Weekend

Jumaat pagi. Wawa rasa sakit yang sangat sangat sangat lain macam. Wawa tak tahu nak cakap macam mana. Tapi bila sakit tu Wawa dah risau dah. Tahan punya tahan sakit tu pun hilang. Baby gerak as normal. Jadi kesimpulannya Wawa mc dua hari. Jumaat & Sabtu.

Jumaat tu Wawa terus pergi rumah mak. Takut duduk rumah sesorang. Plan nak keluar makan and teman mak beli barang dapur. Padahal Wawa tak gaji lagi ni. Hahaha. Boy bagi Wawa RM2500 haritu.

So who cares pasal gaji. Lol

Sampai je rumah mak. Terus hon. Biadap tak ? Malas call. Hahaha. Mak masuk kereta je terus bodek mak pergi TCE Baby Expo kat SACC. Tahu Wawa bodek cemana? Mula mula cakap la mengidam makanan kat restoran FC. Then mak agree la. Then acah acah ternampak banner TCE EXPO. Padahal dah lama tahu.

Cakap la kat mak.

"Boring shopping barang baby dengan Boy. Tak sebulu"

Aleh aleh lepas makan segala. Kami nak shopping.

SEMUA MAK TAK BERKENAN. DIA KATA NI NONSENSE JE SEMUA NI. BABY CEPAT MEMBESAR! PATU TAYAH BELI DULU TAK TAHU SIZE. PATU TAYAHHHH. KITA CUCI BOTOL MACAM BIASA. SEMUANYA TAK PAYAHHHHHHHHHHHHHHHHHH.

End up satu apa pun tak beli -_________________________________________-

Balik tayah cakap la. Kecewa. Bukan mahal pun. RM5 RM10 RM15. Tapi nonsense katanya. Lagi tak best shopping ngan mak than Boy.

Boy atleast ada lah beli WALAUPUN DIA BELI SEMUANYA BIRU UNTUK BABY GIRL KAMI.

MUAHAHAHAHAHAHAHAHAHA.

Malam tu tidur rumah mak. Plan esoknya nak pi kerja. Boy hantar. Tapi tak pergi pun sebab masih tak larat. So dapat lah borak borak ngan Ilaika kejap. Dia pun ada kat rumah mak. Then patutnya petang kami pi Melaka. Tapi Boy demam pulak. Boy dah apply cuti dah pun ahad keesokkan harinya. Konon nak pi Klebang la apa la. Tapi dia srot sret srot sret. Wawa kalau Boy demam memang Wawa sekali naik tension.

Boy kalau demam memang susah nak kebah. Wawa senang je. Makan sebijik ubat then settle. Tapi dia ber-episode episode. Patu kalau dia punya bersin memang mengalahkan orang menjerit. Boleh bawak gaduh lah dengar. Nak pekak telinga den ni. Tak suka duduk sebelah dia kalau dia bersin.

Sampai je Puchong Boy terus decide tak nak balik kampung. Patu kitorang pun terus lah beli makanan untuk malam ni. Wawa beli kentang, ketam, macaroni etc.

Mula mula ingat nak masak macaroni, Boy pulak. B nak ringan ringan. Jadi, Wawa pun goreng kentang je laaaa, dah habis kentang. Ketam pulak. Patu Boy mengarut ajak pi Genting. Sebab apa tau. Sebab cuti dia dah lama tak sama ngan Wawa. So bila dah sama ni, dia macam teruja nak berjalan jauh. Tapi masalahnyaaaaaaaaa, Wawa ni dah kategori kurang upaya.

Wawa kata "tidur lagi bagus". Dia pun "ha betul jugak tu". Terus kitorang tidur. HAHAHAHAHA.

Cakap nak tidur, terus tidur laki bini. Tak fikir panjang. Adehhh. Esoknya bangun dia ajak lagi. Cameron Highland la apa la. Patu paling dekat pun dia suggest KL. Wawa dengar KL pun Wawa rasa malas. Dia ajak pi Avenue K. Serious weh Wawa yang dulu bukanlah yang sekarang. Dulu pantang diajak keluar. Sekarang ni Wawa paling malas nak keluar. Wawa keluar pun untuk makan je. Sbb malas masak.

Patu Wawa pun suggest kat dia "kita pergi mall dekat dekat je la. Mall yang kita tak pernah pergi" Macam beberapa hari lepas la. Gi Mall yang tak pernah pergi. So kalini kitorang pi Main Place. Sebab mmg tak pernah pergi pun. Nak tahu la macam mana enn. Okay la. Not bad. Tpi DPulze lagi best la. Walaupun Dpulze tu tak best. Hahaha

Lepastu nak makan la kat Seoul Garden tapi takde buffet pulak. So kitorang ronda One City. Tapi takde yang berkenan. Second mall yang kitorang tak pernah pergi is Aeon Mall Shah Alam.

Hahaha. Orang Puchong dah katakan. Mana layan Shah Alam dah. So pergi sana terus cari Seoul Garden. FULL HOUSE!!! Dah bagi no telefon LANGSUNG TAKDE CALL PUN. Jadi kami pun pi Nandos. Memasing pelahap amek 1/2 :) licin okay. Alhamdulillah sedap walaupun service depa teruk & lembap.

