AMY ALEEKA 11 BULAN

Hello. Actually plan asal Wawa log in ni sebab nak privatekan blog ni. Tapi tetiba "should I?" Whatever. Esok lusa lah kita decide balik. If korang tetiba tak jumpa blog ni, means Wawa dah buat keputusan lah tu. :P And since tak ada kata putus, teruslah kita beralih cerita tentang my cutie lil tiny buttercup, Amy Aleeka. Last Wawa cerita masa dia 4 bulan rasanya. Sekarang dah 11 bulan ye umur dia. Halaaa kejapnya rasa. Tapi dia masih baby lagi dont worry. Haha kenapa Wawa cakap camtu? Sebab first, DIA MASIH BOTAK! And second, dia masih belum tahu how to crawl. Dia just tahu crawling on stomach je. Crawl betul betul masih virgin lagi. Hahaha. 11 bulan babe. But still cute macam baby baby. Can you guys imagine that? Cute teruk tau! Tapi.... Jangan pandang rendah ye..... Itu budakk.. walaupun hanya crawling on stomach tapi macam lipas kudung. In a blink je dah sampai dapur, blink again dah tonggang terbaling tong sampah I blink lagi dia dah nak capai bekas beras pulak. Semalam je habis tumbang rak kasut rumah Wawa. Kecil kecil cili padi. Takde dah clingy clingy takleh nampak mummy melintas, dia dah independent. Tidur pun dah boleh dengan daddy. Sekarang ni Eva la pulak yang takleh tak tidur takde mummy. Macam macam ragam.
Ini masa Amy kena RSV. First time kami admit dekat Columbia Hospital Bukit Rimau. Selalu tak Avisena mesti KJMC. But this time sebab dah pindah kan, saja try sini. Okay lah. Paed dia pun baik je. Ward pon selesa cuma timing la kot, time tu dorang tengah renovation.
Amy first time celebrate birthday mummy. tapi tak rasa dia faham keadaan sebenar, rasa macam dia ingat kita celebrate dia. Pun boleh lah baby. Asalkan you happy.
Ini mummy kena ambil leave sebab kena jaga this girl, demam panas. Kakak kakak semua school macam biasa. Mummy berdua dengan baby. Manja sangat time ni, tapi sekarang dah okay dah, dia dah tahu share mummy with kakak kakak.
Amy's first raya! Sangat baik dalam kereta, jalan jauh pun no hal. Cuma, dia start gelabah bila nampak orang. And, senyuman dia mahal. Hanya orang tertentu je yang bertuah boleh tengok. Lol. Selebihnya macam dalam gambar ni la. Dia masam je bila nampak orang approach dia.
Trip to Langkawi. Amy first time naik flight. Kelam kabut babe. Dengan diapers dia bocor la dalam flight. Dah tukar tau before depart tapi maybe senget kot tetiba paha Wawa rasa panas rupanya bocor haha. Perjalanan 45mins rasa macam 4 jam. Macam macam lah kejadian yang berlaku, nak cerita mahu jadi 3 cd macam cerita hindustan panjangnya.
Latest picture of her. Yes, saya repeat, LATEST. Macam tak dimamah usiakan? Maintain baby face. Hihihi Pejam celik dah 11 bulan. Next month setahun. Rasa macam nak staycation masa birthday dia tapi itu la, mummy mummy ni namanya je bercuti tapi bukannya betul betul bercuti pun. Tugas & tanggungjawab masih tetap sama yang membezakan hanyalah tempat. Jadi, tak la kot. Next year la. Kita tunggu annual leave mummy dah banyak balik. Kalau setakat nak tidur 2 hari 1 malam time weekend. Memang kelam kabut & tak enjoy pula nanti. Kita buat makan makan saja la ye baby! Tak sabar nak tengok dia tiup candle. Love ; WAWA

Comments

Popular posts from this blog

Eva Aleesa - Melangkah masuk ke alam persekolahan.

Ili Aleeia

Sambutan Hari Kemerdekaan ke 65