Baby Preparation

Alhamdulillah!

Settle breastpump.

Gini, semalam kan plan nak pi IOI Mall nak shopping barang baby. So Wawa kat office message Boy. Tanya boleh tak ? Cause nanti dia dah busy. Balik lambat. Bila lagi nak beli barang baby. Sebab Wawa plan usia kandungan Wawa 8 bulan atleast 80% dah settle. Sebab tak nak lah terlalu active. Hujung hujung pregnant lagi risiko. Now dah 6 bulan. So 6 and 7 bulan ni lah kalau boleh nak settlekan mana yang penting.

Just in case baby Wawa lahir awal (cause orang cakap baby lahir 2 minggu awal than due tu selalu terjadi). Jadi Wawa nak settlekan mana yang complicated. Macam breastpump and bottle ni lah. Cause nanti misalnya terlahir awal, tinggal benda benda kecik yang Boy sendiri boleh settlekan sesorang. Kalau macam breastpump then pencuci bottle etc ni semua Wawa tak rasa Boy tahu. Well, Wawa pun tak tahu but atleast ada la experience shopping barang anak buah and knowledge sikit sebab dulu Wawa pernah kerja kat Chicco.

Wawa balik. Amek Boy kat rumah. Then terus pergi IOI Mall P/Jaya. Sampai sampai je sana plan nak reserve tempat makan. Tapi tengok parking kemain lapanggggggggggggggggggggggggg. Takyah reserve pun takpe. So kitorang pi cucuk duit dulu. Sebab memasing empty. Boy ada belasan ringgit. Wawa ada dua puluh ringgit. Hahaha.

Then terus pi beli ticket. Ingatkan nak beli ticket Now You See Me 2 pukul 9.40pm. TAPI FULL PULEKKSS. So beli pukul 10pm. Itu pun full. Yang pelik tu seat depan ada orang beli. Tapi seat belakang memang baik tersimpan untuk kitorang. Memang rezeki kitorang agaknya. Kenapa depa beli depan depan -_- tak sakit tengkok ke ?

After that. Tengok jam awal lagi. Kami pun singgah Parkson. I love Parkson!! Masa tu dah grab Avent yang dalam tu ada 3 bottle 4 oz seratus setengah gitu. Then Boy pulak kata 4oz kecik. Wawa macam err bukan baby memang pakai kecik ke -_- dia siap kata nnt sayang la umur 2 tahun nak pakai. Lahhh. Dia expect beli bottle yang sama sampai umur 2 tahun ke ? Tapi bila fikir ada betulnya cause 4oz macam kecik. Ada baiknya kalau beli 1 kotak yang ada pelbagai size.

Then dalam Parkson tu ada brand lain. Bukan Avent je. Ada Anakku, Pigeon and etc. Pigeon ni Wawa baru dengar. But Boy like obsses dengan brand ni. Dia kata brand ni branded jugak. Which is masa shopping kat Parkson Maju Junction kitorang dah amek 5 pasang baju brand Pigeon. And now dia nak Wawa amek brand Pigeon LAGI. Wawa pun cakap kat dia. Apa kata kita round round dulu. Banyak lagi kedai baby. Bukan dalam Parkson je.

So kami pun pi area kedai baby. Situ banyak la. Ada Baby Palace, Mom Ours, Mother Care. Masuk Baby Palace. Banyak lagi brand lain. Kitorang round round then Boy belek bottle Wawa lupa brand dia apa but dia kaca.

Boy : Eee apa jual bottle kaca
Me : Eh sebenarnya bottle kaca lah okay. Masa kerja kat Chicco haritu semua foreigner belikan anak dia bottle kaca. Sebab air panas kalau ikutkan mana okay sangat ngan plastic. Thats why kita tak leh stick dengan bottle yang sama je. Kena tukar tukar bila dah sampai masa.
Boy : Ohh aah en. Kalau macam tu kita beli ni je la. Okay untuk baby.