Patu ronda ronda la kejap. Beli Ice Blended then jalan jalan. Patu sambil tu godek kat phone apa movie best. Tapi takde yang kami berkenan. Tak jadi tengok wayang. Wawa request balik. Penat. Esok kerja.

OTW balik Boy dah offer dah nak gi rumah mak. Wawa fikirkan malas naik turun tangga Wawa terus cakap takpela semalam en dah pergi. Jadi terus balik. Sampai je Puchong terus sesaja nak gi Aeon Mall Taman Equine sebab situ pun tak pernah pergi. Jadi kami pergi laaaaaa.....

Hahahaha. Konon nak khatamkan semua mall kat Selangor. Patu masuk SASA. Ada sale. Apa lagi shopping laaaaaaaaaaaaaaaaaa.

Dah lama betul tak jaga muka betul betul. Ni nanti nak beranak lagi la kedut push push tuuu. Huhu. Tu beli masak bebanyak tuuu.

Sampai je rumah terus goreng apa patut untuk makan sambil tengok AF. Tapi tak minat pun AF. Kitorang tengok tukar tukar channel ngan Bola. :) Patu terjebat dengan Boy main game tembak tembak. Game yang Wawa cakap ngarut haritu enn. Haaa. Now terjebakkk.

Game tembak tembak pulak tu -_- jangan lah berjangkit ke baby. Baby girl pulak tu. Ohhh cakap pasal baby. Nak cerita ni.

Wawa pernah bagi tahu dekat twitter nak letak nama anak lelaki salah satu dari Asmaul Husna. Tapi family Wawa tak suka sebab ada yang fikir tak de maksud, ada yang fikir kebaratan sedangkan no it is not and sebutan dia kena sebut betul betul kalau tak orang boleh salah sangka.

Tapi ada pulakkkkk artis baru bersalin letak nama tu. Korang tahu je la once artis letak memang terus akan JADI TRENDING. Tengok aje la nama Yusuf,. Dulu tak siapa pandang nama tu. Sibuk letak nama anak tomok, Aryan la apa la. Bila Hanis Zalikha letak Yusuf amboi berderet deret letak Yusuf.

And nama yang Wawa nak ni, sebenanrnya Mateen. Iaitu bermaksud Teguh/Strong. Wawa nak letak sebab dulu en doct pernah cakap. Penyakit yang Wawa ada ni susah untuk Wawa hamil. Tapi alhamdulillah, baby Wawa kuat dan insyaallah kuat sampai bila bila. Nama kan satu doa. And Wawa berharap sangat baby Wawa kuat and teruskan perjuangan hingga ke penghujung gituu.

Tapi tu untuk lelaki la. 

Untuk perempuan lain. Tapi kisah pun sama jugak. Pasal ada kena mengena dengan ramalan doctor Wawa susah untuk bersalin. Jadi Wawa letak nama yang serupa doa untuk baby Wawa sentiasa kuat untuk teruskan kehidupan.

But bila Yana Shamsuddin dah letak nama Mateen ni, Adehhhh. Kecewanya. Act Wawa dapat nama baby Boy dulu baru dapat nama baby girl. Wawa dapat dari before pregnant lagi. Tapi tahu lah. Artis kan macam trendsetter. Nanti mula lah ramai yang letak.

Patu nanti kalau Wawa letak pun ada la andaian yang kata Wawa ikut nama Yana Samsuddin. Tak maoo ahhh. Pape pun nasib baik lah Wawa baby girl. Atleast takde la stress mana nak cari nama.

Tapi hope betul betul girl la. Hahaha. Sebab nama baby boy dah tak tahu nak letak apa ni. Takpelahhh. Nama fikir lepas bersalin pun boleh en. Skrg ni memang tgh takde idea. Kot kot lepas bersalin tetiba datang idea tu enn. Kan selalu macam tuu. Hukhuk.

Takpela. Yang penting. Since sakit hari jumaar tu en. Wawa dah cuwak dahhh.  Dah dekat sangat dah due Wawa ni. Lagi berapa minggu je. Seramnya.

Oh and before tidur. Ilaika hantar gambar melambak. More than 10. then 1 video. Dia and Fayyadh! Fayyadh weh!!! Bukan Akep or Mika. Ni Fayyadh. Anak buah yang terpaling susah nak jumpa. Depa balik KL tak habaq. Betapa bencinya Wawa kat diri Wawa. Boy dah ajak dah gi rumah mak. Wawa yang kata tak nak. Alahai. Ayyadh!!!! Geram weh tengok gambar dia. Comel. Nak picit picit aje. Ilaika cakap dia still cakap bahasa German. Hahaha. Geramnyaaaaaa. Anak buah paling tak reti duduk diam. Wawa pantang budak tak reti duduk diam ni. Memang nak peluk je sampai dia rimas patu nanges. Hukhukhuk. So now tatau patut balik Shah Alam or balik Puchong terus. Korang rasa ?

Comments

Popular posts from this blog

Eva Aleesa - Melangkah masuk ke alam persekolahan.

Ili Aleeia

Sambutan Hari Kemerdekaan ke 65