Week 37

Syukur alhamdulillah sayang mummy dah week 37 :) hari ni mummy appointment doctor. And kemungkinan besar harini last check up. Hehe itu pun terserah lah kalau E nak keluar awal ka lambat ka. Mummy tak kisah sayangku. Ikutkan hati memang nak awak keluar cepat cepat. Tapi mana yang terbaik untuk awak, mummy sanggup tunggu. Tanda tanda nak bersalin tu dah ada.

Antara tanda tanda nak bersalin :

  1. Baby "jatuh" : Yang ni ada jugak. Dia kata kesan dari baby jatuh ni kita akan rasa kerap nak membuang air kecil. YES! Kesian Boy malam malam kena teman Wawa pi tandas. Sebab takut jatuh ke apa.
  2. Laluan mula terbuka. Yang ni Wawa tak tahu lah dah bukak ke tak. Kena gi klinik la check. Which is petang nanti okay kita gi check :)
  3. Kerap rasa cramp & sakit belakang yang kuat. Cramp tu normal sbb Wawa memang hari hari cramp. Minum lah air kelapa or susu or makan cheese banyak banyak. Cramp tetap ada. Sakit belakang ni lately makin teruk. Dulu takde la sangat. Sekarang ni. Nauzubillah, sakitnyaaaa.
  4. Semua sambungan  pada badan terasa longgar. Haaaa ni wawa dah rasa since last week. But last week Wawa ingat normal je. So bila buat research rupa rupanya salah satu tanda nak dekat bersalin jugak. Wawa selalu rasa kalau Wawa banyak jalan. Well takde la banyak mana. Kadang baru jalan 2 or 3 minit bahagian lutut and buku lali dah ketar ketar dahh. Macam mana nak bersenam tu -_-
  5. Berat badan tidak bertambah ataupun akan berkurangan. Well kalau diikutkan memang pun sebab kali ketiga terakhir check up berat Wawa 53. Then kali kedua terakhir naik 0.5 je. Jadi lah 53.5kg. Then kali terakhir check up haritu tak naik naik, maintain 53.5kg. Then now baru tahu, laaa berat pun rupa rupanya jadi salah satu tanda tanda nak bersalin rupa rupa nya.
  6. Anda akan mengalami cirit birit. Well kalau ikutkan masa before kahwin dulu. Wawa selalunya beri hanya pada waktu datang bulan. Hahaha. Ye, sebulan sekali dua je beri. Dulu masa tahu Boy beri everyday. Wawa ingat dia tak normal. Rupanya Wawa yang tak normal. Kah kah kah. Now sejak akhir akhir ni everyday beri. Lepastu Wawa macam mengalami kejutan budaya sikit la. Kah kah kah, mahunya. Dulu sebulan sekali. Sekarang hari hari. Stress -____- haha
  7. Anda akan rasa sangat letih. YES! MEMANG! BAIK MENTAL BAIK FIZIKAL. Letih! Tapi biasalah, orang yang tak mengandung ni tak faham. Bila kau dah mengandung nanti kau faham lah.
Haaaa tu tanda tanda nak dekat bersalin la. Kalau tanda tanda lagi beberapa jam nak bersalin pulak.

  1. Contraction yang sangat kuat dan kerap. Ini Wawa tak tahu. Orang kata contraction tu perut mengeras. Well, Wawa dari dulu dah rasa perut mengeras ni. Tapi bila bagi tahu orang. Orang cakap. Bukan tu keras lain. Abestu kerap macam mana ? Hahahaha. First time mengandung ni memang serba serbi tak tahu. Nak tanya pengalaman orang pun tak semuanya jelas. Sebab apa dia rasa tak semestinya kita akan rasa. Masing masing lain. Dah tu, hanya explain je dapat. Feel tu tak dapat. Still ragu ragu.
  2. Keluar darah. Well, ini belum.
  3. Air ketuban. Pun belum. Tapi air ketuban ni hanya 15% je yang akan alami air ketuban pecah. So tayah nak terlalu berharap "alaa aku belum nak bersalin lagi air ketuban tak pecah lagi". Sebab ada kes air ketiban tak pecah pecah, doctor yang pecahkan sendiri. Jadi, takleh nak harapkan sangat air ketuban pecah ye kawan kawan.
Oh and ingat tak kawan Boy yang nama Eric tu. Isteri dia dah selamat melahirkan baby boy. Comel sangat wehhhh! Geram je tengok! Wawa memang takleh tengok baby sekarang. Kih kih kih. Rasa nak cubit cubit. Tapi Wawa memang tak dokong okay. Mikael & Fayyadh pun Wawa tak dokong haritu. Sorry, maksu sayang awak. Cuma maksu tengah jaga cousin awak dalam perut ni. Tak kisah lah kalau overprotected ke apa. Asalkan tak jadi apa apa kat anak maksuuuu. Betul tak. Nanti lepas je bersalin. Maksu dokong and gomol awak dua puas puas okay!!!!! Eh Fayyadh comel teruk!!! Hahaha. Raya haji lepas, abang hantar gambar dorang beraya. OMG COMELNYAAAA. Mika? Mika raya pi Zoo -____- Hahahaa. Akep ? Papa dia hantar gambar Akep berak pakai jamban kampung je. Gambar raya takde. Hahahaha macam macam kerenah -_-!

