23 weeks

Good morning,

Very the happy today. First, kita throwback gambar 2 tahun lepas

14th June 2016

Cepatnya masa berlalu. Gambar ni diambil masa Merisik 2 tahun lepas. Nervous dia tayah cakap lah. Macam mana kalau family dia tak suka family Wawa. Or macam mana kalau family Wawa tak suka family dia. And macam mana kalau Wawa ada buat benda memalukan like jalan jalan tersadung. Or gigi ada cili. Hahahaha.

Alhamdulillah.

Dah jodoh kami bersama. Hujan panas, kilat, tsunami berjaya kami redahi.

K poyo.

And now dah dua tahun dah berlalu. Omg so fast! Siapa sangka 2 tahun dari gambar di atas kami berdua dah nak jadi parents. Omg!

We both so excited nak jadi parents. Esp me. Boy tu lelaki, tak express apa dia rasa. Semua yang keluar dari mulut dia ngarut ngarut belaka. Tahu main main and buat lawak dia je. -_-" tapi tahu lah dalam hati dia, dia teruja. Dia tanya kawan kawan dia, kat phone dia ada history pasal hospital, breast pump, stroller. Hahaha. Tapi dia tak macam kita perempuan perempuan ni. Perempuan like everything we do nak bagi tahu. Tadi I research pasal gitu pasal gini. Macam dia senyap senyap je dah la. Cause dia lagi suka cakap benda yang "anak kita lahir je kita jangan post gambar dia. orang nak jumpa pon kita suruh buat appointment dulu". Awak fikir awak Awal Ashaari? Tayah nak poyo sangat ehh ank sorok sorok anak. Dia suka main main. Zzzz.

Nanti misalnya Wawa dah bersalin buat perangai tak tunjuk muka anak or tak nak bagi tahu nama anak bila orang tanya SILA LEMPANG WAWA. Sekian terima kasih. Hahaha. Eh tapi jangan pulak masa Wawa tengah lagi pening pening bersalin or menanggung kesakitan tu korang paksa time tu jugak bagi gambar. Hagak hagak la. A day after ke. Two days after ke. Give me some time. Logic sikit k logic.

Dannnn.

Sekarang, 15.06.2016

Genap lah usia kandungan Wawa 23 weeks. Alhamdulillah!


Mengikut apps ni. Minggu ke 23 ni berat Wawa dan baby akan naik secara drastik. Yayyy@ Tak sabar! I dont mind. As long as my baby SIHAT. Wawa ada lah kawan kawan yang bila jumpa someone pregnant and dia naik 2x ganda. Depa tanya "Eeeee kenapa berisi sangat ni". And even orang tu baru lepas bersalin pun dia cakap "berisinya kau sekarang". Then bila jumpa Wawa "Eeee time aku dulu 4 bulan dah nampak dah".

Haaaaa. Nampak tak manusia. Ada je. Berisi salah. Tak berisi salah. So bila depa nak judge kau berisi ka or comparekan perut kau dengan depa masa pregnant pon ke, lantak lah. Orang cuma nak create conversation je kadang kadang. Tu je.

Wawa satu je yang membuatkan Wawa excited baby membesar. Sebab...... Wawa dah tak tahan lagi kena langgar bila dengan public. Biadap sanagt. Semalam kat Bazaar kena langgar lagi dengan perempuan bertudung. Tak kan la Wawa nak pakai baju ketat tunjuk baby bump kat semua orang. Tapi jalan time tu ada lah ruang jugak. Kenapa nak langgar dengan begitu kuat. Tahu tak Iolls ni lembik dia macam kan apa je. Kalau jatuh ??!! Kau nak bertanggungjawab? I DONT THNIK SO!! EEeee benci!!

So misalnya berat Wawa naik nanti memang Wawa 100% tak kisah. Yang penting baby Wawa sihat. Tu je. Lepas bersalin pepandai lahh diet. Pantang lah habis habisan. Tapi kalau gemuks pun apa salahnya. Sebab tu Wawa kahwin ngan Boy. Muhahahaha. Kalau dia nak demand Wawa sekian sekian. Kita bagi dia cermin je. "Nah b, tengok diri u. Atleast berat I naik cause lahirkan baby. You?". Hahaha. Tapi tu kalau laaa. Tak mungkin lah dia gitu ennn. But who knows. :)

Andddd... Jom tengok progress baby.

