19 weeks

Good Morning,


   Alhamdulillah, today genap baby 19 minggu. (Wawa ikut kiraan due 12.10.2016. Actually baby Wawa sekarang ni ada 3 due dates. Hahah. Normal lah tu. Due dates memang akan berubah ubah. Tapi kebanyakkan klinik Wawa pergi due dia 9.10.2016. Tapi Wawa ikut yang paling lambat lah. 12.10.2016. Satu lagi due date dia 10.10.2016. Well dekat dekat je kan. So, better amek yang paling lambat. Lagi pun baru 4 bulan. Masih terlalu awal untuk tahu the exact tarikh kan.

   Perkembangan baby? Morning sickness dah tak ada. Last morning sickness Wawa masa awal awal masuk second trimister. After that dah tak ada dah. Alhamdulillah, last scan haritu baby sihat. Jantung dia semuanya rhythmic. Which is good lah. Cuma kedudukan baby saja lah, kepala baby Wawa sekarang ada dekat perut belah kiri Wawa. Tapi doctor kata itu normal sebab baby dalam perut memang berpusing pusing. Nanti insyallah dia akan pusing balik. So hope tak macam kakak Wawa lah, songsang. Terpaksa bedah. Risauuu! But its okay. Mummy percaya kat baby mummy okay :)

   Hilang morning sickness datang pulak cramp. Wawa start kena cramp ni masa awal bulan April tak silap. So far dah 4/5 kali kena. Cramp kat betis, tapak kaki and jari. Heh. Paling sakit tapak kaki ofcourse. Tapi kesemuanya kaki belah kiri yang cramp. Sakit okay. Serious. Cramp dia kejap je sebenarnya. Cuma yang sakit tu sengal sengal dia. Cramp hilang dalam 5 minit. Tapi sengal sengal hilang dalam 2 3 hari. Bayangkan. Terhencut hencut pi kerja. Haha. Selalunya cramp kena time time Boy takde kat rumah. Time dia kerja lah, tengok bola ngan kawan la, and pernah sekali tu kena kat rumah mak. Hehe. Kalau kat rumah mak takpe, I macam princess. Just name it, semua dapat. Last Wawa kena cramp last 2 days. Nasib lah takde sengal sengal. Just cramp tu je, then sengal  sengal urat for 2 3 hours. Then dah takde dah.

   Sakit lain? Since monday. Wawa dah start sakit tulang belakang. Kat bahagian pinggul. Wawa ada install asatu apps pasal perkembangan dari semasa ke semasa baby. And kalau diikutkan memang Wawa ni dah lama patutnya sakit tulang belakang. But maybe sebab baby bump Wawa kecik kot. Sebab tu tak sakit sangat. But.... Wawa perasan. dua tiga minggu ni perut Wawa membesar dengan mendadak. :) Hihi. Excited! Boy pun perasan. Adik beradik Wawa pun perasan. "Eeee dah nampak perut kau dik". Good news for me! Sebelum ni sedih je bila tengok gambar Nad Zainal, Tya Adnan and bini Sam Bunkface. Due kami lebih kurang sama. Tapi perut depa sangat besar. Wawa memang risau sangat sangat. Mak amek hati mak cakap la perut Wawa kecik sebab memang selalunya first baby kecik. Tapi kalau diikutkan depa ni pun sama first time pregnant. Tapi tu lah. Tak semua pregnancy sama. Tengok Wawa, tetiba je membesar. Hihi.

   Nak sangat nampak baby bump kan. Now hamek! Sakit pinggang! Wawa tengah lipast baju masa tu. Bersila kat lantai. Tengok tv. Nak bangun tetiba rasa macam kena kejutan elektrik kat belakang pinggul. Mak aihhhh. Selalunya Wawa kalau sakit macam tu. Wawa pusingkan badan ke kiri untuk "letupkan badan" (harap faham) haha. Then ke kanan pulak. But perut dah ada isi kan. Tak elok la buat macam tu. So kena la tahan. Then terus Boy suruh baring. Wawa baring lah kat katil for 5 minutes. Nak bangun dari katil memang tak boleh. Sakit!! Semalam pun sama. Kitorang keluar makan, Wawa biasanya tunggu Boy dalam kereta. Dia balik malam. Then dia park motor dia terus dia naik kereta. Wawa selalunya duduk kar driver seat then terus lompat je ke tempat sebelah driver tu. Tak keluar kereta melalui pintu. Cause im cool liddat. Haha. Time tu sakit pinggang attack. Adehhh. Tak pasal pasal tergeliat urat urat pinggang cek! Dah sampai kedai makan kena papah dengan Boy. Dah habis makan, Boy kena angkat. Haha. Lawak.

