Alkisah check up 32 minggu

Macam biasaaaaa. Lunch hour je terus je gerak pi Klinik. Well bukan klinik kesihatan sebenarnya. Dia macam errr tempat mesyuarat gituuu. Sementara Klinik Kesihatan kat situ dibaik pulih. Dengar cerita dia orang nak robohkan balik and buat baru. Wuuuu cantik ler nanti.

Well, Wawa nak bangkang satu issue ni. Wawa ada kawan yang tengah survey survey nak buat check up kat mana. Well, masa dia tanya Wawa. Wawa tak de la condemn kerajaan mahupun swasta. Wawa kan gini. Orang tanya A Wawa jawab A. Takde menyimpang ke B.

So kes ni teringatkan Wawa masa mula mula nak check up haritu. Samada swasta or kerajaan. Ofcourse le kerajaan. Mak, Ibu & Ayah memang penyokong tegar kerajaan. Dalam pelbagai bidang. Bukan sahaja politik malah dari segi service apa apa pon lah. Hahahaha.

Soooooo.... sepanjang survey tu. Ramai......................... dok cakap yang klinik kerajaan ni :

  1. Nurse biadap
  2. Ramai orang
  3. Service lambat
Okay, nurse biadap? Hmmm. Benda ni sama macam kat tempat tempat lain. Contoh kat sekolah. Kadang kadang kita dapat cikgu sejarah baik tapi agama garang. Kadang kadang cikgu agama baik tapi cikgu sejarah garang. Gitu lahhh. Nurse ni manusia biasa. Lagi satu, Wawa percaya pada "kalau kita berbudi bahasa kat orang, orang pun berbudi bahasa kat kita". Kalau kau tak tahu step ke apa mula kan dengan  "tumpang tanya". Janganlah kau main kasar je menanya. Memang dapat jawapan kasar la. Nak nak nurse ni nak hadap more than berpuluh puluh orang in a day. Lepastu lain lain perangai pulak tu. Tempat Wawa? Wawa jenis tak banyak cakap. Jadi Wawa takde masalah dengan nurse Wawa. Jenis tak banyak songeh. Dia suruh A Wawa buat A. Termasuklah.......... haritu nurse ramai gila kerumun tengok perut Wawa. Kononnya experiment bagi dorang "perut kecik jadi takde stretch marks". Kalau ikutkan mana lah selesa. Patu bersembang pulak dorang reramai kat situ. Wawa tgh baring ni -_-. Tapi..... apa salahnya kan. Patu nurse Wawa jenis entahhh. Kuat bersembang. Tanya Wawa pakai barang make up apa la. Sampai Wawa terpaksa keluarkan barang make up dari handbag. Lepastu kalau nurse ni tgh check kau. Patu tetiba kawan dia datang bawak document ni then diselitkan dengan beberapa gelak tawa and borak borak. TAK LEH SABAR KE? Sabar je la. Manusia biasa kot. Macam Wawa kat office pun. Kalau call client ke apa. Bukan la direct cakap pasal kerja je. Selit la jugak "eh si polan tu dah berhenti kerja ke". Hahahaha. Perlu faham. Nurse pun macam kita jugak -_- kalau kita buat baik kat orang, orang akan buat baik kat kita. Tak kisah swasta or kerajaan. Sama jeeee.

