09/09/2016

Good Morning Everyone.

Yes, semalam I cuti. Kononnya nak rehat. But I cannot rehat. :( Ini semua gara gara penyakit lupa I ni. Nak tahu kenapa ?

Last 4 days, Wawa nak bayar something pakai card Maybank. Ehhh. Hilang pulak. So, terpaksa cari Boy and suruh Boy bayarkan. Hihi.  Balik rumah cari merata. Tak jumpa. Boy pergi balik kereta cari then tak jumpa. Disebabkan itu "Debit Card". Cepat cepat lah transfer online semua duit ke acc Bank Islam.

Then last 3 days, nak keluarkan duit kat Bank Islam. Teka lah apa jadi. Wawa lupa password!!! Hahahaha. Try macam macam but cannot. Boy dah curiga dah. Kenapa tukar password tak bagi tahu. Haha sebab pin number card dia semua Wawa tahu. I was like "rasanya tak tukar". Eh tak tahu lahhhh. Wawa pun dah pening dah. Since Bank Islam ni takleh check online. Lagi lah Wawa menggelabah. Sebab Wawa transfer SEMUAAAAAA DUIT WAWA dalam bank islam. Termasuk la duit nak beranak, duit belanja, & duit simpanan.

Nak dijadikan cerita. Last two days, Wawa gi IOI Mall Putrajaya dengan Boy. Niat nak beli stroller & car seat. But stroller & car seat kami nak tu tak ada. Salah sorang promoter dia kata kat Aeon Taman Equine and the other one kata kat IOI Mall Puchong. So okay. kami plan beli esok je. Patu tengok wayang and makan segala. Nak balik...... card parking takde dalam handbag. So ingatkan dalam kereta. SEJAM OKAY SEJAM SELONGKAR, TAK ADA !!! Jadi kami pun kena bayar denda. First timeeeeeeee!!! Eh tak tahu la kenapa sejak dua menjak ni asyik lupa je. Tapi.... korang biasa tak dengan situasi, cari benda lain. Jumpa benda lain. Yes! Wawa jumpa card Maybank Wawa. Dalam kereta rupanya. Dia termasuk dekat car seat sebelah driver -_-

Then yesterday, Wawa mc. Wawa kan tak sihat since last week. But still pergi kerja jugak sebabkan komitmen pada kerjaya. Kah kah kah. Busy buat billing. Tak mahu lah kusutkan keadaan yang dah sedia kusut. Jadi Wawa tunggu sampai office dah tak kusut lagi dek billing. Settle semua cepat cepat. Then ingat nak mc and rehat. Plan Wawa beli stroller & car seat awal pagi. Then settlekan card bank islam. Patu Boy ada benda nak settlekan so plan dia drop Wawa kat rumah mak je la. So Wawa boleh rehat. Tapi sayangnyaaaa. Tak.

Wawa bangun pagi lepastu dah tak tidur dah lepas pukul 6.30 tu and cakap la nak sediakan breakfast sbb lapar. Boy "eh tayah la, kita keluar breakfast nanti". Tapi.... dia tidur "10 minit lagi sayang, 15 minit lagi b siap, lagi 5 minit je sayang k". -_- Kami sampai Aeon Mall pukul 11. Lapar yang tak terhingga. Main order je Nasi Ayam kat food court dia. Tapi tak rasa Nasi Ayam. Sup rasa macam air panas biasa je -_- Tapi okay laaa, kenyang.

