Dugaan Ili Aleeia

Kesian darling mummy.

Baru 3 bulan tapi dah macam macam dugaan yang dia kena lalui. Sorry sayang. Mummy cuai. Demam tak payah cakap lah. Dah banyak kali. Tapi adik memang macam tu, even jab pun dia akan demam. Ni isnin depan ada check up Wawa dah risau dah. Hope tak demam la ye dik.

Dugaan paling besar adik yang pertama ofcourse lahir lahir je terus Jaundice. Doct kata kalau mummy darah O+ ni mmg senang baby kena jaundice. But...... Eva dulu elok je tak ada jaundice langsung. Huhuhuuu. Adik sampai kena masuk NICU. Berpisah sehari. Nak nangis mummy dibuatnyaaa...



Dugaan kedua. Pneumonia! Ohoiiii ni paling mencabar. Walaupun adik ada sakit yang lebih teruk lepas Pneumonia ni. Tapi masa adik kena Pneumonia, adik dah lemah. Bayangkan dalam kereta Wawa berdoa, berzikir, boy drive laju dalam hujan, eva tidur atas riba, wawa dokong adik yang lgsg tak boleh nak bukak mata. Suara slowwwwwwwwwwwwwwwwww sgt. But, sampai je hospital KJMC, doct masuk ubat bontot terus ok. And kena admit seminggu. Itu pun adik still tak ok, batuk and kahak. TERUK GILA. Makan hari untuk okay. Dah lah baru sebulan lebih.



Dugaan ketiga. Ini sakit paling teruk la adik pernah kena. Influenza A. Doct kata adik pesakit termuda untuk Influenza A. Huhu, jangkit daripada Eva. But alhamdulillah senang handle. tak drama macam Pneumonia. Admit 4 hari 3 malam dekat Avisena. Sampai kena mintak tolong mak. Sebab mula mula adik admit KJMC seminggu. Patu discharge berapa hari patu Eva pulak admit Influenza A (Eva teruk siap meracau racau) belum sempat discharge, Ili pulak admit Influenza A. Hampir sebulan kami bertapa kat hospital. Sampai 2 bilik. 1 Eva 1 Ili. Takleh sekali sebab Influenza kan... kena quarantine. So daddy jaga Eva, mummy jaga Ili. Allah... 


And ni sekarang.... Selasa 11/2 adik demam mummy cuti. Then okay dah. Sabtu 15/2 demam balik. Ahad pagi 16/2 tak demam dah but timbul bintik bintik. Ingat demam campak. Bawak pergi klinik doct kata normal ruam akan naik lepas demam. Orang panggil demam ruam. Isnin -Selasa 17 & 18/2 mummy cuti jaga adik. Selasa petang try text cikgu taska and send gambar. Boleh ke hantar adik kalau adik demam ruam sbb badan dah tak panas just ruam je penuh satu badan n muka. Then cikgu kata boleh sbb benda tu tak berjangkit. Alhamdulillah. Hantar adik, and cikgu cikgu adik syorkan la beli ubat itu ini. Alhamdulillah makin mengecut now. Bersyukur sangat ada cikgu cikgu taska. Wawa jauh dari family. Dorang lah yang banyak bagi tunjuk ajar & tips cara nak handle itu ini. Cikgu Ili macam baya mak Wawa. Patu humble je suruh budak budak panggil dia nenek patu suka sgt agah agah Ili. Awww. Sebab tu Ili ni happy baby kot. Wawa belum buat pape baru tunjuk muka je dia da sengih sengih.Today 21/2/20 nampak la beza muka adik, bekas bekas bintik tu still ada lagi. Hope boleh hilang la, tak permanent. Sian adik.

Tapi takpe, asalkan adik kembali sihat & ceria. Tu yang penting. Wawa bersyukur sgt sgt dengan life Wawa skrg. Dengan Eva Aleesa yang sangat caring & Ili Aleeia yang sangat sweet.

Mummy sayang anak anak mummy!


ALHAMDULILLAH

Comments

Popular posts from this blog

Eva Aleesa - Melangkah masuk ke alam persekolahan.

Ili Aleeia

Sambutan Hari Kemerdekaan ke 65