Raya haji kitorang bosan. Takde budak, so bosan lah. Ada budak pun dalam peur. Setakat tengok dia gerak gerak je. Dia buat show dalam perut. Kih kih kih. Kadang tengah nak tidur pun tetiba je Boy tanya "Baby tengah gerak eh" Hahaha. Padahal dia bukan tengah pegang perut ke apa. Just boleh rasa vibrate katil tu -_- kuat dia menendang! Nak tershishi shishi Wawa dibuatnya.

Oh and semalam kak ngah call. 30 minit weh bergayut dengan dia. Dengan Mika dok ngada ngada lagi. Sibuk nak cakap jugak kat phone. Dah la suara halus manja mengada. Hellooooooo~~ Yang bahagian loooo dia tu nyaring. Geram betul!!! Kakngah call sebab.... ala malu la nak bagi tahu.

Hahaha

Selama ni Wawa ingat maternity leave tu...... start sebaik saja Wawa bersalin. RUPANYA TAK!!! Contoh. Gi check up nnt doctor cakap. Okay next week awak dah boleh bersalin. Kena pi hospital bla bla bla. So.... Wawa dah boleh dah apply cuti seminggu awal ke, dua hari awal ke, tiga hari awal. Gituuu!! Hahahahaha!!

Lepastu...... dia bebel lagi. Sebab Wawa tak save no ambulance. Kah kah kah. Bukan ke call 999 je ? Hahaha. Dia kata tak! Alahai. Ingatkan dah habis prepare lah Wawa ni. Rupanya banyak lagi yang tak complete.

Oh semalam satu lagi "What to do list" Wawa dah settle. Iaitu mandikan Ginger. Wawa penat sebenarnya. Ingatkan bila bila cuti lah. Tapi Ginger memekak mekak kat telinga Wawa. Meow meow mintak susu. Dia tuuuuuuuuuu!!!!! Dah ketagih susu!! Dia meow kat Wawa, bila Wawa bangun dia ajak ke peti ais, Nak susu. Susu Wawa tu habis ke dia je lah!! Geram betul!! Elok elok minum air mineral. Tapi dah pandai demand nak susu, -_-

Wawa geram, Wawa amek dia. Bawak masuk bilik air. Time tu dia okay lagi. Mandi je kan dia menggelupur. Dah lah debab. Letih wehh!!! Dia meow meow. Terus Kim datang nak selamatkan kononnya. Hahaha. Dah habis mandikan dia. Baru dia senyap. Duduk tepi cerukkk. Kah kah kah! Padan muka! Lepas 10 minit dah start mengganas balik dah -_- Wawa biar je la kan. Sampai lah Wawa ngantuk. Wawa kurung dia. Tapi Kim tak. Wawa just masukkan Ginger je. Then Wawa tidur. Kim kat ruang tamu sibuk meow meow nak masuk bilik.

Pintu Wawa tak tutup rapat. Dia korek korek suruh bukak. Hahaha comel je. Then Wawa cakap takleh. Dia baring je depan tu. Asal terjaga je Wawa panggil "Kimmm" Then dia meow. Eeee comel betul.

Okay apa apa pun Wawa tak sabar nak check up sat lagi. Yayyy. Oh tadi pi kerja Boy hantar, Kononnya dah lambat. So dia hantar la, sebab Wawa malas park jauh. Kalau lambat memang kena park jauh. Wawa dah berapa kali terserempak dengan anjing. So kena pusing jauh. Boy risau tu dia hantar. Aleh aleh ehh parking kosong. Cuti sekolah enn -_____- sakit je hati. Serba salah kat Boy.

Tapi okay je sebab balik nanti Boy amek! Tayah susah susah drive amek dia kat rumah then pi check up. Hikhikhik!

Wish me luck guys!!!

Comments

Popular posts from this blog

Eva Aleesa - Melangkah masuk ke alam persekolahan.

Ili Aleeia

Sambutan Hari Kemerdekaan ke 65