Tetapi....................................... takde okay stroller tu. Jadi kami pun pi la IOI Mall Puchong sebab salah sorang promoter semalam cakap kat IOI Mall Puchong. Lelalju lah Boy drive. Sebab Boy punya appointment pukul 2.30.  Kami sampai IOI Mall Puchong pukul 12. Then alhamdulillah jumpa. Lepastu. pilih color and belajar cara pakai, cara bukak tutup. cara pasang yang betul kat kereta semua. Terus pi cashier. Malas cakap banyak. Nak cepat pun kan. Then............. ingatkan takdelah kes lupa lupa lagi. Sekali dia mintak no pin untuk credit card. Dengan yakin lah Boy masukkan no pin en. Sekali SALAH. Tak tahu apa masalah kitorang. Patu dengan orang beratur kat belakang lagi. Cashier kerek lagi. Pandang kitorang macam card credit kena tendang. Well hello lupa no pin je okay. Sebab jaranggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggg pakai no pin. Selalunya sign je. Kitorang tak nak lah let go stroller tu. So call la orang card credit time tu jugak. Orang card credit siap on the phone dgn cashier tu lagi suruh buat err yang sign tu. Tapi tahu apa excuse dia. Barang kitorang ni more than RM200. Wehhh. Kitorang dah banyak kali pakai card credit untuk item yang RM200 above tapi bila bayar kitorang sign je. Then dia siap cakap, masa buat contract tak explain details ke kat dorang. Aduhhh. Wawa dengan Boy dah macam WHO THE HELL ARE YOU! Lepas on the phone dengan orang card credit en cahsier tu terus jerit "SCR CANCELLED!!!" Dia nak bagi tahu promoter tu la. But well hello, aku kat sini tunggul ke. Bila pulak aku cakap cancelled. Boleh je kau skip kitorang bayar orang lain dulu and tunggu kitorang pi atm settlekan hal ni. Sebab pin kat atm je. Bukan kena pergi branch dia ke apa. Atm je!!! Eh tapi takk. Dia kata apa tau. Nanti I nak kena explain dekat bos lagi. Sbb dah cancel, then kalau scan lagi tapi salah pin. Dah jadi dua kerja. Okay, can I curse her? Hey! Kenapa pulak la kan Wawa tak ingat ni kad Bank Islam Wawa. Kalau tak dah lama keluar cash. Campak je kat muka dia.  Lepastu kenapa pulak nak salah pin number lagi kalau dah settle kat atm en? Tapi Boy..... SEJENIS MALAS NAK LAYAN. SO DIA BLAH TERUS. DIA KATA, TAKPE TEMPAT LAIN ADA. Wawa pulak risau sebab Ioi Mall Putrajaya and Aeon Taman Equine patutnya ada tapi dah habis stock. So Wawa takut nanti tak dapat jumpa yang ni. Tapi.... dia suami. Terpaksalahhhh....

Sejam setengah kitorang kat situ. Terus pergi kat Bank Islam. Rupanya problem Card Bank Islam Wawa dah expired. Hahahaha Bongok. Tak reti ke kau tengok date kat card tuu. Tapi nasib duit transfer tu ada. So renew lah card. Gambar harimau malaya lak tu -_- and ingatkan nak renew card maybank sekali. Tapi tak sempat sebab dah nak pukul 2. So lelaju lah Boy drive ke Subang parade. Sign contract  sekian sekian. Tak jadi drop Wawa kat rumah mak. Tak dapat Wawa nak rehat. Wawa pun alang alang tu cari la stroller kat parkson. Ada la minat dengan Santa Barbara. Tapi sayangnya stroller tu takleh menghadap ke kita. Baby boleh pandang depan je. Wawa nak stroller yang baby boleh pandang dua arah. Then stroller yang boleh pasang car seat sekali Patu Wawa minat stroller yang tayar belakang besar. Hahaha. Jadi terpaksa reject Santa Barbara tu. Walaupun quite murah lah RM790.

Patuuu Boy dah habis sign contract terus kami settlekan card credit tu. 5 minit pun tak sampai okay. Dah settle. Itu lah yang CASHIER IOI MALL PUCHONG tak reti sabarkan tu. Duhh aku pun pernah kerja cashier kedai baby. Barand Chicco lagi, barang import dari Italy. Tapi tak pernah pulak layan customer gitu. Customer nak mintak hantar barang ke kereta pun aku tolong tau. Sebab kesian customer buyung. Yang kau!!!! Aeon je kot -_- but whatever!!!

Lepastu terus pergi SJMC. Teman Boy X-Ray. Dah settle semua. Wawa nak IOI Mall Puchong. Biasalah perempuan, lupakan je la apa berlaku asalkan dapat apa yang diingini. Tapi Boy pulak lain. Bila dah tak suka, dia memang tak kan pergi lagi. Jadi kitorang pun pergi Sunway Pyramid. Dengan harapan ada lah stroller yang kitorang nak kan tu. 

And alhamdulillah ADA!!!!!!!!! Time ni tetiba boy kata "dik kami nak bayar dulu, baru adik pasang ye." Haha dia trauma takut jadi apa apa kat kad kredit tu. Tapi nak takut menda, card bank islam wawa dah okay. Then tahu tak???? Tak kena pin pun!! Just sign kat receipt je. Tadi alasan cashier tu apa. Sebab kitorang punya item RM200 above en??!! Tak tahu apa masalah cashier tu. Sakit hati pulak kita. Tapi takpelah. Atleast kitorang skrg dah ingat pin number card credit tu. Hahahaha. Tobat tak nak lupa lagi. Serik dilayan sampai gitu.

