pape insiden buruk yang berlaku. Nak jaga pun senang. Wawa ada la dapat feedback kat ig "Aduh sakitnya tgk buat dkt baby". Well, semua mak nak yang terbaik untuk anak anak. Mungkin pada dia, dia prefer anak dia tindik besar sikit (anak dia dah nak masuk 11bulan). I respect that. Masing masing punya opinion. But, Wawa pun na...

Eva Sakit Gigi. No More

Image
Eva sakit gigi ni dah lama. Tapi ada time sakit ada time tak.... Tuari masa PKP dia menangis teruk gak sakit gigi. Boy bawak gi klinik gigi swasta tapi general la, dewasa & kanak kanak. Eva okay. So dia bagi ubat tahan sakit tunggu bengkak tu okay baru boleh buat sesuatu. Bila dah okay, gi klinik tu balik.... Eva lak tak bagi kerjasama. Eva nangis. Takleh buat pape, doctor suggest gi HKL. Kat sana boleh tidurkan terus, so takdela dia risau dia nangis ke apa. Tapi kitorang tak gi sebab Eva okay je macam takde pape. Then, dua hari lepas. Eva meragam balik. Malam tu. Boy dah cakap kat officemate dia dah esok dia cuti nak bawak anak gi HKL. Sebab sakit gigi. Tapi pagi tu Eva okay pulak. Pastu kitorang dapat berita suami cousin Wawa meninggal dunia, meninggal dalam tidur. Since Eva okay, tak jadi la bawak HKL. Boy pergi la Masjid solat jenazah and tengok pengebumian Arwah Abang Azli. Semalam..... Eva merengek balik. Tidur jaga tidur jaga tidur jaga. DAH MACAM ZO...

Perkembangan Ili Aleeia, 8 bulan

Image
BOO! Hahaha macam ada kelas Pendidikan Jasmani. Ciommm kang! Just nak cerita. Sekarang ni Ili dah start imbang badan dia. Dah pandai lepas tangan time berdiri. So far record paling lama is 7 saat. Alhamdulillah. Ada orang suggest suruh pakai walker, lagi cepat dia jalan. Tapi nurse tak bagi guna walker, tak elok untuk tulang belakang dia. Biar dia jalan secara natural. Dulu masa Eva, biasa la anak first kita excited semua benda nak beli semua benda nak dia naik. Tapi jalan 1 tahun 1 bulan jugak. So untuk adik ni takpela. Kita ikut kata yang lebih arif la ye. No walker for her. Tak kisah lah lambat ke cepat. Mummy daddy okay je. Tapi untuk anak kedua ni memang kita rasa dia cepat membesar ke camne? Eva dulu... kita macam tak sabar nak dia besar la apa la. Yang no 2 ni tahu tahu dah besar. Mulut pun dah bising apapapapapapapapa. Haritu Boy  main main dgn dia campak dia atas katil (campak rendah , cakap awal awal) patu dia cakap "APA AMPAK AMPAK" lol...

Rumah Baru

Alhamdulillah. Dengan izin Allah SWT kami berjaya beli rumah yang kami idamkan. Rumah landed yay. Hampir 3 tahun cari (kejap cari kejap tak). Alhamdulillah. Rasa dia sangat sangat lain.... Boleh lah anak anak mummy mandi kolam, main basikal, main khemah khemah dekat laman rumah. Memang impian kitorang, dari zaman couple lagi dah berangan angan tau. Patu suka dating kat Ikea pulak tu, nanti anak perempuan kita nak bilik full pink bla bla bla. Hehehe.  Syukur alhamdulilah!!!!!! Orang bank tu ada kata, akak okay lagi rumah ketiga. Saya ni 1 pun tak ada. Just tolong orang beli rumah je, saya pun belum beli lagi. Sebab dia macam tgk Wawa excited sangat. Asyik asyik tanya "so dah confirm la ni rumah tu rumah kami?" Hahaha Ya memang la rumah ketiga. Tapi 2 rumah tu nama Boy. Kalau pape jadi takde kena mengena dengan Wawa. Yang ni..... yes nama Wawa. So rasa dia lain macam sikit. Bila bagi tahu orang, ramai kata alaaa sama je, rumah suami rumah kita jugak. Memang la ...