Khamis 02/03/2017

Selamat pagi.

Eva bangun pagi buta mintak susu. Time tu macam eeeee ngantuknyaaaa. Lepas bagi dia susu tengok jam pukul 2. Terus gembira. Sebab ingatkan pukul 4 macam tu. Ini bermakna Wawa ada banyak masa untuk tidur lagi. Maka kami dua beranak pun sambung tidur.

Pukul 5.45 bangun macam biasa. Nak pump tapi malas. Eva pun acah acah la bangun macamkan dia nak pergi kerja jugak. Haha dia gosok gosok mata dia tu patu pandang Wawa. SUMPAH GERAM. Sebab dia macam well behave sangat. Tak nangis tak merengek tak apa. Dia pandang dengan pandangan kosong. Mata dia...... geramnya.... memang Wawa gomol gomol.

Wawa dah duduk pada mulanya nak pump. Tapi nampak dia macam tu terus baring balik. And bermanja manja dengan dia. Peluk dia. Tepuk tepuk dia. Cium diaa. Dia baik je duduk diam merelakannya. Arghhh rindu!!

6.25 baru Wawa start buat kerja Wawa. Nampak tak ? Demi Evaaaaa~~ Lepastu Wawa mandikan Eva pukul 6.50 siapkan dia, bagi susu then bagi tengok cartoon. Patu Wawa pun siapkan diri Wawa. Keluar dari bathroom, tengok dia meniarap sambil tengok cartoon. Grrr~ why so well behave ha baby.

Wawa bersiap patu datang main ngan dia patu sambung bersiap balik patu cium cium pulak dia. Hihi. Patu mengadu kat Boy "Kenapa sayang kena kerja". Patu dia tunjuk segala barang yang Wawa shopping semalam. Patu Wawa "oh okay, nak kerja". Hahaha Jawapan bagi kenapa Wawa kerja is untuk kesenangan Eva Aleesa. Itu saja. Bukan untuk Wawa tapi EVA!

Nak bagi dia makan, pakai, tempat tinggal & pendidikan yang baik. So I have to !!! Tapi esok masa nak gi kerja confirm akan tanya soalan yang sama lagi dekat Boy. Haha. Dannnnnnnnn~~ masa hantar Eva!!!! Mama dia dah dokong laaa. Lepastu Wawa amek tangan Eva nak suruh Eva salam and cium tangan Wawa. Eva terus hulur tangan lagi sebelah, nak Wawa yang dokong dia. Ini first time ye. Pandai dah dia :) Sayanggg mummy work, pukul 6 mumy balik ye.

Gerak pi kerja sama sama. Cuma Boy terus, Wawa belok kiri cause singgah beli nasi lemak. Boy siap high beam lagi tanda "byebye" haha sebab dia betul betul belakang Wawa time tu. Dah habis beli , drive drive drive patu Boy call. Dia kata jalan jem. Wawa dah stress dah. Aleh aleh TAK JEM PON. Penipu betul. Wawa sampai office text dia bagi tahu dah sampai. Patu dia call kata "cepatnya, jem bla bla bla". Hahaha menyampah betul, suka betul main main. Tak pernah nak serious. Patu Wawa kata "Syg nearly lalu jalan lain" Then dia gelak kaw kaw dia kata "Syg tu mana tahu jalan, waze pun tak reti. Kalau ajar jalan A sampai ke tua la pakai jalan A". K. K. K. K. K. Fine. Fyi, tempat kitorang satu jalan. Kalau diikutkan boleh je kot jimat minyak gi kerja sama sama sebab nak gi office dia confirm lalu office Wawa. Tapi dia pekerja berdedikasi sangat, suka balik lambat. Kalau ada OT takpe jugak. Ni takde. Yang Wawa lak pekerja terlalu punctual especially tang balik. Kadang kadang over punctual. Kikiki.

Oh and KENA SAMAN OKAY HARINI. K malas cakap. Redha je lah ye anak anak. Ayoo. Kereta baru setahun pakai. Dah 3 kali kena saman. Kih kih kih. Harini kat office tak tahu nak cakap macam mana busynya. Meja macam tempat tidur tikus. But who cares! Dah nama pon kerja. Kalau clean and clear tu macam ehem ehem tu, Semua pas ke Wawa. K no kutuk mengutuk. No.

Macam biasa. Bila rindu Eva. Bukak phone tengok la segala video dia. Rindu dia. Rindu semalam. Oh rindu pagi tadi. Moment indah sangat pagi tadi.Peluk dia and dia meredhakan aje. Susah nak dia redha sebab dia spesis tak suka dipeluk. Tetapi... dia suka dicium. Haaa tu la Eva Aleesa, budak katai!