Then baru lah budak tu pasangkan stroller and car seat kami. Lepastu, Wawa serba salah sebab dah berapa hari asyik pakai duit Boy je. Wawa kata lah nak belanja dia Nandos, Seoul Garden, TGI, Manhattan. Semua dia tak nak. Yang dia nak Sushi. Alaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...... Wawa tak rasa nak Sushi. Patu dia ajak Mcd. Cepat cepat Wawa setuju. Sebab Wawa kan hantu Mcd. Masin masing amek dua set!! Lapar weh. Tengok la apa yang kami hadapi. Sedih sangat.

Then dah habis tu terus gi rumah mak. Sebab dah janji nak datang en. So tapau lah makanan untuk mak. Patu main ngan Pia!!!! OMG NAK ANAK MACAM PIA!!! Baik, comel, manja. Tahu tak Boy duduk dalam bilik. Dia pun sama ikut siap kunci pintu. Hahahaa. Manja sangat la tu? Geram!!! 

Kami gerak balik pukul 10.30 macam tu. Lepastu singgah Tesco Putra Perdana beli Susu kotak besar, susu kotak kecik 6 & Milo cereal. Hihi wajib ada cereal okay kat rumahhh. Tu je. Then balik terussss. Balik balik kami cari Kent :( Kent takde kat rumah. Please laaa. Peanut dah hilang. Tak nak hilang Kent pulak. Dia dah lah sakit!! Tempang!! Hmm!!

Tapi tak jumpa. Lepas tu kami pun tengok info HBO segala and record la apa cerita best. Then kami tengok tengok maharajalawak mega tahun 2012. Kami record series okay. Haha kami memang minat gelak. Smlm Boy ajak tengok Lucy. Wawa kata tak nak lah b. Sayang nak yang gelak gelak. Sebab Wawa tengah risau. So kalau boleh nak tukar mood Wawa la. So tengok tengok terlelap. Patu Boy gelak kuat Wawa terjaga balik. Patu terlelap balik. Then  terjaga balik. Hahaha. Sampai kali ke empat macam tu, Wawa kata nak masuk bilik boleh ?Patu dia kata laa tidur lahhh. Hahaha. Spray ridsect dulu. Patu baru masuk bilik tidur!!! Tidur tetengah lak tu. Handbag, tudung, botol air Wawa semua ada atas katil. Tidur sekali. Tak larat nak alehkan. Tidur tetengah lak tu. Boy masuk around 2 ke 3 tah. Dia lah yang aleh benda benda alah tu. Hahaha. Wawa just beranjak ke kiri sikit je. Bila dah pagi baru rasa serba salah. Haaa patu dalam pukul berapa tah. Wawa terjaga then terus terkejut tengok tingkap dah cerah. Ingatkan alarm tak bunyi. Tengok phone baru 3.44am ceit, buat penat terkejut je.

Patu bangun pagi tadi. Tengok KENT TAK ADA! TAK BALIK LAGI. KENT MANA PERNAH KELUAR RUMAH LAMA MACAM NI. HMMM.

Oh and hmm harini genap setahun pemergian makcik kesayangan Wawa.

Raja Ainun Binti Raja Ahmad - 09/09/2015

Kejapnya masa berlalu. Ende Enon, Tei dah kahwin. Tei dah nak jadi mak :( Tei tak sangka Ende Enon tak sempat tengok semua ni. Kenapa awal sangat Ende Enon pergi. Ende Enon cakap nak tengok Tei berjaya dalam kehidupan. Tapi Ende Enon pergi terlalu awal. Masa Tei baru nak bertapak. Masa Tei baru berapa bulan dapat kerja. Tei nak bawak Ende Enon tidur rumah Tei, rasa kereta atas nama Tei sendiri, tu kan impian Ende Enon dari dulu. Ende Enon lah yang selalu nasihat Tei. Belajar rajin rajin. Ende Enon nak merasa semua benda ni dari Tei bukan dari anak Ende Edah je tapi biarlah ada sorang dua dari anak mak jugak. Ende Enon nak orang yang cakap buruk pasal Tei selama ni sedar yang Tei boleh jadi orang berguna. Hmm. Tei mintak maaf. Tei tak sempat nak buktikan kat Ende Enon saat Ende Enon masih ada kat dunia ni. Tei rindu tidur dengan Ende Enon.  Peluk Ende Enon. Rindu teramat rindu.

Sayang dan Rindu Tei pada Ende Enon tak pernah pudar.  Al-fatihah.

Comments

Popular posts from this blog

Eva Aleesa - Melangkah masuk ke alam persekolahan.

Ili Aleeia

Sambutan Hari Kemerdekaan ke 65