Alhamdulillah rezeki.

Hi semua. Buat apa tu? Wawa doakan semoga hari korang harini, baik baik saja.

Hari Wawa?

Alhamdulillah, rasa macam menang loteri since hujung tahun 2020.

11.12.20 Boy belikan Wawa gelang emas, hadiah ulangtahun perkahwinan kitorang ke 5

26.12.20 Bonus! Huhu ingatkan takde tau sebab pandemic, takut syarikat tak untung ke apa kan. Alhamdulillah rezeki anak anak.

9.1.21 Dapat bawak anak anak pergi staycation sempena birthday Boy. Habis je staycation terus lockdown semula ye. Phewww... nasib baik betul!

14.1.21 WAWA PREGNANT!!!!!!

HAHAHAHAHAHA.

Pregnant tu lah yang paling tak disangka sangka sekali. Wawa dengan Boy memang plan nak pregnant 2021 tapi hujung tahun. Sebab nak lepaskan Ili 2 tahun dulu. Tapi ini tidak, rezeki datang awal.

Walaupun kitorang dah "berjaga jaga" Tapi..... dah namanya rezeki. Sedang kita sibuk merancang, tapi Allah SWT dah tetapkan apa yang terbaik untuk kita.

Anyway, Siapa nak pil perancang boleh DM Wawa eh. Ada banyak lagi kat rumah. Lol..... Pasni tak mau dah guna pil perancang. Kalau boleh ikat, kita ikat. If Dr. tak recommend ikat kita guna la kaedah lain, suntik ke apa ke. Yang pasti bukan pil perancang ye.

Selalu tengok kena kat orang, unplanned pregnancy. Ni kena kat diri sendiri. Surprise sungguh. Tak terkata kata, kitorang masa dapat keputusan tu kitorang gelak je.Sebab tak sangka. Lol. Tak leh lupa sangat time tu.

Dari birthday Boy 9 Jan 2021 lagi Wawa dah sakit perut senggugut. Konon ingatkan nak period la.... Tapi tak period period.

14 Jan maghrib Wawa cakap kat Boy...

Wawa: Syg ni sakit perut nak period dah lama, tapi tak period period. Bila syg patut period eh?
Boy : Birthday B haritu syg patut period.

Patu Wawa pun check tweet kat twitter sebab Wawa selalu mengadu sakit period pain kat twitter wakakakaka. Patu tengok 8 Dec last Wawa period. Terus lah gelak berjemaah sebab dah lambat seminggu.

Boy siap buat lawak kata kat Ili "Ili nak jadi kakak ye".

Masuk bilik air nak solat. Teringat pulak ada pregnancy test kat dapur. Terus la check, Boy tengok anak anak semua gi toilet. Dia risau anak anak main air. Dia datang tengok kantoi Wawa tengah check pregnancy test.

Patu sesama la tunggu result kemain laju ya dia double line. Macam Eva and Ili memang kitorang plan, jadi Wawa selalu check awal. Belum date period lagi Wawa dah check. Selalunya lambat then line kedua tu macam samar samar.

Tapi kali ni, pekat betul double line dia. Kitorang time tu.... Gelak kaw kaw....Patu mulut time tu tak berhenti comfort each other "Rezeki, ada org susah nak pregnant, kita senang" patu "Atleast kita dah 40 anak semua dah besar besar, kita boleh melancong berdua" Lol... Itu sah sah la Boy kan kalau dah fikir pasal melancong. Wakaka.

Duduk dalam bilik, Wawa masih lagi in denial. Suruh Boy gi kedai. Beli pregnancy test lagi. Nak test waktu subuh. Konon takut pregnancy test tu dah lama so dah rosak.

Boy pergi semua kedai takde, so dia pergi beli kat klinik. Mahal sikit & confirm accurate lah kalau dah klinik kan. Tak boleh nak "in denial" lagi lah kan. Konon nak buat Subuh, tapi...........perut sakit.... Wawa takut period... So malam tu jugak test,  laju je double line.

So dah confirm la tu bukan sakit perut sbb nak period tapi sakit perut sbb awal kehamilan. Tahu patu apa kitorang buat?

PILIH NAMA ANAK!

Excited teruk. Dengan Eva Eva sekali excited betul nak dapat adik. Gerammm je Eva tuu. Ili? Dia join menyibuk je... Hehehe.

