33 Weeks!

Good morning.

Alhamdulillah, kenyang breakfast. Wawa breakfast apa. Sebiji epal hijau, satu kotak susu & kismis. Hihi. Mohon jangan lapar.

Hmmm. Wawa takde mood sejak dua menjak ni. Ni hari ke empat Peanut tak balik rumah. Tak nampak langsung kelibat dia. Kim dah lama dah Wawa lepaskan tapi reti balik. Sangat sangat sangat reti balik. Kadang kadang tu dia meow macam bagi salam.

Peanut and Kenid memang sekali sekala Wawa lepaskan tapi dorang penakut teruk. Dorang akan balik paling lama 5 minit.

Macam Peanut hari sabtu haritu Wawa nak pergi kenduri kahwin first time dia ada sampai tingkat 2. Wawa pergi je ke kereta. Wawa cakap kat dia "naik naik" which is tu first time nampak dia sampai ke bawah. Dia terus stop bila Wawa cakap macam tu. Dia tak ikut pun. 

Then masuk kereta pun Boy cakap nampak Peanut kat tingkat 2. Tapi kitorang teruskan perjalanan. Kononnya "dia tahu jalan balik rumah". Then bila balik je kenduri. Dalam pukul 6 7 petang jugak la. Terus masuk rumah and nampak dia dah ada kat rumah :)

Maknanya dia reti balik. Keesokkan harinya Wawa lepaskan dia lagi. Dia elok je keluar. Tapi hmmm sampai sekarang tak balik balik. Ya Allah. Risaunyaaaa.

Then kelmarin Wawa lepaskan Kent dari cage. Tapi dia still dalam rumah la. Wawa lepas dari cage je. Then bila nk keluar rumah tengok tengok dia dah ada kat luar. Maksudnya dia keluar sendiri ikut tingkap. So Wawa biarkan je la. Since dia dah berani. Memang tu tujuannya. Nak dorang semua berani keluar. Kenid je la tak berani lagi. Since dia masih baby. Semalam Wawa balik dari Shah Alam pun. Wawa tengok ada Kenid je kat rumah and adik adiknya. Seminit lepastu Kim bagi salam. Bukak pintu dia masuk. Lepas tu saja je la bukak pintu lagi. Kot kot Peanut ada ke. Sekali, ada Kent. Hmmm.

Pagi tadi pukul 3 Wawa dengar kucing gaduh. Tengok tingkap nampak kucing hitam putih je. Wawa bukak pintu ada Kent. Hmm So bukan Kent la yang gaduh. Hmmm risau lahhh. Wawa takut Peanut kena langgar je. Hmmm.

Lepas tu ada dua perkara yang buatkan Wawa lagi sakit hati. Wawa terasa ditipu sangat sangat!! Tapi apa apa je lah. Kalau dah tu niat dia. Kita nak buat macam mana. Dah memang dia niat nak tipu kita kan. Kita mana boleh paksa orang supaya tak tipu kita. Melutut lah macam mana pun merayu lah banyak mana pun. Kalau dah memang niat dia nak tipu, so tipulah. Kecik ke besar ke, tipu tetap tipu. Jadi, biarlah.

Kalau dah itu yang dia nak. Kalau itu yang boleh buat dia happy. Takpee... Memang dari dulu Wawa ni tak pernah penting pun. Diabaikan.... ditinggalkan....

Sekarang ni, kita fikir pasal baby je lah ye. Kesian baby. Baby tak salah apa apa pun. Tapi kena tanggung semua ni. Baby cepat cepat keluar ye. Teman mummy. Mummy rasa sunyi sangat sangat.

First trimester :
1st Month = Weeks 1, 2, 3, 4
2nd Month = Weeks 5, 6, 7, 8
3rd Month = Weeks 9, 10, 11, 12, 13

Second Trimester :
4th Month = Weeks 14, 15, 16, 17
5th Month = Weeks 18, 19, 20, 21
6th Month = Weeks 22, 23, 2425, 26

Third Trimester
7th Month = Weeks 27, 28, 29, 30
8th Month = Weeks 31, 32, 33, 34, 35
9th Month = Weeks 36, 37, 38, 39, 40

Sekarang dah minggu ke 33. Lagi 3 or 4 minggu mummy boleh tahu bila due baby yang sebenar. Buat masa sekarang, awak rehat dalam perut mummy. Akan mummy akan bagi awak makan semua makanan yang berkhasiat je.

Ubat tak pernahhhhhhhhh skip. Susu tak pernah skip. And tiap hari balik kerja mesti singgah beli air kelapa muda. Kononnya air kelapa muda ni bagus. And air ketuban jadi bersih, dapat elak segala bakteria, virus and penyakit kat baby, etc.

Semalam Wawa mc. Tapi still beli jugak air kelapa muda. Cuma tu je laaaaa. Asyik nak shishi je. Adehhh.

Oh haaaa. Hmm. Wawa sekarang sakit pinggang makin teruk, Naik tangga sikit je dah kaki sakit patu kaki rasa macam panas kat dalam, macam rasa terbakar, patut kaki jadi lenguh, Wawa mudah semput, tidur asyik terjaga je. Oh and baby sekarang active bergerak gerak. Bukan sikit sikit. Yang ketara punya. Lagi lagi waktu malam oh and bila dapat sesuatu yang dia suka. Macam buah buahan. Ha tu memang dia confirm joget joget! Air kelapa pun sama. Minum sikit je dia geli geli. Patu minum lagi, dia geli geli lagi. Lol.

Haih sayangggg. Awak je pandai buat Mummy happy. Thanks sangat sangat! Tak tahu lah life mummy macam mana kalau takde awak. ;) Syukur alhamdulillahhhh. Terima kasih Ya Allah kerana kau telah berikan aku baby E !!

Mummy sayang baby tau. Walaupun kadang kadang tendangan baby tu buat mummy tak selesa and sakit. Tapi sebenarnya thats the only pain I look forward to everyday. Kalau takde mahu tak senang duduk mummy.

Tak sabar sangat nak jumpa awak. I love you sayang.

Comments

Popular posts from this blog

Eva Aleesa - Melangkah masuk ke alam persekolahan.

Ili Aleeia

Sambutan Hari Kemerdekaan ke 65