Well brand dia Wawa tak sure apa. Lupa. Wawa dah try google tapi tak dapat nama brand. Tapi rupa dia gini la.

Image result for baby glass bottle green

Image result for baby glass bottle green

Yang ni Life Factory kot. Tak tahu lah tu nama brand dia ke apa. Entah. Harga dia satu bottle kecik tu RM 50 Avent pun RM41 je. Tapi ada satu kotak tu ada dua bottle. Satu bottle kecik satu bottle besar. RM100. Which is murah la en. Boy nak amek yang tu. Then memang dah sepakat ni nak amek bottle ni.

Lepas tu round round jumpa breastpump tengah sale.

Brand Bumblebee. Masa tu takde data. Suruh Fe, googlekan. Internet I lepas untuk whatsapp je that time. Patu Fe google and dia kata rata rata kata bagus. And orang kat kedai tu pun kata brand ni quite famous and tak pernah buat hal. Pembeli tak pernah return barang

Breastpump tu harga RM520 but ada sale jadi lah RM399. Warranty 1 tahun.  Dalam tu ada :

  • 2 Breastpump electric (kiri and kanan)
  • 1 Breastpump manual
  • 3 botol susu
  • 10 milk storage (botol)
  • 1 Bottle cleanser (Large)
  • Breast pad (tak sure ada berapa)
Which is berbaloi lah kan. RM399 untuk semua ni. Lepastu kitorang tak beli dulu. Kitorang gi buka dulu. Sambil tu kitorang bincang. Sebab, kitorang dah terpikat dengan botol kaca tu.

Jadi keputusan kitorang nak beli dua dua.

Sebab apa.....

Wawa bekerja kan? So kena jugak bagi botol kat babysitter/nursery. Nak bagi kaca memang seriously risiko. Mak Wawa babysitter. Wawa tahu macam mana keadaannya. Haha. So. Kami plan beli je yang Bumblebee ni. Botol dia bagi je la babysitter nanti. Tayah bagi yang botol kaca tu. Kalau macam Avent okay lagi cause dia plastic. Yang kaca ni. buatnya anak orang lain main campak campak botol anak kita. Kan?

Lepastuuu, lepas makan kitorang pun pergi lah round untuk kali terakhir. Nampak Tommee Tippee. Weh, lagi mahal. RM60 satu bottle. But bottle dia nice laaa. Memang packaging pun lawa gila. Tapi kitorang dah memang nak yang kaca tu.



Jadi terus beli bumblebee. Then masa nak beli yang kaca tu. Boy kata. Ni next gaji baru beli. Duit simpanan baby sekarang better beli barang yang lagi penting. Then Wawa pun setuju lah. Sebab kitorang pun bukan nak beli yang kaca tu satu bottle je. So, next gaji!!! Tunggu hokey!!! Lagi pun Boy dah tahu nak beli yang mana satu en. So better lepaskan apa yang dia tak tahu nak beli. Mana yang complicated utk dia. Macam botol ni misalnya Wawa dah sarat nnt dia boleh pergi sendiri.

Apa apa pun very the lega part breastpump dah settle. Then kitorang gi parkson. Ingatkan nak terus beli katil baby. Lepastu rasa macam tergesa gesa sangat pulak. Takut nanti nyesal ada katil lagi cantik. Act bukan katil la. Cause katil yang kami maksudkan ni untuk letak dalam bilik kami. Bukan bilik baby.

Cause buat sementara waktu ni baby akan tidur ngan kami. So kami nak beli baby craddle je. Kalau katil dia tu maybe kena amek masa lama sikit sebab bilik yang kami nak buat bilik baby tu mengambil masa yang lama untuk kemas. Dan Wawa dengan Boy sangat lah tak larat nak kemas satu apa buat masa sekarang. After baby lahir lah baru kami fikirkan.