   Cara bangun time baring pun dah lain sekarang. Selalunya Wawa bangun straight ke depan. Tapi tak. Nak bangun kali ni kena pusing kan badan. Tangan kanan yang baring then tolak ngan tangan. Support pinggang. Tak de la 100 peratus harapkan tenaga tulang belakang. Kih kih kih.

   Alahan ? Gatal gatal tu ada. Cuma bintat bintat tu dah takde dah lah. Kat office semlam pun confident je garu sebab tak nampak bintat dia. So sedap je lah menggaru. Sampai je rumah, Wawa mandi then PEDIH!!! Seluruh badan. Tengok rupanya Wawa garu sampai luka. Baik area kaki, area tangan, badan semua la pedih. Hahaha. Redha je laaa mandi. Asalkan bintat bintat tu tak ada. Disebabkan bintat bintat takde lah Wawa confident Wawa mandi pakai pencuci wanita sirih tu saja. Selalunya lepas mandi pakai tu Wawa akan sapu seluruh badan dengan bedak sejuk. Tapi kali ni Wawa tak pakai sebab ingatkan dah okay. Lagi pun emang nak keluar makan pun. Malas lah nak pakai. Aleh aleh pagi tadi nak mandi Wawa tengok kaki ada bintat bintat -_- Maka terpaksa lah Wawa pakai bedak sejuk kat badan. Then sarung baju seluar semua. Pi kerja. Pakai seluar hitam. Ada la tompok tompok putih. Jenuh la kena tepuk seluar dari semasa ke semasa.

   Wawa sekarang asyik dapat rasa baby bergerak. Kih kih. Nak panggil tu baby's kick tapi macam takut salah pulak -_- sebab ni first baby. So semuanya baru bagi Wawa. Wawa tak sure betul ke ni baby tendang, ke baby tumbuk, ke baby rolling or twisting. Tak reti nak bezakan. Asalkan rasa tu okay lahh. Atleast Wawa tahu baby Wawa tengah berseronok kat dalam perut. Selalunya, Wawa dapat rasa time Wawa kat office and kat rumah. Time time sunyi. Hehe

   Oh and pagi tadi. First time in my life! Wawa sesak nafas teruk! Batuk yang takleh bernafas. Sampai Wawa terpaksa tepuk Boy kuat kuat nak kejutkan dia. Masa tu Wawa baru lepas sahur. Ingat nak tidur kejap before pi kerja. Nak kata Wawa minum air sejuk. Tak! Wawa dah lama tak minum air sejuk. Selalunya mineral water je. Kalau keluar pun Wawa order teh o suam and teh o panas. Tu je. Tapi mak kata memang mengandung akan sesak nafas. So ini ke yang dimaksudkan emak ?? Wawa serious tak kisah Wawa sakit, asalkan jangan effect baby. Kalau sakit disebabkan pembawakkan budak. Im fine with it. Wawa sanggup! Tapi asalkan jangannnn lahh effect baby. Kadang bila batuk yang sampai kita kena kemut perut kita tu Wawa dah risau baby kat dalam or tengah sembelit ke Wawa dah risau dah.

   Dalam 21 minggu lagi Wawa nak kena berhati hati. Bismillah. Doakan la semuanya baik baik saja. Risau weh. Bulan puasa dah dekat ni pun Wawa risau. Bila pulak time nak makan ubat. Bila pulak baby nak dapat tenaga kalau Wawa puasa. Macam ubat tu Wawa kena makan 3 jam selepas makan and sebelum makan. Faham tak? Contoh lepas makan wawa kena tunggu 3 jam untuk makan ubat then lepas tu tunggu lagi 3 jam baru boleh makan balik. So kalau puasa macam mana. Masa terhad.

  Hope korang semua doakan Wawa and baby sihat sihat aje and semoga Wawa selamat melahirkan baby ini nanti :) Risau weh! Wawa ni dah lah perempuan paling lembik di alam semesta. Bayangkan nak bukak penutup botol air yang kita baru beli kat kedai pun tak larat. Suruh Boy bukak. Inikan lagi nak..... Tapi think positive! Kalau orang lain boleh buat, insyaallah Wawa pun boleh!

  Doakan Wawa ye semua ;)

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Eva Aleesa - Melangkah masuk ke alam persekolahan.

Ili Aleeia

Sambutan Hari Kemerdekaan ke 65