31 May 2016 : Kitties

Good Afternoon,

Good news! Kim dah beranak :) Yayyyyy!

Semalam, Boy balik kerja pukul 5. So dia sampai rumah dulu. Wawa balik pukul 6. Sampai je kat rumah terus amek Boy kitorang gi makan kat Cyberjaya. Then settlekan hal kami kat sana jap. Terus kitorang balik. Sampai je Putra Perdana. Wawa lapar balik. Wawa sekarang dah start makan for 2. Before ni selera mengurang. Then beberapa minggu ni Wawa dah start makan tambah. Even mkan banyak. Then beberapa minit kemudian lapar balik. Kat rumah mmg tak boleh takde kudap kudapan. Sebab Wawa memang akan bangun around 3 4 pagi and makan. Makan lah apa je, roti ke apa ke. So wajib ada bahan ngunyah. Tengok handbag Wawa mesti jumpa Appollo la apa la. Balik rumah mak haritu, habis! Syamil, Pia and Akep semua bedal. Ceit! Sampai Putra Perdana singgah beli makanan. Then balik rumah, Wawa makan sambil tengok runningman ngan Boy. Runningman dah start best dah. Wawa dah start minat balik dah. Beberapa episodes lepas tukar new director macam boring sikit, eh bukan sikit. BANYAK.

Wawa sampai rumah around 9 macam tu. Patu Kim dah start lain dah. Buat muka sedih. Meow meow kat Wawa. Meow dia bukan meow biasa. Meow yang mintak tolong yang sura halus and comel tu. Boy tanya "Kenapa? Kim nak kotak ke?" Well, kotak tu memang Wawa dah sediakan last week. Sebab Kim sekarang tiap kali kitorang bukak pintu bilik. Dia menggelupur nak masuk. Port dia kat almari. Risau lah dia beranak kat almari en. So kitorang memang kena hati hati je tiap kali bukak pintu. Takut dia terlepas masuk. Kotak tu Wawa keluarkan tiap kali dia buat bunyi macam tu. So Boy keluarkan kotak tu dari store room. Then takleh jadi si Kenid tu asyik kacau je. Wawa kurung Kenid bersama Peanut and Kent. Tapi kesian. Dia asek kena buli. Serba salah jadinya. Kurung, kena buli. Bila lepas dia yang membuli Kim. Kim tu sabar je lah dapat anak monyet macam tu. Yang Kim pun kemain meow meow tiap kali kitorang kurung Kenid tu. Keluar je kan Kenid dia terus jilat jilat anak dia. Kemain tauuuu.

Kitorang pun biar lah. Dah tu yang dia mahu. Wawa and Boy masuk lah bilik. Sembang sampai tidur kononnya. Patu Boy keluar bilik kejap, dia masuk balik bilik terus Wawa tanya 

"Kim and Kenid buat apa?" Sebab Wawa dengar bunyi Kim meow kuat gila Wawa dah agak dah mesti Kim beranak tapi disebabkan bunyi tu sekali je. So malas nak keluar time tu. Alang alang Boy keluar so Wawa tanya lah.

"Dedua dalam kotak. Kim tengah jilat jilat Kenid" Patu Boy keluar balik. Masa Boy kedapur Kenid terus keluar dari kotak ikut Boy. Boy pun tetiba rasa nak tengok Kim. Sebab kenapa Kenid je keluar Kim tak ikut en.

Patu terus Boy jerit "Eh sayang, Kim dah ada baby lahh. Dia dah beranak."

Wawa pun keluar lah tengok. Patu Kim macam meow suara yang kuat. Dia tak selesa lah tu. Jadi kitorang pun masuk terus bilik. And kurung Kenid. Wawa risau Kenid kacau adik adik dia tu. Dia tu dah la tak makan saman.

Patu pagi, Boy bangun. Wawa menung dulu dalam bilik. Boy masuk bilik terus "sayang, anak Kim comel comel" Patu Wawa keluar lah tengok. Comel! Patu Kim marah. Wawa tengok Kenid dah lepas. Boy lepaskan, dia kata kesian. Boy memang berat sikit kalau si Kenid. Dia sayang Kenid tu. Tu la kawan dia kalau Wawa takde. Kim dah tak syok nak main. Kenid tu la yang selalu teman dia. Kenid tu suka memerhati apa kita buat. Wawa basuh baju ke sidai baju ke dia duduk je la teman. Kadang kalau nakal bukan teman dia kacau. Terutama bila lipat kain baju, packing baju and sapu sampah.








Haha! Yang biadapkan dia macam ni, Boy la. Kucing tu elok elok baik dulu. Dia yang lasakkan. Sampai sanggup beli kereta mainan untuk takut takutkan Kenid. Patu bila Boy nak mandi, dia nyebok Boy bawak masuk bilik air. Dia saja jirus jirus kucing tu. Haha. Patut lari la en. Tapi dia lari then datang balik mengacah. Tah apa apa tah Kenid ni. Wawa takut dia ni kalau dilepaskan, dia kejar kereta -_- sejenis berani tak tentu pasal.

Wawa pergi kerja lewat harini sebab tak terus masuk office. Kena pi bank dulu. Settlekan payment. Lepas Boy pergi kerja Wawa tengok anak anak Kim. Kim baik je bagi. Wawa rasa dia tak bagi Boy tengok kot. Hahaha. Dengan Wawa dia okay je. Dia siap suruh Wawa belai dia lagi. Wawa pergi kerja Wawa terpaksa la biarkan Kenid. Niat nak kurung tapi Boy balik rumah dulu en. Kang dia nampak favorite kitty dia kena kurung kang apa pulak dia bebelkan. Kenid dengan selamber masuk dalam kotak tu sama. Dah lah sempit. Kim ofcourse bagi sebab tu anak dia jugak. Hope okay je la, Kenid jangan over okay. Wawa masuk kereta pun Kenid tak tengok Wawa kat tingkap. Selalu dia tengok. Maybe dia tengah sibuk dengan adik baru dia agaknya. Sobs sobs sampai hati Kenid.


Sibuk much right ?

Balik ni Wawa nak kemas kotak dia tu. Nak tukar kain lain. Cause kain dia tu dah fully berdarah. Wawa tak kemas pagi tadi cause... normally ada macam errr I dont know usus ke tali pusat ke something like that la. Biasanya Kim or mana mana ibu kucing akan makan that thing balik. Tu cara dia cuci and kemas balik mess yang dia dah buat after giving birth. So dari Wawa kemas that thing baik dia makan. Wawa pun geli nak tengok. Tu Wawa biar je tu. Cause kucing dia sejak azali dah tahu semua benda tu tayah diajar. Haha.

So tugas balik nanti :
  1. Cuci baju
  2. Lipat baju
  3. Mop lantai
  4. Kemas rumah sikit
  5. Kemas tempat Kim

Eeee tak sabar nak balik. Nak jumpa anak anak kucinggggggg :) Weeee!

Comments

Popular posts from this blog

Eva Aleesa - Melangkah masuk ke alam persekolahan.

Ili Aleeia

Sambutan Hari Kemerdekaan ke 65