Sambutan Hari Kemerdekaan ke 65

Sambutan Hari Kemerdekaan ke 65 di CIC & Taska jatuh pada hari yang sama 30 Ogos 2022. Gigih la Wawa sediakan baju dorang. Teacher dah bagi tahu awal dah tapi biasalah seorang Wan Zulaikha, selagi belum last minute selagi tu buat donno, sehari sebelum date baru Wawa pergi beli baju. Ili memang Wawa dah plan pakai baju bendera Malaysia Eva yang lama, cuma nak carikan Eva & Amy saja la. Amy Wawa beli gaun merah. Eva pula datang idea nak pakaikan dia baju tradisional India, jangan tanya nama baju tu, Wawa tak tahu haha. Main tunjuk tunjuk je. Ye la kita tak reti kan, asal India je Sari, asal Cina je cheongsam, sedangkan dorang pun macam kita juga ada pelbagai jenis pakaian tradisional ada kebaya ada kebarung ada kurung peplum.

Wawa ambil anak anak balik taska terus waze kedai baju tradisional India, kalau korang kenal Wawa, Wawa ni tak berani drive & tak tahu guna waze. Tapi semangat masa tu lain macam, berkobar kobar sanggup bawak 3 orang anak. Alhamdulillah dipermudahkan, kami selamat pergi dan pulang tanpa salah jalan. Wkwkwkw. Sampai je sana terus rambang mata. Seronok ye feeling feeling Kajol pula bila masuk kedai tu. Baju Eva dia yang pilih sendiri. Tak lain tak bukan pink & purple la ofcourse!
Comel kan? Geram la rasa nak picit picit dua ketul ni. Ili pun dia nak macam kakak dia jugak. Ada gelang Kajol. Anak perempuan kan kuat melaram. Seronok dorang kat kedai tu, bukan dorang je Wawa pun seronok tapi buang tebiat pulak kalau Wawa tetiba pakai sari. Haha.
Guess what dah beli beli baju! Wawa baru teringat date appointment Amy dekat KK pun 30 Ogos 2022, jab untuk umur 1 tahun. Tak dapat la dia celebrate Merdeka dengan friends. Tapi since baju dah ada kita pakaikan saja la. Dia budak bijak nanti dia tengok kakak melawa, dia tak lawa dia sedih.
Muka pun masam je, faham ke baby? Hahahaha. Takpela, next year okay, next year baby pakai baju Kajol ok!

Comments

Popular posts from this blog

Eva Aleesa - Melangkah masuk ke alam persekolahan.

Ili Aleeia