Rumah Baru

Alhamdulillah. Dengan izin Allah SWT kami berjaya beli rumah yang kami idamkan. Rumah landed yay. Hampir 3 tahun cari (kejap cari kejap tak). Alhamdulillah. Rasa dia sangat sangat lain.... Boleh lah anak anak mummy mandi kolam, main basikal, main khemah khemah dekat laman rumah. Memang impian kitorang, dari zaman couple lagi dah berangan angan tau. Patu suka dating kat Ikea pulak tu, nanti anak perempuan kita nak bilik full pink bla bla bla. Hehehe. 

Syukur alhamdulilah!!!!!!

Orang bank tu ada kata, akak okay lagi rumah ketiga. Saya ni 1 pun tak ada. Just tolong orang beli rumah je, saya pun belum beli lagi. Sebab dia macam tgk Wawa excited sangat. Asyik asyik tanya "so dah confirm la ni rumah tu rumah kami?" Hahaha

Ya memang la rumah ketiga. Tapi 2 rumah tu nama Boy. Kalau pape jadi takde kena mengena dengan Wawa. Yang ni..... yes nama Wawa. So rasa dia lain macam sikit.

Bila bagi tahu orang, ramai kata alaaa sama je, rumah suami rumah kita jugak. Memang la tapi.............. ok ok tak nak fikir negative. Ahaks! Simpang malaikat 44. Jauh jauhkanlah.

Maafkan saya kerana bersikap negative. EHE!

Banyak sangat dugaan nak beli rumah ni.

Mengandung Ili 40 weeks, Ili tak lahir lahir.... So kami decide ronda ronda then ternampak rumah baru nak naik. Terus contact pemaju, jumpa then tengok rumah contoh. Terus berminat. Bayar duit booking.

Few days later Wawa bersalin. Jadi segala dokumen tak dapat Wawa nak sediakan. 2 bulan tak masuk office, maternity leave. EA Form, Surat Pengesahan Masih Bekerja dari company, Payslip, Bank Statement, KWSP Statement, PTPTN Statement etc.

Bila dah masuk office, almaklomlah busy kan dah cuti 2 bulan. Settlekan kerja dulu. Patu baru sediakan document. Dah sediakan document. Tetiba MCO pula ya, Covid 19. Tak pernah pernah berlaku, berlaku time kitorang nak submit loan. Sesuatu sangat kan!

Pemaju kata tak boleh proceed loan sebab MCO. Tapi MCO fasa dua tetiba dapat call tanya kitorang dah dapat refund booking ke sebab dorang dapat info yang kitorang cancel beli rumah. Patu dah ada yang amek rumah no 54 kitorang. Marah lah kitorang kata MCO takleh proceed loan macam mana orang boleh ambil rumah kitorang. Patu apa guna booking kalau rumah kitorang ada orang ambil. Discuss discuss, kitorang dapat rumah no lain. Kecewa la sebab rumah 54 depan taman permainan which is senang nak tgk eva ili main taman & senang la nak buat kenduri kendara tak ganggu  rumah org depan. But tak ada rezeki la kan nak buat macam mana. Redha.

PKPB. Gaji Boy pulak kena tolak 15%. Teruslah kitorang fikir yang kitorang tak ada rezeki nak beli rumah. Sebab fikir tak lepas. Gaji Boy sampai sekarang kena tolak ye....  Lama kitorang senyapkan diri. Then pemaju call tanya pasal loan, kitorang kata la nak cancel sebab gaji Boy kena potong which is kitorang takut loan tak lepas sebab kitorang kan ada komitmen rumah lain, tapi dia kira kira dia kata lepas. Dia kata try je proceed buat loan dengan Bank. So Wawa sediakanlah balik segala document. Sebab dorang nak yang latest kan. Tapi takde la mengharap sangat sebab fikirkan gaji kena tolak.

Tapi, ada rezeki kami rupanya. Alhamdulillah. Loan kami lepas!

Selalu macam tu kan. Bila kita beriya nak, macam ada je halangan. Bila kita dah berserah, tak letak harapan tinggi. Tup tup dapat.