Wawa macam biasa, takde sorok sorok. Dari Eva lagi Wawa mmg announce awal. Sebab kawan Wawa dia dah baca tweet Wawa lambat period, jadi dia tak abis abis nak kata Wawa pregnant. Wawa memang tak suka menidakkan benda yang dah ada, sedih baby dalam perut. Bagi je tahu, abis cerita. Ada orang kata rahsiakan sampai dah besar sikit baru bagi tahu sebab tak tahu mungkin kita pregnant ni ada yang iri hati. Tapi pendapat masing masing kan. Pada Wawa pulak lain, ramai tahu, ramai la yang mendoakan. InsyaAllah, yakin Allah SWT ada untuk kita.

Masa tahu pregnant tu Wawa takut.....

1. Luka czer Ili tak sembuh lagi. Seelok eloknya boleh pregnant lagi lepas 2 tahun. Tapi baru 1 tahun 1 bulan Wawa dah pregnant. Macam mana? Risiko tinggi.... takutnya la haiiiii

2. Ramai kata nanti nurse and doctor akan bising sebab mengandung rapat. Tapi masa Wawa appointment pil perancang haritu Wawa bagi tahu nurse Wawa yang Wawa dah pregnant. Dia okay je dia siap ucap"tahniah, takpe rezeki". Tapi tu nurse pil perancang lah, masa buka buku nanti tak tahu la macam mana. Uhuk uhuk.

3. Ili!!!! Wawa kesian kat Ili. Adik dia lahir nanti dia baru 1 tahun 10 bulan. Kesiannyaa.. Sekarang ni pun Wawa asyik nak tengok dia je..... Mesti baby dalam perut ni kenan muka Ili... sebab Wawa asyik nak tengok, tatap, peluk, rasa bersalah sangat dengan dia. Kakak kecik. Huhuhu. Tapi Wawa mmg bersyukur sangat Ili ni baby yang senang nak handle. Dari dia lahir sampai sekarang. Dia active tu active, bagus la budak active, tapi dia jenis budak tak mengada. Dia faham apa kita kata. Dia tak nangis tanpa sebab. Kita tak perlu berteka teki dia nangis nak apa. Nak susu, dia bagi tahu. Nak tidur, dia tidur sendiri. Tak berjaga tengah malam. Dari baby tau! Mungkin sebab maksud nama dia tu la "Kurniaan Yang Mulia". Betul betul gifted! So bila Ili ni jenis too independant ni jugak la yang buatkan Wawa extra rasa serba salah tau. Kecik kecik dah independant. Sian dia..

So sekarang Wawa masih lagi dalam fasa mabuk memabuki. Lol. But okay je la Dah 3rd pregnancy kan. Nak muntah kita muntah. Lapar makan. Nak muntah, kita muntah balik. Takde istilah control makan sebab elak muntah. Kui kui. Sebab asyik dapat nasihat dari seseorang. Setiap kali bagi tahu dia Wawa muntah dia mesti tanya makan apa. Bila bagi tahu makan sekian sekian. Dia cakap "makan tu memang la muntah" and ada dia cakap "ngandung mmg takleh makan byk nnt muntah".

Takde maknanya. 3x pregnant. Memang semua muntah muntah. Makan ke tak makan ke, jaga makan ke or tak jaga memang muntah je la. Dah nama pun pregnant, muntah tu memang salah satu simptom pregnant. Kalau makan itu takleh makan ini takleh memang melidi lah Wawa.

Kesian baby dalam perut tak dapat zat. Sebab mak makan sikit semata mata elak muntah. Choi!

Okay sampai sini je la ye.

Before tu Wawa nak request sikit... Tolong doakan :

1. Sickness Wawa tak lama.
2. Wawa selamat melahirkan & Baby selamat dilahirkan
3. Baby yang sihat & cukup sifat
4. Tak ada apa apa komplikasi sepanjang kehamilan, semasa dan selepas melahirkan

AMIN

Terima kasih pada yang membaca dan mendoakan.

Semoga yang mendoakan Wawa ni, dimurahkan rezeki & diberi keberkatan hidup dunia akhirat.

AMIN

LOVE,
WAWA.

Comments

  1. Aunty Eva Ili yang gojesFebruary 9, 2021 at 8:53 PM

    Apa yang nak makan tu, makanlah selagi boleh ye mommy.
    Muntah, takpe, kita makan lagi. HAHAHAHAH.
    Semoga semua urusan mommy dipermudahkan. Amin amin.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Eva Aleesa - Melangkah masuk ke alam persekolahan.

Ili Aleeia

Sambutan Hari Kemerdekaan ke 65