Rumah Baru!

Syukur Alhamdulillah! Finally kami dapat dah kunci rumah baru! Actually.... dah boleh collect lama dah cumanya pemaju tak email kitorang. Terlepas pandang ke camne tah. But its okay kitorang memang busy pun minggu minggu sebelum. Staycation bday anak anak, balik kampung dah lama kot tak rentas negeri, patu staycation bday mak pulak, patu last week kami satu family tak sihat. So takpe laaaa.. boleh dimaafkanla dorang lupa email kami.

Masa collect kunci rumah terus jumpa dengan contractor pemaju bincang pasal renovation. Rasa teruja bila tengok banyak rumah yang dah start renovate. Oh! Dah ada yang pindah kat situ dah pun daalam 3 family macam tu.

Plan kitorang by next year lah kot baru pindah. Ye la cemana.... dengan kerja lagi. Dah lah Wawa and Boy baru start kerja kat office, sebelum ni WFH & maternity leave jadi banyak la kerja yang tergendala. Patu dengan anak anak kecik lagi. Slow slow je la. Tak lari mana pun rumah tu ye dak.

Khamis dapat kunci & jumpa contractor pemaju. Sabtu jumpa pulak lagi 2 orang contractor. Yang sorang ni contractor kat office Boy. Yang lagi sorang nama dia Ady, dia yang renovate rumah Shah Alam kitorang dulu. Total kami survey 3 contractor.

Lepas dah dapat quotation. Dah discuss itu ini. Kami decide nak ambil dengan Ady lah, kami lebih berminat dengan quotation dia plus dah pernah tengok dia kerja macam mana. So senang lah sikit. Tapi dengan contractor office Boy pun kami ambil jugak. Dia more to bahagian luar.  Ady bahagian dalam rumah.

Kami takde lah renovate beriya sangat pun. Buat apa patut je. Sebab budget pun bukannya ada sangat. Dengan nak beli perabot lagi. Budget kami untuk semua ni 30k je tapi.... percayalah.... akan lebih punya! Akan terjejas juga akaun simpanan kami.

Pada mereka yang ingin meringankan beban kami, boleh lah salurkan sumbangan ke... Ekekeke.

Tak sabar gila nak tengok finishing. But tu lah, makan masa jugak nak siapkan. Maybe dalam 2 bulan lah kot baru settle. But okay lah, atleast rumah kami siap time jiran jiran dah ramai pindah. So masa kami pindah nanti takde la sunyi or seram.

Yang merisaukan Wawa is....... jiran sebelah kiri dan kanan. TAK NAMPAK BATANG HIDUNG. Tolonglah jangan cakap yang rumah tu takde pembeli. Kami dah banyak kali datang tapi takde pun owner or pekerja pekerja renovation melawat kawasan. Huwaaa Wawa dah lah sejenis overthinking. Guess what. Kitorang ada tertinggal bola Eva kat porch. HILANG BEB HILANG!!!!! Tak tahu la if ada anak jiran ambik. Tapi macam mustahil mak pak dorang nak bg anak dorang masuk rumah orang sesuka hati. Scary..............

Sekarang ni apa yg kitorang nak kena buat.... cari lampu & kipas! Perabot semua dah survey hari ahad. Hantar anak anak kat rumah mak. Patu kitorang terus survey cabinet segala kat sana. Semua dapat except sofa. Perabot tu plan nak beli 29Nov sebab Amy check up pukul 8. Alang alang tu apply terus cuti then beli barang kat ikea. Anak anak hantar lah taska.

Perabot tu pun kitorang beli apa yg penting dulu la seperti katil anak anak. Hahaha. Omg cant wait, nak mulakan hidup baru di rumah baru plus kami ada ahli keluarga baru. Teruja sangat, serba serbi baru. Then quotation untuk grill and autogate pun tak dapat lagi ni. Seram kita. Banyak benda nak kena buat and beli tapi duit tak banyak. How? Maka, kita berdoa & tawakal sajalah. Semoga dipermudahkan segala urusan. Amin


Love ;

Wawa

Comments

Popular posts from this blog

Eva Aleesa - Melangkah masuk ke alam persekolahan.

Ili Aleeia

Sambutan Hari Kemerdekaan ke 65