Lepas je loan approve. Terus orang bank datang office Boy, office Wawa sign LO. Now just perlu tunggu S&P je dalam sebulan kot macam tu.

Rumah ni dijangka siap tahun depan. So lama lagi la. Maybe dalam hujung tahun depan baru kitorang pindah. Habiskan tadika Eva dulu setahun. Tapi tu pun Wawa macam tak sedap hati nak pindah. Sebab kena cari taska la pulak!!! Trauma Eva lebam lebam tu punn belum hilang lagi. Inikan pulak bila ada 2 orang anak. Lagi lagi lagi la Wawa risau.

Then, Boy dia dah bagi tahu ibu ayah. Ibu nangis tau.... Ibu kata Ibu kesian kat kitorang sebab duduk kat rumah sekarang ni. Nak naik tangga hari hari. Hihi. Wawa no hal. Sebab ibu ayah pun free free je bagi kitorang duduk rumah tu. Tu pun dah kira bersyukur sangat sangat tak perlu menyewa. Patu ibu ayah suruh kitorang sewa rumah Puchong kitorang tu, tayah jual. Aset. Plan Boy memang dia tak nak jual pun, memang dia nak bagi rumah Puchong kat Eva. Rumah Shah Alam dekat Ili. Rumah baru ni kampung kepada cicit cicit kami. Kah kah. InsyaAllah, kalau Allah izinkan.... (Wawa cakap insyaAllah tau. nanti bila tak jadi jangan kata "dulu kata lain". Kita hanya mampu merancang, Allah SWT yang tentukan.)

Wawa tak bagi tahu mak lagi. Wawa text mak, Wawa kata nak bawak mak makan hari Sabtu. Padahal plan nak bawak mak ke rumah tu terus. Nak surprisekan mak. Tapi mak ni berbeza dengan ibu. Ibu terharu, sedih, terlalu happy ibu akan nangis. Mak? Tak okay. Mak jenis kental. Hahaha. Bila fikir balik macam tak pernah Wawa tengok mak nangis. SERIOUS. Yela, macam macam yang mak Wawa hadapikan. Umur 31 pregnant anak kelima. Anak sulung masa tu baru 7 tahun. Suami meninggal sebab accident jalan raya. Besarkan kami seorang diri. Boleh bayangkan tak? Kalau orang lain mahu kahwin lain, or letak kami kat rumah anak yatim, or pisah pisahkan kami bagi mak mak sedara jaga...Bila tanya kenapa mak tak kahwin? Mak jawab, anak mak ramai perempuan, mak takut.... Masih fikirkan kitorang dulu, baru fikirkan diri sendiri....  Ahhhh damn.... meleleh dah air mata....

Tapi tu la Wawa kan sejenis semua nak update kat social media. Wawa post kat IG Story Wawa alhamdulillah and gambar envelope ada logo Bank Islam. Tu pun kawan Wawa ada dm beli rumah eh? Hahaha kalau kawan Wawa boleh tahu, Wawa rasa mak pun dah syak la kot. Yela apa lagi kan. Tak kan Wawa dapat kerja Bank Islam pulak kan. Memang jauh sangat la. Lagi lagi instinct seorang mak ni kuat...I bet mesti mak cakap "mak dah agak dah"...

Haha. 

Nak tengok tak rumah kami? Sabar jap. Petang ni Wawa post. InsyaAllah. Lepas surprisekan mak dulu.

Ahhhh...happynya...

Terima kasih ya Allah atas rezeki yang kau berikan kepada kami sekeluarga.

Syukur Alhamdulillah !

Syukur Alhamdulillah !

Syukur Alhamdulillah !

Wawa doakan, buat sahabat sahabat kat luar sana. Yang ada rancangan nak beli rumah, Wawa doakan supaya urusan beli rumah korang semua dipermudahkan ya.

Amin.

Comments

Popular posts from this blog

Eva Aleesa - Melangkah masuk ke alam persekolahan.

Ili Aleeia

Sambutan Hari Kemerdekaan ke 65