Boleh je kalau terus beli katil letak kat bilik kami. Murah je pun baby coat. Sebab baby coat yang kami nak ada kat Ikea je. Tapi... kami fikirkan pasal pantang. Rumah mak ramai lah kanak kanak riang yang active. Kalau tak bawak katil takut jadi lempeng anak aku nanti. So nak tak nak kena beli jugak katil yang senang bukak and pasang. Baby Craddle la jawapannya.

Buat mereka yang tak tahu.

Ini lah baby craddle ye.

Image result for BABY CRADLE white

Comelkan. Letak kat sebelah katil Wawa. Senang lah nanti. Tapi baby craddle gini pun dah berapa ye. Sakit jantung tengok harganya. Dah serupa harga babycoat! So Wawa macam aahhh nak beli terus lahhh. Tapi fikir settle yang susah dulu. So Wawa kata kat Boy "Nanti kalau misalnya sayang tak larat nak ikut shopping baby craddle amek yang ni ok". So dia pun dah tahu macam mana, jenis apa and kat mana jadi senang lahhh.

Sekarang ni yang dia tak tahu barang mandian, ubat ubatan, minyak minyak, baby bath tub segala. Dia kata. Nanti Wawa pergi beli je terus bawak mak. Sebab Wawa pun tak berapa tahu apa lagi yang baby perlukan. Macam minyak minyak yu yee tu segala en.

So nanti kalau settle barang mandi tinggal beli katil and baju je la en ? Tu je la en ? Stroller and car seat nnt dulu. Lepas pantang baru beli. Sebab baby lahir bulan 10. Then 2 bulan pantang baby tak keluar rumah pun. So kalau 2 bulan dah bulan december. Time tu tengah Year End Sale. And mummy pun dapat yearly bonus bulan 12 tu. Dapat lah amek yang cozy untuk baby sikit. Takde lah main sapu tah apa apa brand. Kalau boleh beli terus yang sekali puas hati. Kan kan kan :)

Habis je shopping. Kami makan ice cream mcd sat. Time tu Boy call ibu. Patu tiba tiba Boy kata esok (harini) dia nak balik kampung. Nasib baik lah ajak dia keluar harini. So esok dia balik kampung ye kawan kawan. Iolls berbuka sesorang. Sbb Iolls kerja. Takleh cuti. Nak jaga record satu nak save cuti satu, Wawa pun tak tahu apa bakal Wawa hadapi bila dah sarat nanti. So bila larat kerja ni, better kerja. Boy balik 2 hari 1 malam. Dia suruh tidur rumah mak. Tapi Wawa dah plan Jumaat & Sabtu yang nak tidur rumah mak sebab ada Abu Hassan Bin Bom Ba Bom :)

So terus dalam kepala otak. Okay. Esok nak kemas rumah la. Ada Boy kat rumah susah nak kemas. Ayat dia "sayang rehat lah" Tapi.... kalau Wawa rehat dia buat kerja rumah tu tak pe jugak. Memang menunggu Wawa jugak yang buat. Lepastu ingatkan balik kerja nak singgah Tesco. Tengok barang baby kat sana. Macam barang barang mandian tu semua en.

Bedak, shampoo, lotion, body wash etc. Kalau boleh Wawa nak yang bau betul betul macam baby. Macam brand Anakku or Carrie Junior. Haa Wawa suka dua bau tu kalau baby pakai. Geram je. Bayangkan kalau baby lepas mandi sapu bedak banyak banyak. Omg!!! Sedapnya gomol!!

Habis je makan ice cream kitorang simpan barang dalam kereta. Tengok wayang. Sampai rumah pukul 1 something then settle apa patut. Patu.................. memasing naik atas katil godek barang kitorang beli tadi. Eh bukan barang tadi je. Barang yang before before ni pun Wawa godek jugakkk. Hahah! Walaupun barang yang dulu dah tengok banyak kali tapi. NEVER BOSAN OKAY.



Memang akan ku belek banyak kali sampailah baby lahir. Hahaha.

Comments

Popular posts from this blog

Eva Aleesa - Melangkah masuk ke alam persekolahan.

Ili Aleeia

Sambutan Hari Kemerdekaan ke 65