Friyay | 28.07.2016

Dah monday baru berkesempatan nak cerita pasal friday lepas. Well seperti yang dirancangkan. Boy hantar Wawa pergi kerja :) Yayyy! Sebab balik tu nanti dia amek and tak perlulah Wawa patah balik ke rumah amek dia.

Tapi..... jangan diberi nama anak Ummar Ali. Tak punctual orang nya. Heh! Boy dari zaman bercinta sampai sekarang dah nak ada anak memang susah betul nak ikut masa. Selalu sangat lambat -___- kalau boleh tahan Wawa tahan, kalau tak leh tahan maka berlakulah insiden bermasam masam muka dalam kereta. Kah kah kah!

Tapi jumaat lepas tak masam muka. Sebab...................... excited nak shopping barang baby. Nak pakai duit dia en. So kena la buat baik. Eh! Hahahaha!

JEM OKAY JEM!

Wawa lapar tapi disebabkan jem kami takut tak sempat jadi kami shopping dulu! Yeeehaaa! Jadi apa yang kami beli ?

Well, kami beli barang yang kami tak ada lagi lah seperti....

  1. Barang barang berpantang Wawa termasuk bengkung
  2. Minyak minyak angin untuk baby (finally jumpa Minyak Telon. Benda paling susah nak cari)
  3. Pencuci baju baby (Fikir dah murah sangat dah, tapi keesokkan harinya pi Sunway Pyramid harga dia lagi murah than expo. T_T bengang)
  4. Pampers
  5. Kipas
  6. Set bantal (Set bantal dah beli dah sebenarnya. Tapi Wawa saja nak beli lagi. Ye la satu utk dalam baby cot. And satu lagi untuk kat baby baring sebelah Wawa.)
  7. Beg baby.
  8. Maternity Pads
  9. Dan banyak lagi. Tak ingat.
Lepas shopping kitorang makan. Wawa nak makan nasi and ada sayur. Itu yang Wawa teringin nak makan. Hahahaha. Jadi, kami pun makan kat The Chicken Rice Shop :) Yay!

Then, ingatkan dah habislah shopping. Tapi lepas makan kami sambung balik shopping. Terima kasih la encik suami yeee! Tapi tu pun kedai dah banyak tutup. Mana yang dan je kami sapu :) Almaklomlah kononnya dah malas nak shopping dah lepas lepas ni. Haha.

Habis je shopping. Terus balik rumah.... Boy duduk atas sofa depan tv. Wawa bersila depan sofa Boy duduk tu membelek barang baby. Habis dalam 2 drama Wawa still tak puas membelek lagi. Kah kah kah. Tak sedar diri yang ESOK KERJA!!!

Comments

Popular posts from this blog

Eva Aleesa - Melangkah masuk ke alam persekolahan.

Ili Aleeia

Sambutan Hari Kemerdekaan ke 65