Office harini tutup awal. Semua ikut mood Mr.Sie. Hahaha. 5.20 Wawa dah kemas kemas. 5.30 gerak balik rumah sampai rumah tepat pukul 6.00. Amek Eva. Lama gila tunggu , dengar gak suara Eva nangis. Tak tahu la apa yang berlaku sebab pintu tak bukak. Ngeri gak time tu. Kih kih kih. Tapi bersangka baik je la. Patu Eva keluar 15 minit selepas macam tu , baru mandi. So tu kes tak nak pakai baju la tu tadi. Eva susah dah nak pakai pampers. Dia nak meniarap. Bersilat jugak la nak pakai kan dia baju sekarang ni.

Patu amek dia sembang sembang jap ngan mama Eva. Oh and bagi cekak rambut Mickey yang kitorang beli semalam untuk Alisha. Comel gila dia pakai!!! Tunggu la Eva dah besar nanti, nak beli yang sama. Patu jalan jalan Zoo pakai tu. SOOOOOOOO CUTEEEEEEEEEEEEEEE.

Masuk rumah. Bukak tv Eva bagi Eva botol. Nasib mood dia rajin nak pegang botol. Eva dari umur berapa bulan tah dah reti pegang botol. Tapi sejak dua menjak ni dia sejenis nak manja manja. Nak orang pegangkan patu tangan dia raba tangan kita. Hikhik. Tapi semalam dia okay, jadi dapat lah Wawa masak maggie sebungkus untuk Wawa. Boy balik lambat so takyah masak nasi. Atfirst tanya dia gak nak masak nasi ke. Then dia pun pasti tak pasti balik bila. Jadi masak maggie utk diri sendiri je lah. Then tak kenyang Wawa makan pulak koko krunch.

And semestinyalahhhhh perut meragam. Call Boy lagi tanya balik bila. Ingatkan nak postpone tandas sampai dia balik. Tapi dia kata lama lagi, terpaksa laaaa. Risau gila Eva meniarap and tutup muka kat tilam. Habis toilet, keluar tengok memang dia meniarap and kepala baring ke tilam tapi pandang ke tepi jadi takde lah dia lemas ke apa. Alhamdulillah, risau betul.

Terus lah tidurkan Eva. Eva memang asal pukul 7 je tidur. Sebab dia baru lepas mandikan. Jadi dia selesa tidur. Patu time tu la Wawa buat apa yang patut. Boy balik pukul 9 Wawa ajak Eva pura pura tidur. Boy terus cakap "Eva...kaki tu jangan gerakkk" haha sebab kaki dia menyepak nyepak angin. Mana ada orang tidur gitu. Boy sampai sampai terus suruh bukak cerita Rain (Please Come Back Mister) Wawa dah tengok dulu dahhh. Wawa tunggu cerita Wawa habis. Baru kitorang tengok cerita Rain. Sambil makan nugget and sotong goreng.

Pukul 10 Eva dah tidur. Masukkan dia dalam bilik. Wawa pun sediakan susu, sediakan baju dia, kemas dapur and semuanyalah. Patu......... dah say good night kat Boy ni. Masuk bilik, baring je terus Eva bangun. Senyum senyum.

Kitorang pun bergomol la anak beranak. Lama lah jugakkk, patu gomol gomol sampai Eva terkekek kuat. Boy pun berlari masuk bilik then cakap "LAHHHH KUSANGKAKAN TIDUR!!!" Hahaha. Dan dia keluarkan ayat awkward tu "kita keluarga bahagia" sambil buat group hug. Eeeeeeee~~~

Patu terus Wawa suruh dia jaga Eva. Wawa nak lelap kejap. Haha, dia tak main ngan Eva pon harini. Jadi, dia amek Eva bawak gi ruang tamu. Main sambil tengok tv. Dalam pukul 12, dia kejut dia kata dah cukup sampai takat tu. LOL.

Wawa ponnnnn bangun, ikat rambut. Bersilat lah tidurkan Eva. Well to be honest Wawa pon tak tahu macam mana Eva boleh tidur. Wawa tidurkan dia dalam mamai mamai. Sedar sedar je dia dah tidur. Wawa pun keluar amek botol dia kat Boy. Refill susu baru. Then masuk bilik tidur sebelah dia.

Pukul 4 dia bangun nak susu. Patu Wawa pukul dah automatic jaga pukul 5.50 patu decide nak bangun pukul 6 then postpone 6.10 patu sedar sedar pukul 6.30 jadi buat la apa patut. Eva bangun then dia macam biasa time time macam tu dia baring je, garu garu kepala. Geram kan? Comel! Terus Wawa baring, buat aktiviti pagian "MENGGOMOL".

Hehe. Okay itu saja. Bye!

Comments

  1. I is cute. I know ... *flips hair*March 2, 2017 at 9:31 PM

    "Kalau clean and clear tu macam ehem ehem tu, Semua pas ke Wawa. K no kutuk mengutuk. No."

    hmmm.. curious jugak ni. HAHAHAHA okaylah okaylah positif!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Eva Aleesa - Melangkah masuk ke alam persekolahan.

Ili Aleeia

Sambutan Hari Kemerdekaan ke 65