Im Back

Good Morning.

Finally saat yang ditunggu telah tiba. I am back everybody. Seperti yang dijanjikan Wawa akan kembali pada bulan 12. Selepas habis pantang. Well Wawa habis pantang bulan lepas act. Sebab Wawa bersalin awal. Bulan September ye. Bukan October. Paling mengejutkan EMERGENCY CAESER!! Ye!! Hujung hujung pregnant Wawa tahu baby Wawa ada problem. Dan terus kena warded. Dan.................. ehhh boleh pulak jalan dah bukak. Dah 4cm. Terus lah emergency! Kalau tak baby lemas. Kau tak tahu betapa kabutnyaaaa doctor and nurse time tuuu. Rasa nak suruh dorang rileks rileks!!!

Hahaha.

Takpe. Tu nanti Wawa cerita ye. From A to Z.

Sekarang ni kita cerita pasal kehidupan Wawa sekarang. Hmm. So far alhamdulillah start je kerja Eva Aleesa (nama anak saya ye puan puan sekalian) takde meragam malam. Ada pun sehari dua je. Yang lain semua dia good girl. Dia jaga malam dia nak nyusu & tukar pampers je. Then tidur balik. Tidur tu NAK PELUK OKAY. So segala bouncer, buaian, baby cot & tilam dia. TAK GUNA! Sebab dia baring sekali ngan kitorang. Halaaaaa! Manja betul.

Masa Wawa sekarang ni sangat limited. Sangat. Even kat office pun macam terkejar kejar. Sbb nak curi masa untuk pump. Pump kalau sekali ke tak pela. Boleh la buat time lunch. Ini tak. Pagi sekali. Tengah hari sekali. Petang sekali. Harap orang office faham faham je la ye.

Kat rumah pulak memang bangun kena awal. Sediakan barang Eva. Sediakan barang sendiri. Nasib Boy jenis berdikari. Dia settle barang dia sendiri. Tapi tu pun kalau dia kena pakai uniform ke apa Wawa la jugak yang kena gosok untuk dia. Jadi bangun mmg kena awal. Lagi lagi kita tak tahu bila Eva tu nak nangis. Kadang time tengah busy prepare barang la dia nangis nak susu. Haa tu je dah curi masa dalam 10-20 minutes. Lepas prepare barang sediakan air susu Eva. Sedia barang barang pump & milk storage segala. Then kalau ada masa lebih Wawa pergi beli breakfast untuk orang kat rumah. Patu pergi kerja balik. Oh lupa nak mention. Wawa tinggal rumah mak Wawa sebulan ni. Nak mak ajar Eva minum botol dulu. Next year baru start hantar Eva kat babysitter sebenar. Risau sangat sangat. HAIH.

Then balik kerja je. Terus susu and mandikan Eva. Tu pun kalau mak belum mandikan la. Kalau mak dah mandikan Wawa tak yah mandikan dah. Tapi tu semua depends kat Eva. Then Eva dah tidur baru la Wawa siapkan diri Wawa. Patu tengok 7 hari mencintaiku sambil lipat baju ke or apa apa lah. Yang pasti Wawa tak kan ada masa untuk bersenang lenang depan tv. Habis je terus basuh botol botol, milk storage and pump Eva. BANYAK OKAY! Patu lap bersih bersih. Itu paling leceh. Nak rendam air panas lagi. Zzzzzz. Basuh baju Eva tayah cakap laaa. Since Wawa ni bekerja en. Mana nak basuh siang sbb kerja. Jadi Wawa akan bangun pukul 4.30 pagi. Basuh then dalam pukul 5 or 6 macam tu Wawa sidai. Sebab baju baby tak elok sidai malam malam. Nnt baby meragam.

PENAT!!!

Tapi............................... BAHAGIA AND GEMBIRA 100 KALI GANDA!!

