Posts

Eva Aleesa - Melangkah masuk ke alam persekolahan.

Image
Salam sore! Hari yang dinanti nanti telah tiba. Anak pertama Wawa sudah melangkah masuk ke alam persekolahan. Macam macam perasaan ada, tak boleh digambarkan. 18/2/2023 Orientasi di sekolah Kafa, ada exam tau untuk penentuan class. Seminggu sebelum tu kitorang rileks je pergi glamping dekat Janda Baik. Rabu baru start rasa pressure. Time tu baru kitorang buka buku ajar dia tiap malam. Nasib baik dia mendengar kata rajin belajar & menghafal, walaupun apa yang kitorang suruh dia hafal tu tak masuk pun examnya. Hahaha. But its okay, walaupun tak masuk but still dia datang prepared. Mental & pysical. Masa tu Wawa kagum betul tengok Eva. Dia berdiri tegak dengar je nama dia terus beratur, takde tanya tanya "Eva ke mummy" "Nak lalu mana" "Mummy teman Eva". Takde, dia berdiri tegak je peluk botol dia. Memang dah bersedia nak berperang. Habis je exam dia berlari "mummy Eva baca jauh". Time tu baru nampak the real Eva Aleesa, memula tadi rasa mac

Kindy Graduation for Eva Aleesa

Image
Eva Aleesa had her kindy graduation (4 months ago la tapi). Mummy and daddy are so grateful & proud of how far you have come. Macam macam dugaan, halangan & rintangan yang kita berjaya tempuhi. Seperti her separation anxiety, MCO, ouh and 2 years hantar Eva, tak sure ada dalam 4 ke 6 tah parent teacher meeting. And guess what, tiap kali I datang tiap kali tu teacher kata benda yang sama Eva tak bg kerjasama, she's too shy, kalau tanya tak jawab. Yes tak dapat dinafikan Eva ni pemalu, but dia bukanlah TERLALU pemalu. 2 years ye 2 years! Dengar benda sama, tak rasa annoying ke? Tak kan takde improvement at all? Kalau betul she's too shy, put some effort la to know her better. Dia bukan budak lembik, dia jenis cergas punya budak. Very competitive! Even family day, sedara yang dia jumpa setahun sekali tu pun dia boleh get along and won 2 or 3 games! Inikan pula teachers yang dia jumpa hari hari "masih malu".Tak make sense langsung! Plus, Eva ni I hantar dia taska

Ili Aleeia's 3rd Birthday!

Image
Adik! Mummy sorry sangat sangat. Lama sungguh dah mummy tak on blog. Bila baca previous entry ada pasal birthday Amy & Eva. But Ili (Adik) tak ada. Bukan tak sambut eh! Sambut just tak berkesempatan nak kongsi cerita. Tapi itu la, kalau nak cerita apa yang berlaku pon... mummy dah lupa... ekekeke... tak usahkan event yang berlaku 5 bulan lepas, apa dah jadi 5 hari lepas pun belum tentu mummy ingat. Almaklomlah soon to be 32 years old. Hehe. Happy Birthday Ili Aleeia yang ke 3 tahun. Tahu tahu dah 3 tahun eh. Dulu kemain dia takut takut nak keluar dunia. Penghuni rahim mummy paling lama, 40 minggu 3 hari. Kakak 38 minggu, Baby 37 minggu. Adik kemain sampai overdue 3 hari. Birthday dia kitorang celebrate kat Marmalade, Bangsar Village. Learnt from mistake masa birthday baby & kakak haritu lama kena beratur tak buat reservation kami walk in je. But this time birthday Ili kita buat reservation dulu. As u all know adik ni dia picky eater sikit, tapi.... kat restaurant ni I dont know

Tutup kilang, cukup 3 girls.

