I am back.

Assalammualaikum!

Lamanya tak berblogging. Kenapa? Secara jujurnya sebab Wawa banyak ponteng kerja lah since dah bergelar ibu ni. Bukan apa, dah takde mood nak kerja. Berbelah bagi. Awak dah biasa pegang duit, kalau tak kerja mana nak datang duit. Nafkah suami bagi pun takde lah sampai ribu. Dengan cara hidup Wawa sekarang memang tak mampu lah dik oi. Bosan sikit Zalora, Lazada, Mysale bla bla bla. Ha camne tu. Sebab utama Wawa malas kerja is Eva dan dia jugak lah sebab utama Wawa masih bekerja. Haha. Wawa tak kisah Wawa selekeh tapi tidak anak Wawa.

Baru baru ni... Eva pierce ye everybody. Padahal lubang tindik Wawa dah lama dah tertutup. Tapi, I lagi fikirkan Eva. Hahaha. Jenuh okay pusing kat Sunway Pyramid. Semua kata tak berani sebab terlalu kecik. Rasa macam nak jawab je, anak artis ramai je dah pierce lagi kecik dari Eva 10 bulan. Anak Adira pierce sampai 3 ke 4 tah. Tak sure, but more than 2 lah! Cari cari! Tomei tak berani Poh kong tak berani. Lebih 5 kedai la yang tak nak sampai lah jumpa Wah Chan! Tu pun RM45. Google belas belas ringgit je, tapi takpelah. Nama pun Wah Chan. Kesian Eva meraung demi mummy degil yang nak anak dia nampak cantik -_-. Tapi... dia nangis tak lebih dari seminit okay. Lepas tindik tu. Tindik lagi sebelah. Then dokong, dah senyap dah. Dia just terkejut je. Patu dia senyum senyum kambing dia. Geram!

Eva ni suka senyum and baik budaknya. Jarang keluar dengan dia, dia meragam. So sebab tu lah kalau tengok kat IG kitorang ni rajin betul keluar. Dia baik :)




Even kat lif pun dia dok merepek meraban nyanyi. Orang pun apa lagi suka la budak baya dia mulut bising. Orang tegur dia, dia pun tayang la lesung pipit dia -_- sangat gatal budaknya.

Tetapi......

Eva ni sangat sangat sangat lah penakut. Dia takut duduk sorang. Dia takut benda benda halus. Oh yes. Dia banyak kali dah nampak benda tu. Kesian... Lemah semangat budaknya. Tu la kalau nak pergi mana mana kitorang pilih tempat. Orang tak faham kata lah sombong lah tak nak lepak lah. Sorry my baby is my priority.

Makan pun susah dia ni. Banyak sangat allergic. Naik tak faham Wawa dibuatnya. Kadang okay kadang tak okay. Haritu bagi ayam dia allergic. But doctor suruh bg slow slow jangan terus tak bagi sebab nanti lagi worse. But kali kedua bagi okay pulak. Patu allergic balik. Tak paham. Nak bagi dia kena berhati hati. Tapi dia kuat makan!!! Seronok tengok dia makan.

Selalu pagi pagi buat kan sup. Selang selikan dengan nasi and bihun. Kena buat extra untuk anak babysitter dia. Hihi. Sibuk je nak jugak. Dia tu tiap kali Wawa amek Eva. Dia pau Wawa jajan. Lol. Kalau kita dokong Eva patu kakak Aleesya berdiri kat kita en nanti Eva mendajal sepak kepala kakak Aleesya tu. Muka nakal gila pulak tu. Mama dia kata dorang selalu gaduh. Eva suka tarik rambut kakak, Kakak suka rebut puting Eva. Eeee macam macam. Yang penting tiap kali amek Eva je Eva senyum sampai ke telinga. Perasaan yang tak boleh digambarkan.Penat penat kerja, balik rumah disambut dengan senyuman manis Eva. Eeee kalau tahu seronoknya beranak dari dulu lagi ajak Boy kahwin. Eh!

Kejap sangat masa berlalu. Tup tup dah 10 bulan. Lagi dua bulan nak setahun. Dan Wawa masih dilema tak tahu nak buat birthday party atau vacation. Takpela, tu nanti cerita entry lain. Sekarang ni nak sambung buat kerja ye. Kerja banyak. Patutnya esok Wawa, Boy and Eva balik Singapore. Gi rumah Onyang Eva. Tapi, Boy kena kerja esok. Penat penat je buat passport Eva Isnin lepas. Takpelah, atleast Eva dah ada passport. Expired 5 tahun, tak kan lah dalam masa 5 tahun tu tak ke mana en.

Jom peningkan kepala balik dengan kerja kerja kat office ni!

Jap! Sebelum tu nak share gambar passport Eva.


Comel sangat!! Okay, I memang suka angkat bakul puji anak sendiri. Biasa lah tu.... mak mak kita pun macam tu jugak masa korang kekecik dulu. Huk huk. Geramnyaaaaaaaaa. Orang cakap mulut dia dah jongket sebab hisap puting. Like I care? For me she is PERFECT! Pi jaga anak korang lah, sibuk jeee. Kih kih kih. Tayunkkk Ibaaa~~ nanti mummy balik work mummy masak bubur and sup sayur ye. Kesian dia kena jadi veggy for a week sbb pierce. Nanti habis tempoh confinement mummy masak sup ketam okay :) Rinduuuuuuuuuuuuuuuu!

Comments

Popular posts from this blog

Eva Aleesa - Melangkah masuk ke alam persekolahan.

Ili Aleeia

Sambutan Hari Kemerdekaan ke 65