Serious Wawa cakap! Wawa dah tak fikir pasal benda benda remeh temeh. Semua yang Wawa fikirkan hanya lah Eva. Boy pun dah langsung tak diganggu. Hahaha. Dulu before dapat baby alahai tiap saat nak message. Padahal dah kahwin tp still nak message message. Sekarang dia la yang dok call call Wawa. Tu pun sebab nak facetime ngan anak dia. Hahaha!!

Apa lah budak kecik tu tahu.

Eh tapi serious! Anak Wawa alahai............becok habis. Macam pagi tadi. Wawa tukar pampers dia. Pukul 2 pagi okay!!! Dia dok tegur Boy "HEYYY" Boy pun layan laaa dia. Hahaha. Comel ennn. Pukul 2 pagi tuuu. Dia baru nampak bapak dia agaknya. Tu yang dia tegur tuuu "eh daddy da balik". Hahaha. Mandai mandai je. Tapi dia memangggg pandai sangat borak. Pagi tadi kaklong datang. Terus terus la amek dia. And terus ajak sembang. Mulut tu dah la muncung teruk kalau ajak sembang. Macam mulut anak burung tunggu mak dia suap cacing. Hahaha!!

K nampak tak?

Wawa dah lain!! Macam mak mak sangat. 24jam dalam otak Wawa hanya Eva Eva dan Eva. Kalau kat office ada masa terluang ke apa. Tahu Wawa buat apa!! Tengok gambar Eva!! Tengok video Eva!! Beli barang online untuk Eva!! Wallpaper pc Wawa pun gambar Eva Aleesa okay.

Tengok la social network Wawa. SEMUA PENUH PASAL EVA ALEESA! Instagram, facebook, twitter, wechat. Semuanya Eva!!

Dialah nyawa Wawa.

24 jam Wawa fikirkan dia je. Rinduuu sangat bila berjauhan. Kalau kat depan mata tayah cakap. Kesian budak tu digomol gomol. Ilaika pon dok marah "eee dia baby lagi laa". Hahaha.

Oh haa. Abang pernah cakap tak percaya Wawa dah jadi mak. Dulu main mak mak sekarang dah jadi mak betul betul. Patu mak balas apa tau? Mak cakap Wawa layan anak Wawa pun macam anak patung. Mana tak nya...... Dok reben reben kan dia, hias hias, melaram kan dia patu amek gambar as kenangan! Eeee tu memang impian Wawa dari kecik. Nak anak Wawa pakai baju apa yang Wawa nak dia pakai. Then amek gambar as kenangan. Bila besar atleast dia ada la gambar untuk hashtag throwback thursday. Lol! Hahahahaha!!!

Apa yang Wawa maksudkan dengan baju baju nak dia pakai tu....



Contohnya Tutu. Wawa memang dari kecik suka tengok budak budak pakai tutu. Nak mintak mak belikan malu. Sebab awak dah darjah darjah time tu. So simpan la azam one day if aku ada anak.... Gitewww!!

Kesian dia kena layan mak dia amek gambar. Haha









Dan banyak lagi laaaa. Tengok aje kat IG Wawa okay! Tak private pun.

https://www.instagram.com/wawaazac/

Wawa seorang ibu yang sangat sangat sangat obses kepada anaknya. I bet orang pun dah naik bosan dengan gambar Eva. But who cares. UNFOLLOW LAH. Eva Aleesa is my life!!! Tak ada apa yang lebih penting selain Eva Aleesa. Sanggup korban nyawa and berhabis duit demi Eva Aleesa. Tengok je lah social network Wawa pun dah habis terkorban dahhh. Semua Eva Aleesa dah take over. Kemain sgt!


K lah. Nanti Wawa sambung cerita lagi. Macam mana Wawa bersalin. Macam mana boleh dapat nama Eva Aleesa. And plan kitorang untuk masa depan Eva Aleesa. And semuanyalah!. Buat kerja jap. Dah sejam setengah tak buat apa ni ha. Hihi.

SAYANG EVA ALEESA.

Comments

Popular posts from this blog

Eva Aleesa - Melangkah masuk ke alam persekolahan.

Ili Aleeia

Sambutan Hari Kemerdekaan ke 65