Ramai orang. Yes! Memang lahh, sebab kerajaan free je check. *Itupun ada orang tak bersyukur lagi. Service free tapi nak yang VVIP punya layanan. Kena la faham. Bawak bawak sedar diri tu. Then bila dah ramai orang mula lah timbul issue "service lambat". Macam Wawa awal awal lagi nurse bg tahu Wawa. Appointment pagi memang ramai. Petang pun ramai. Tapi tak seramai pagi. So kalau tak nak ramai. Amek lah petang. Then..................... kalau appointment kau pukul 2. JANGAN LAH DATANG PUKUL 2. Sebab bukan kau sorang je appointment pukul 2. Wawa...... Appointment pukul 2. Dalam 12.30 or paling lambat 12.45 dah gerak dari office. Sampai sana around 1ptg and paling lambat 1.20ptg. And guess what! Wawa selalu jadi orang pertama. Ini tak. Orang lain pi makan dulu la. Apa la. Bawak lak roti ke apa ke. Nanti nanti la kau makan. Kalau nak cepat, kau datang lah cepat. Ini tak, nak cepat tapi datang lambat. Lepas tu salahkan "kerajaan". Ayat dorang "Biasalahhhh kerajaan lembap." Duhhh. Wawa appointment pukul 2. Dalam 2.30 dah settle dah. 30 minit je weh! Tapi mcm semalam lambat sikit sbb Wawa ada cucuk kancing gigi rupanya -____________- Wawa balik 2.40

Bayangkan eh, masuk pukul 2
  • Mula mula amek no giliran. (ni tak amek masa pun. macam siapa yg lambat tu memang la amek masa utk dorang beratur. since wawa orang first. just amek masa 30 saat je gitu) tekan no, kepilkan kat buku merah. letak buku merah dalam bakul.
  • Urine test. amek cawan. masuk bilik air. (pun orang first, ta bazir masa nak beratur) bawak cawan ke nurse. dia check positive ke negative then basuh cawan tu and buang. so kat situ dah habis masa around 5 minit.
  • Duduk tunggu dia check buku merah kita.
  • 5 minit macam tu dia panggil nama. and mintak jari. dia nak check hb. so dia cucuk la jari kita amek darah. and check hb rendah ke tinggi ke or normal. macam semalam wawa kena check hb dua kali. sebab first rendah. second normal :) risau dahhhh.
  • Bawak buku merah tu letak kat dalam bakul depan pintu nurse.
  • Lepas nama dipanggil, timbang berat. (Wawa semalam 53.5kg, naik 0.5kg je. Hahaha)
  • Then masuk bilik nurse. Bagi nurse tulis dulu segala and dia pun check fetal movement dalam buku tu (yg wawa tick everyday). Patu check tekanan darah. Then dia tulis balik kat buku tu.
  • Patu baring atas katil. Mula mula dia ukur baby bump
  • Patu dengar heartbeat baby. Okay ke tak. Patu settle.
  • Duduk balik, dia tulis result kat buku kita.
  • Then set date next check up.
  • Patu biasanya time ni dah boleh balik dah. Tapi since Wawa tatao result MGTT Wawa dulu so tunggu dia cari result Wawa. Patu dah tahu result Wawa normal. Alhamdulilllah. Wawa kena tunggu dekat bilik injection.
  • Then lepastu terus kena injection kancing gigi. Then dia bagi buku merah and settle!!!!
Seeee! Banyak benda buat. Tapi amek masa 40 minit je.
  1. Urine Test
  2. HB test
  3. Timbang Berat
  4. Nurse check fetal movement
  5. Check tekanan darah
  6. Ukur perut
  7. Dengar heartbeat baby
  8. Set date next appointment
  9. Result MGTT
  10. Injection Kancing Gigi
Okay la tu en. Cuba kira purata eh. 40 minit bahagi 10 perkara = 4 minit. Huhh. Semua ni bergantung kat korang. Nak cepat, sila lah datang cepat. Jangan nak blame orang je.

Apa apa pun. Alhamdulillah. Dah settle kedua dua MGTT and kedua dua Injection. Dah takde dah minum air gula or injection. Normal check up je lepas ni. Sampailahhhhhhhh 35 / 36 minggu. doctor akan scan and doctor akan bg tahu date sebenar bila bersalin. Kih kih kih. Oh and next check up Wawa pada...................... 24 Aug 2016. Yayy! Tak sabar!

Comments

Popular posts from this blog

Eva Aleesa - Melangkah masuk ke alam persekolahan.

Ili Aleeia

Sambutan Hari Kemerdekaan ke 65