Image
Hello. Sebelum kita mula mengarang cerita kita, kita belanja dulu lah gambar anak anak kita yang kiut miut ni. Kenapa share gambar dia orang. Sebab entry kita kalini ada kena mengena pasal anak. Biasalah. Bila dah birthday month anak ni, anak anak dah besar ramai lah yang mula tanya and melawak and saja topik ramah mesra "boleh tambah dah tu". Macam mana nak cakap eh. Mungkin pada dorang nak "ice breaking" gitu la kot. Tapi benda ni macam berlegar legar dalam kepala otak I. Why? I love kids. I nak anak ramai, serious. Nak sangat. Cuma keadaan tak mengizinkan. Thats why bila orang keep asking benda ni macam makan dalam tau. Hati kata nak tapi I kenot. Okay! Kenapa I kata I kenot eh. 1. Ini memang main reason la, dalam bahasa melayu bapak segala sebab kenapa I tak boleh tambah baby. Kesihatan I. I dah 3 kali czer. I takut untuk kali ke 4. I know ramai je yang selamat czer kali ke 4 and 5. Tapi ramai juga yang terkandas ye, which is meninggal la ye. I tak nak. Sibuk ke

Covid Virgin No More.

Image
It took 2.5 years for me to finally get Covid 19 arghhhhh. Dah tak boleh nak proud Im a covid virgin lagi dah. Balik kerja, ambil the girls from school tengok Ili lemah tak sihat. Boi balik kerja pun mengadu tak sihat. The next day I woke up with a stuffy nose, sakit tekak somemore. So I terus buat self test sebab ada 3 orang tak sihat dalam rumah. Positive, double line. First time in my life! Check Boy pun positive, second time dia kena covid. But alhamdulillah the girls negative, Ili je kitorang takut sebab ada symptom but alhamdulillah tak covid. Before ni macam envy kawan kawan yang quarantine a week dalam rumah. Relax relax goyang kaki kat rumah gaji jalan. Bila kena kat diri sendiri, omg. Day 1 : I okay siap boleh kemas rumah & masak. Just sakit tekak sikit. Day 2 : Sakit tekak & sakit badan,gilir gilir dengan Boy tidur & jaga anak. Day 3 : Masih sakit tekak & pening sikit. And batuk pula datang join. Day 4 : Boy dah okay, buat self test pun dia dah negative. I b

Eva Aleesa's 6th Birthday!

Image
Eva Aleesa turns 6! Whoot whoot! Birthday Amy bulan 8, birthday Eva bulan 9 & birthday Ili pula bulan 10. Selang sebulan je birthday dorang ni. Plan nak buat birthday dorang sekali je senang, dekat rumah ajak family & friends terdekat. Tapi.... hmm. Mak dia which is me... takde mood nak buat birthday party. Padahal, a week before kitorang buat BBQ kat rumah ajak family, sebab angah balik dari UK. Boleh je celebrate birthday the girls kan, just beli cake je la. Makanan tu semua dah ada.. Tapi IDK. Mood tu takde. So, Kitorang bawak Eva birthday lunch di Yellow Brick Road Damansara. Very puas hati sebab Birthday Girl makan banyak! Ye saya ulangi banyak! And ini cake Eva for this year. Dia pilih sendiri. Dia habiskan sorang, dia je yang suka makan cake. Kitorang memang kejar nasi la. Haha. She loves it! Lagi lagi dia nampak ada chocolate, dia tuang chocolate tu atas cake with style. Comel sangat. And dia dah kata awal awal dia tak nak kitorang nyanyi, dia segan. Amagad, you'

Sambutan Hari Kemerdekaan ke 65

Image
Sambutan Hari Kemerdekaan ke 65 di CIC & Taska jatuh pada hari yang sama 30 Ogos 2022. Gigih la Wawa sediakan baju dorang. Teacher dah bagi tahu awal dah tapi biasalah seorang Wan Zulaikha, selagi belum last minute selagi tu buat donno, sehari sebelum date baru Wawa pergi beli baju. Ili memang Wawa dah plan pakai baju bendera Malaysia Eva yang lama, cuma nak carikan Eva & Amy saja la. Amy Wawa beli gaun merah. Eva pula datang idea nak pakaikan dia baju tradisional India, jangan tanya nama baju tu, Wawa tak tahu haha. Main tunjuk tunjuk je. Ye la kita tak reti kan, asal India je Sari, asal Cina je cheongsam, sedangkan dorang pun macam kita juga ada pelbagai jenis pakaian tradisional ada kebaya ada kebarung ada kurung peplum. Wawa ambil anak anak balik taska terus waze kedai baju tradisional India, kalau korang kenal Wawa, Wawa ni tak berani drive & tak tahu guna waze. Tapi semangat masa tu lain macam, berkobar kobar sanggup bawak 3 orang anak. Alhamdulillah dipermudahkan,