First trimester :
1st Month = Weeks 1, 2, 3, 4
2nd Month = Weeks 5, 6, 7, 8
3rd Month = Weeks 9, 10, 11, 12, 13

Second Trimester :
4th Month = Weeks 14, 15, 16, 17
5th Month = Weeks 18, 19, 20, 21
6th Month = Weeks 22, 23 (Wawa Sekarang), 24, 25, 26

Third Trimester
7th Month = Weeks 27, 28, 29, 30
8th Month = Weeks 31, 32, 33, 34, 35
9th Month = Weeks 36, 37, 38, 39, 40

Weeee!

Lagi 4 minggu baby akan masuk third trimester :) And Wawa rasa macam malam ni nak tengok wayang. I know! Wawa dah banyak kali kata last last last. Dari Capt America hari tu Wawa kata last. Hihi. Promise Now You See Me 2 ni last. Cerita ni unique. Sekarang ni kan macam banyak sangat cerita superhero. Capt America, Batman Superman, Iron Man, Thor, Ant Man, XMen etc. Tapi cerita ni pasal ahli silap mata. Wawa suka gila yang pertama punya. And memang tak sabar sangat nak tengok yang kedua. But Boy tak layan yang pertama. Nanti dia mesti kurang faham sikit. But its okay. Yang penting Wawa je. Kih kih kih.

Lepas ni tak nak tengok dahhh. Ye laaa. Wayang memang tak bagus untuk baby. Dari segi sound system dia yang kuat badak tu. Wawa sekarang naik kereta volume radio memang slow teramat sangat. Sebab baby takleh dengar music yang heavy and terlalu loud. Tu gi research sendiri eh. Malas nak terangkan. Kah kah kah. Patu movie pun ofcourse ada unsur unsur suspend tak kisah lah cerita apa pun. Tapi ibu mengandung memang sangat sangat sangat sensitive skrg ni. Benda takde apa pun. Tapi terkejut dia mcm kan apa. Lepastu kalau kita terkejut bukan dada je sakit. Perut pun sakit. Pernah sekali dua tu bila terkejut sangat (dedua disebabkan Mikael) baby dalam perut Wawa dia menendang. Mesti dia pun terkejut. Sorry baby mummy!!

And... alang alang dah pi mall tu. Wawa bercadang ada baiknya kalau shop barang baby sikit. Hihi! Wawa plan nak pi IOI Mall Putrajaya. Nak ushar botol ada sale tak.

So far yang Wawa tahu okay for baby (trending too)

Avent :

Image result for avent

And...

Tommee Tippee

Image result for tommee tippee

Mengikut plan. Wawa nak beli 4. (untuk babysitter Wawa nnt) Macam haritu kat KL. Satu kotak ada 2 botol avent size besar and 2 botol avent size kecik RM220. Siap ada pacifier and brush. Dia kata tu fix price. So saja saja lah pulak nak round kat IOI pulak. Kalau betul tu mmg harga dia. Wawa beli je la nanti. Kalau lagi murah lagi better. But kalau mahal. Terpaksa tunggu 2 minggu lagi la untuk pergi ke KL beli kat sana. Husband busy till next two weeks. Instinct Wawa macam kuat nak beli Tommee Tippee ni tau sebab Avent mcm dah lama and dah ramai sangat. Tapi entah. Nanti kita tanya promoter dia which one better. Jangan beli sebab trend je. Beli yang mana good for baby jugak lah kan.

But tak tahu. Ini semua terserah kat daddy. Sama ada dia setuju ke tidak nak bawak mummy ni ke IOI Mall. Nak pujuk dia senang je. Kita pakai ayat "teringin" Haha. Cakap la teringin makan sekian sekian. Confirm dia bawak punya. Lagi lagi kalau makanan favorite dia. Kat IOI Mall tu yang Wawa tahu ada makanan favorite dia TEPPANYAKI or SUSHI. But Wawa prefer Teppanyaki. Cause ada rice and sayur. Bagus untuk baby. 

So jyeahhhh! Cepat sikit pukul 5 please.

Comments

Popular posts from this blog

Eva Aleesa - Melangkah masuk ke alam persekolahan.

Ili Aleeia

Sambutan Hari Kemerdekaan ke 65