24 Weeks




Alhamdulillah, baby mummy dah 24 weeks semalam!
Okay macam biasa. Jop copy!

First trimester :
1st Month = Weeks 1, 2, 3, 4
2nd Month = Weeks 5, 6, 7, 8
3rd Month = Weeks 9, 10, 11, 12, 13

Second Trimester :
4th Month = Weeks 14, 15, 16, 17
5th Month = Weeks 18, 19, 20, 21
6th Month = Weeks 22, 23, 24 (Wawa Sekarang), 25, 26

Third Trimester
7th Month = Weeks 27, 28, 29, 30
8th Month = Weeks 31, 32, 33, 34, 35
9th Month = Weeks 36, 37, 38, 39, 40

Yayyy! Lagi 3 minggu nak masuk 7 bulan.
Baby ni je la kekuatan Wawa.
Kebahagiaan Wawa :)

Semua yang Wawa lakukan, semuanya demi dia.
Oh and Wawa ada shopping lagi barang dia.

Wawa beli

  1. 2 bottle Avent
  2. 1 bottle Tommee Tippee
  3. Set tilam baby siap bantal and bolster. Yang ni Wawa plan nak corak animal lah kan. Since semua barang baby Wawa banyak corak animal. Tapi Boy nak corak Britain. -_- Dah kenapa? So patuh je lahhhh. Padahal ada yang lain Wawa minat.
  4. Barut. Before ni dah beli barut. But beli lagi cause barut pakai banyak jugak en? Semalam Wawa beli lagi 4.
  5. Bekas simpan barang barang baby
  6. Set mandian (bedak, lotian, sabun mandi and shampoo)
Tahu tak, Duit Wawa dah habis around 1k something untuk semua ni.
Tu belum baby coat/craddle lagi.

Tapi tak banyak dah tinggal.
Tinggal sikit je lagi. Tapi yang costly jugak lah.

  1. Besen mandi baby
  2. Jaring besen mandi baby
  3. Baby coat/craddle
  4. Tilam, bantal & bolster untuk baby coat/craddle
  5. Kelambu
  6. Beg baby
  7. Pampers
  8. Teddy Bear ( Akan jadi teddy bear busuk diaaaaaaaa sampai lah besar)
Barang untuk Wawa
  1. Kain Batik
  2. Stokin Panjang and Tebal
  3. Pad
  4. Pampers dewasa
  5. Dan alatan berpantang (tak tahu kena beli or makcik yang kami hire tu yang akan sediakan)
Insyaallah. Cukup kot. Wawa cuma risau baby lahir awal.
Sebab kalau diikutkan due.
Mula mula due baby 9.10 lepastu 12.10
Then makin check makin awal pulak due dia.
Paling latest ni 5.10

Wawa risau dia lahir awal. Macam Akep, Fayyadh & Mika semua lahir awal dari due.
So Wawa takut dia lahir sebelum gaji bulan september
Nanti short gaji satu bulan
Sudah lah gaji bulan ni nak focus barang raya

Bukan apaaaaaa
Barang barang ni insyaallah cukup.
Cuma..... kos hospital.
Kalau boleh nak la yang selesa ennn.
Lepastuu kena jugak simpan lebih mana lah tahu kot kot pembedahan ke apa.

Buat masa sekarang memang Wawa normal.
Baby pun ada kat kedudukan yang baik.
Kot kot lah nnt terpaksa bedah cause Wawa tak de tenaga ke apa en.
Semua "kalau kalau" tu kena fikir jugak.

Hospital pun Wawa dah decide hospital mana.
Start bulan 7 nanti Wawa nak belajar jalan pi hospital tu
Wawa en teruk sangat bab driving
KENA HAFAL JALAN TU BARU BERANI DRIVE

Oh cakap pasal hospital.
Wawa siap call okay hospital.
Buat survey.  Tanya itu ini itu ini.
Alhamdulillah banyak jugak lah info yang Wawa dapat.

Misalnya ward penuh apa yang akan berlaku.
Apa yang Wawa kena buat sekiranya ward penuh.
Then kena bawak apa kalau nak suami teman dalam labor room.

And macam macam lah.
Kawan Wawa siap kata Wawa ni terlalu gigih.
Hahaha. Malas tangguh.
Siapa lagi yang nak buat benda alah ni.
Dah confirm confirm Wawa.

So alang alang tengah ingat ni.
Kita buat lah enn :)

Apa apa pun dah lega dahhh.
Banyak benda dah settle.
Hihihi. Alhamdulillah.

Comments

Popular posts from this blog

Eva Aleesa - Melangkah masuk ke alam persekolahan.

Ili Aleeia

Sambutan Hari Kemerdekaan ke 65