ILI ALEEIA DAH BERDIRI

Maksud nama Ili Aleeia is Kurniaan Yang Mulia. Memang seriously dia ni betul betul gifted. Kenapa?

0-5 bulan sangat sangat senang jaga dia. Tak perlu buai. Tak perlu bouncer. Tak perlu puting. Bangun , tidur, makan, kalau dia jaga pun dia senyap je, apa kakak buat kat dia dia redha je, patu kalau jaga dia tengok penumbuk dia, hihi, tangan sendiri pun boleh jadi mainan, tayah susah susah beli soft toys.

2.5 bulan dia dah meniarap cikgu ingat dia 5 bulan. Wawa cakap eh belum 3 bulan lagi. Cikgu terkejut sebab dia cepat.

5 bulan dah merangkak, kenapa Wawa kata senang jaga 0-5 bulan je. Sebab 5 bulan dah merangkak and pepaham la tak mudah ye jaga baby merangkak. Dia dah start lawan mata sebab dia dah boleh explore. Dia nak main. Dia nak kejar mummy, daddy & kakak. Mana je kitorang pergi dia ikut, walaupun dia sebenarnya ngantuk. So nanti ha mula la berdentum dentam kepala dia sbb terlalu mengantuk. Dia akan tertidur sendiri kalau dia penat sgt sgt. Kalau dia penat biasa biasa kita dodoi lah cemana sekalipun dia tetap tak kan tidur.

5.5 bulan gigi tumbuh. bersinar sinar ye gigi sebatang dia tu. Silauuu. Ye la yang lain gusi tetiba seciput je warna putih. Cute gila.

6 bulan dah berdiri (berpaut kat kerusi) kalau merangkak pun orang kata cepat. Berdiri mestilah luar jangkaan. Tapi mak pak dia la yang seriau. Kena duduk kat area area dia je. Sebab takut jatuh, Yang berdiri tu pun dia tahu berdiri je, turun tak tahu. Samada dia nangis kitorang datang selamatkan atau dia jatuh. Bahaya kan? Kadang tu dia berpaut kat kitorang. Lagi risau bila berpaut kat Eva. Nasib la Eva jerit, mummy adikk... berlari la kitorang takut Eva gerak nanti Ili pun jatuh. Kalau Ili ni sejenis badan tegap maybe kita okay lagi, tapi ini tak dia sejenis halus je, tiup angin pun boleh terbang. Huhu

6 bulan dah pandai duduk katak, but nurse kata duduk katak ni tak bagus sebenarnya so setiap kali dia duduk katak Wawa kena betulkan. And now tengah belajar cara duduk yang betul cuma tangan still support la, belum boleh duduk lepas tangan.

Bayangkan 0-5 bulan nampak macam baby yang suka tidur je. Masuk 5 bulan active macam ni. Betul betul kejutan budaya kitorang. Dari sangat relax jadi TAK BOLEH NAK RELAX LANGSUNG. Huhuhu. Even dia tidur pun kitorang kena kerap check dia. Risau dia mulakan operasi dia luar pengetahuan kitorang.

Jatuh katil dah 2x ye, sebab kitorang tidur. Dia ni jenis bangun tidur tak nangis, bila bangun dia terus merangkak and jatuh. Before ni harpkan benteng but skrg tak boleh dah sbb dah pandai lepaskan diri dari benteng. So skrg Eva tidur dengan Boy atas katil. Wawa & Ili kat bawah. Boleh je tidur kat baby cot but..... I kan clingy mother. Hahaha.

Tapi tu la.... Kadang bila kita terlalu bahagia. Orang tak suka. Orang fikir kita belagak. Mak mana yang tak bahagia bila tengok anak dia dapat sesuatu ilmu. Eva tahu merangkak 7 bulan pun Wawa record. Wawa post kat IG, Tak ada pun sorokkan fakta atau nak malu sebab anak merangkak normal pada usia dia. Anak kita kot. Apa pun saja kejayaan yang dia kecapi mesti la kita jadi teruja and nak share kat sosial media kita. Apa sosial media ni tempat post gambar bercuti? gambar makan sedap aje ke? Kalau rasa Wawa belagak, jangan tengok. Wawa pun bukan nak tunjuk kat korang. Nak tunjuk dekat siapa yang concern pasal Eva & Ili. Seperti Boy, Mak, Kakak kakak Wawa, kwn kwn rapat Wawa. Macam Zafeera, Bella, Kak Nini. Dorang ni kalau Wawa post skit je pasal Ili, dorang lah paling laju "aaa geram aaa geram". Siapa yang jenis sukakan baby je yang faham.

**Nota kaki : kena faham tau, Wawa cakap orang yang sukakan baby. Tak semestinya orang tu ada anak, sayangkan anak dia sangat sangat dia dilabel as sayang baby. Sayang baby dengan sayang anak sendiri, dua perkara berbeza. 

If tak suka sila la unfollow. If susah nak unfollow bagi je hint. Then Wawa tolong removekan sendiri okay? Imma cool liddat!

Kalau korang perasan IG Eva & Ili ramai followers. Tapi IG & Twitter Wawa sikit je. Sebab IG & Twitter Wawa just orang orang tertentu saja yang dibenarkan.

I DONT LIVE TO PLEASE ANYONE. I HAVE THE POWER TO CHOOSE WHAT TO ACCEPT AND WHAT TO LET GO. SIMPLE.

Buat baik macam mana sekalipun kalau dah tak suka. Benda yang takde kena mengena dengan dia pun dia sakit hati. Hati orang kita takleh nak jaga, tapi hati kita kita boleh jaga. Buang je toxic people jauh jauh. Nak biarkan drama pepanjang lebar buat apa. Pilihan kat tangan kita.

Yang penting sekarang happy mom, happy daughters. Wawa happy, anak anak Wawa pun akan happy sekali. Kalau Wawa dok sibuk layan apa orang suka apa orang tak suka, anak anak Wawa terabai. Padahal keutamaan sekarang is anak anak Wawa betul tak? Dorang siapa? Sikitpun bukan tanggungjawab Wawa.

Tak apa la, just so you know.

EVA ALEESA. ILI ALEEIA. Dorang harta tak ternilai Wawa & Boy. Kitorang laki bini sangat obses dengan anak kitorang. Walaupun Eva tu tetiba pandai cakap "Eh adik mah mangun (dah bangun)" kitorang happy sangat! Kitorang gelak! Kitorang puji. Padahal pelat je. Tapi kitorang still bangga kenapa? Sebab dia dari tak pandai cakap dah boleh cakap patu dia concern dengan adik dia.

Tak kisah lah apa ilmu pun. Ilmu yang kecik simple, yang orang luar rasa tak de benda pun. Kitorang still rasa bersyukur & bangga. Get it? Bukan belagak, Just bangga!

BANGGA.

Sekarang ni Ili baru berdiri and merangkak. Misalnya berjalan nanti lambat. Wawa as her mother still akan support & bangga dengan dia sebab tak give up. Betul tak.

Mummy sayang Eva Aleesa & Ili Aleeia sangat sangat tau.

Comments

Popular posts from this blog

Eva Aleesa - Melangkah masuk ke alam persekolahan.

Ili Aleeia

Sambutan Hari Kemerdekaan ke 65